Kes Shokri Nor: FAM tunggu keputusan Mahkamah Singapura

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menunggu keputusan perbicaraan pengadil Malaysia, Shokri Nor yang didakwa terlibat dalam kes mengatur perlawanan membabitkan Lions XII menentang Sarawak, Selasa lepas, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata badan induk bola sepak negara itu perlu menghormati undang-undang Singapura sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap Shokri.

“Biar aliran undang-undang di Singapura yang akan membuat keputusan dalam kes membabitkan beliau (Shokri).

“Terpulang kepada mereka (mahkamah Singapura) untuk menentukan hukuman yang bersesuaian kerana apa yang lebih penting ialah kita perlu menghormati aspek perundangan yang ditetapkan tidak kira di tempat mana,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media di Singapura melaporkan Shokri, 47, bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah, 38, didakwa atas tuduhan terlibat dalam mengatur perlawanan Liga Super Malaysia.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.

Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin $50,000 (RM123,272) sebelum kes itu disebut semula pada 31 Mei ini.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua mereka boleh didenda sehingga $100,000 (RM246,537) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya, mengikut undang-undang Singapura.

Bernama difahamkan Shokri ditahan anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan itu yang menyaksikan tuan rumah, Lions XII mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak.

Tempat Shokri dalam perlawanan itu diambil alih pengadil Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.

- Bernama

Pengadil Shokri Nor dituduh atur keputusan perlawanan Lions XII vs Sarawak

SINGAPURA - Dua rakyat Malaysia telah didakwa di mahkamah hari ini kerana berkomplot untuk menetapkan keputusan perlawanan Liga Super Malaysia.

Pengadil Shokri Nor, 47, didakwa bersubahat dengan bekas pemain bola sepak Thana Segar S Sinnaiah, 38, pada 19 Mei di bilik sebuah hotel di Pulau Pinang untuk menetapkan perlawanan yang dimainkan antara LionsXII dan Sarawak pada Selasa.

Kedua-dua lelaki dituduh bersetuju menerima rasuah sebanyak RM15,000.00.

Pengadil telah ditukar pada saat-saat akhir selepas para pegawai diberitahu tentang kemungkinan penetapan keputusan perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan Liga Super berkenaan, tuan rumah, Lions XII menewaskan Sarawak 3-0.

Related Posts

12 Responses to Kes Shokri Nor: FAM tunggu keputusan Mahkamah Singapura

  1. liga kita bkpo nk tngu keputusan mhkmah spore..fam kn pengnjur

    • yolo dh demo..braso pelik jgk nih

      • x nak malu la..pgadil tu kan FAM pilih…ada ke pgadil d siasat kalau game mereka mragukan..FAM ckp..keputusan pgadil muktamad..so..how..

    • agensi siasatan rasuah spore siasat kes ni sbb jenayah, buke sbb bola.. wlupun ditangkap di penang, tp mengatur perlawanan di spore.. satu pukulan utk FAM dan SPRM.. FAM mcm xpantau kes2 mcm ni, bila FIFA royak ada kes, FAM melenting menafikan…. skang ambik ko FAM…

  2. bijok s’pore mereka tunggu shokri nor dtg ke s’pore baru bertindak. BPR dan FAM patut belajar dgn biro siasatan amalan rasuah s’pore.

  3. biasa la malaysia kalau tak ada kepentingan tak buat

  4. Ha, kalau dah sabit kesalahan nanti jelas FAM nampak silap pihak lain je, apa berlaku dlm seluar sendiri x tahu. kalau rasuah tunjuk kat pemain je. Entah dh berapa byk game dh kena atur selama ni

    • game mlibatkn lion ku rasa byk yg mragukn…swak v lion 1st game n live d astro hari tu pun penalti yg x munasabah d bg..

  5. huh.. dah la die polis pulak tue. integriti,term anti rasuah sepatutnya dah sebati dengan diri die dah…

  6. Sebab tu lah selalu berlaku smp 5 kad merah dlm match penting mcm piala malaysia semifinal tahun lepas..janji diorg lakukan sepertimana arahan. X kira dah mutu pengadilan pada mata penyokong…FAM pun diam je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>