Mutu pengadilan Liga M lemah, bertaraf amatur - TMJ

Selepas sekian lama berdiam diri akhirnya Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang boleh ditakrif masih berada di tahap amatur ketika bola sepak di Malaysia sudah lama di era profesional.

Tunku Ismail nyata kecewa dengan mutu pengadilan yang langsung tidak berkualiti apabila kerap membuat keputusan meragukan, terutama kesalahan yang begitu jelas dilakukan pasukan lawan, bagaikan tidak endah sebaliknya menghukum kesalahan yang dilakukan pemain Johor Darul Takzim.

Katanya, mutu pengadil yang tidak berada di tahap memuaskan bukan saja membabitkan aksi Johor Darul Takzim, malah boleh dikatakan semua pasukan yang bersaing pada kancah Liga M juga kecewa dengan kegagalan pengadil mengawal perlawanan dan sudah tiba masa Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah drastik untuk meningkatkan lagi mutu pengadilan.

“Saya hormati Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan Timbalan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tetapi apa yang saya ingin persoalkan tindakan lanjut daripada pegawai FAM berhubung mutu pengadilan yang lemah dan saya difahamkan ketika saingan liga berehat selama tiga minggu semua pengadil menjalani kursus namun tiada sebarang peningkatan yang ditunjukkan.

“FAM harus bertindak segera untuk memperbaiki apa jua kelemahan yang membabitkan pengadil dalam saingan Liga M dan harus memastikan semua pengadil yang bertugas pada aksi liga berkualiti.

“Kita sudah buat pelaburan besar bagi memastikan mutu bola sepak di Johor ditingkatkan tetapi usaha itu akan sia-sia seandainya pengadil gagal berfungsi dengan baik yang menjejaskan rentak permainan bukan saja kepada Johor Darul Takzim bahkan membabitkan pasukan lain dalam saingan Liga M,” katanya pada sidang media tergempar di Hotel Thistle, di sini, tengah malam kelmarin.

Bagi mengukuhkan bukti betapa mutu pengadilan masih lemah, Tunku Ismail menegaskan satu salinan rakaman perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim dan beberapa pasukan lain akan diserahkan kepada FAM untuk dinilai dan turut disusuli dengan surat rasmi.

“Hargailah keringat pemain yang bertungkus lumus di padang kerana mereka menjalani latihan pada sesi pagi dan petang dan beraksi pada saingan Liga M tapi jika mutu pengadilan tidak berkualiti ia pasti menjejaskan rentak permainan sekali gus menjatuhkan moral pemain itu,” kata Tunku Ismail.

- Harian Metro

Related Posts

35 Responses to Mutu pengadilan Liga M lemah, bertaraf amatur - TMJ

  1. hahahahaahahahah…. baru nk bg komen??? benda dah lama sangat dah …..baru skang nk luahkan .. hahahahahahahahahahahaah

  2. orang ni tak ada kejo,puji kerabat aja.Yang lain semua tak kena.

  3. lagi sekali isu ini akan menyerlahkan kebangsatan fam. bila rakyat marhain bersuara mengkritik, meluahkan pendapat yg tidak sehaluan dgn kebangsatan fam maka individu tersebut bakal berdepan akibatnya. sekarang anak raja punya giliran kita tengok reaksi si bangsat judin.

  4. JDT main tak bagus salah kan refree

  5. Kenapa Barca Kalah

    Isu yang dibangkitkan oleh TMJ memang betul..CUMA bolehkah orang2 yang pegang jawatan yang bernaung bawah FAM beri komen selain presiden & SU?..Walau untuk kebaikan sekalipun, semua orang lain diHARAMkan bercakap pasal FAM..kalau tak ambil tindakan bermakna FAM memang jelas bias..Bila Artikel Mengarut tu dibatalkan barulah sapa2 boleh bagi pandangan dan pendapat masing-masing..Kalau tak, begini la terjadi, semua kena membisu tak leh kata apa2 termasuk orang istana sekalipun..

  6. xppe ke knyataan ini mcm

  7. Itulah dunia Bola sepak M’sia. Jika dulu Presiden KAFA kena gantung kita tengok pula sama ada Presiden PBNJ kena gantung ke tak. Itu lah FAM, semua tempat berpolitik.

  8. Dah lama nasib ini terjadi terhadap kelate… ref dan FAM .. menindas kelantan… JDT ada hati juga ,Baru tau tak puas hati,dah kata ref tak adil.. hidup Liga Malaysia.. tamatkan zaman org tua kuno dlm FAM..

