Tanggung kos mesyuarat: Sultan Ahmad Shah mahu penjelasan Azzuddin

Sultan Haji Ahmad Shah

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menafikan dakwaan Tan Sri Annuar Musa kononnya diminta oleh FAM menerusi e-mel untuk membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM yang bersidang 4 April lalu.

“Itu bidaah (tidak betul). Kena bayar untuk apa sedangkan mesyuarat diadakan di FAM. Saya akan hubungi Setiausaha Agung untuk pastikan betul atau tidak perkara ini,” titah baginda.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata: “Amalan mengenakan kos (pada) mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib ke atas pihak tertuduh telah lama diamalkan sejak 2010.

“Bayaran kos itu dikenakan ke atas semua pihak iaitu pemain, pegawai dan pasukan yang kalah kes atau didapati bersalah, macam kes terbaharu (kes Annuar).

“Ini bukan satu perkara yang baharu, ia telah diluluskan oleh Exco FAM. Tan Sri Annuar yang turut memegang salah satu jawatan Exco FAM sendiri meluluskan peruntukan tersebut.

“Peruntukan itu dimuatkan dalam Kod Tatatertib FAM dan ia diluluskan pada Mesyuarat Exco FAM pada 12 Julai 2010. (Anehnya TS Annuar Musa menang jawatan Timbalan Presiden FAM pada 31 Julai 2010)

“Perlu dinyatakan bahawa peruntukan itu selari dengan peraturan yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” ujar Azzuddin.

Annuar dakwa kena bayar perbelanjaan mesyuarat

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa mendakwa FAM meminta beliau membayar perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin yang bersidang 4 April lalu.

Annuar dalam entri laman sosial Facebook miliknya semalam berkata, beliau dikehendaki membayar perbelanjaan tersebut yang berjumlah RM2,124.

“Baru buka emel dan menerima surat Setiausaha Agung FAM mengenai hukuman yang dikenakan pada saya, penggantungan dua tahun setengah.

“Saya juga dikehendaki bayar perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin berjumlah RM2,124. Saya terima dengan redha dan akan bayar insya-Allah,” katanya.

Annuar digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM mahupun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkuatkuasa serta-merta setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin Jawatankuasa Eksekutif (Exco), 4 Februari lalu. — Utusan Malaysia

Related Posts

22 Responses to Tanggung kos mesyuarat: Sultan Ahmad Shah mahu penjelasan Azzuddin

  1. Bangsat betul fam skg..

  2. merengkerapu merengskemper

    judin pl0k ken0

  3. Ni termasuk kos bayaran utk bil air buat basuh kencing berak semasa persidangan jg ke?

  4. hahaha.FAM .(Fuck Amatur Men).su ni bg je jd presiden.senang.

  5. bil air +k8s tisu jamban buat lap punggung rm24.

  6. Presiden FAM Sila Letak Jawatan

    Kah..KAh..Kah….
    Kelakar La Tuan Presiden nih….mcm mne bleh x tau plk…bukan Ke Tuan Presiden sndiri yang LULUS kan AKTA FAM…..
    Xkan la SU AGONG nk wat PANDAI-PANDAI plk…
    TOTAL SMUA TERMASUK KENCING BERDIRI BERAK CANGKONG ker?

  7. Presiden ngan SU sama je. Sama 2