    • Supo tu gu. Hok tu baru nok belajar. Hok tu lamo doh tok reti wak gapo. 2X5 tu. sokong hok tu tau doh punoh. Sokong hok baru pun jenis nok wak munoh jugok. Pah tu punoh belako. Anok beranok dio tu Gu weii…

  9. Kita sama tunggu dan lihat. Adakah TMJ kebal dari tindakan FAM.

  10. penyokong bola sepak

    fam ada berani ambil tindakan sebab TMJ komen mutu pengadilan malaysia,kami nak tengok….

  11. Tang ni aku sokong TMJ. FAM bertindak macam diktator bolasepak dan tak boleh terima teguran. Kalau FAM masih tiduq, top team mcm JDT, Kelate, ATM, dll, cuti aje Liga Malaysia semusim dua. Biar kosong stadium mcm beberapa ketika dulu.

  12. Pingback: FAM teliti kenyataan TMJ kritik pengadil | Sokernet

  13. pada aku keputusan pengadil masa perlawanan muktamad kalu tidak asyik kena perlawanan ulangan, tapi selepas perlawanan keputusan perlu diperiksa panel, kalu tak betul pengadil pun patut kena gantung dari jadi pengadil utk 2-3 perlawanan atau denda seribu ringgit ke setiap keputusan salah….linesman punsama juga

  14. Tahniah Tunku, kalau rakyat kebanyakan dah muak dengan FAM, kali ni harap-harap dengan teguran Tunku membuka mata FAM dan mengubah pendirian FAM. Nak suruh orang lain, kena gantung ajer laa…

    • Tahniah Pak Din. Tuanku pun nak jadikan bolasepak Malaysia jadi lebih gawat ni. Pak Din teruskan sokongngan anda. Kalau orang putih bagi taraf beginners, amateur atau pun pro Pak Din tau tak apa maknanya?

  15. BILA TAK MENANG, PENGADIL JADI MANGSA. SATU LAGI, MEMANG LA PENGADIL MALAYSIA SEMUANYA AMATUR. MANA ADA ORG KERJA PENGADIL SEPENUH MASA…..cakap tau tau fakta

  16. tahap bolasepak Malaysia = AMATUR… pegadil kita = AMATUR . sampai ke anak cucu tetap AMATUR.. kalo takde perubahan drastik dr sekarang.. akan tetapla AMATUR sampai Bila-bila..

  17. Anak raja boleh cakap apa saja pasal FAM…guarantee tak ada apa-apa punya. Maki hamun pon boleh…NASIHAT dan PANDANGAN katakan……puuuuiiiiikk.

  18. NANTI KUAR STATEMENT DARI SI JUDIN BANGANG……
    judin; ERRR…NIAT TMJ BAGUS,IKHLASSSSS ..NAK MENASIHATI KAMI YANG BODO KAT FAM INI..SUPAYA MENINGKATKAN MUTU PENGADILAN KAT LIGA KITA..AGAR LIGA KITA NAIK TARAF DARI KELAS D’ NAIK KE KELAS C-…ERRR SO KEPUTUSANNYA TMJ TIDAK BERSALAH DAN TIDAK PERNAH MELAKUKAN APA-APA KESALAHAN PUN…..DAN KEPUTUSANNYA TMJ DIBEBASKAN DARISEBARANG HUKUMAN…BLA.BLA ..BLA….

  19. mana bolih lawan boss Fam.Salah langkah semua ahli exco hilang pingat2 yg di beri boss.

  20. mohd fadzil b abd lajis

    baru fam bukak mate sikit….

  21. mohd fadzil b abd lajis

    kalau rakyat suare fam buat x indah….xkan tmj ckp pn dia buat bodoh gak…ape fam x ada duit ke nk bayar gaji staf…smpai nk saman2 ny……..

  22. JUDIN YANG SENGAL..

    satu lg lubuk emas fam.. leh wat duit nie.. TMJ kan kaya.. denda juta-juta untung nie.. ala, beli pemain import juta2 leh,, tak nak nak bg denda 20 k je.. kena la naikkan denda skit….. JUDIN..

  23. Pingback: Kritik pengadil: FAM belum cukup bukti sabitkan kesalahan TMJ | Sokernet

  24. Suruh je TMJ jadi president FAM, akan berubah semuanya spt JDT

  25. BUANG SAJA SEMUA PENGADIL FAM. MINTA YG DOK KOMEN & TUNJUK PERASAAN PASAL PENGADIL NI, DAFTAR DGN SEGERA DAN KURSUS PENGADIL DGN FA NEGERI MASING-MASING.

  26. patut pengadil perlawanan Man Utd vs Real Madrid dari Turki dilantik sebagai pengadil impot….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>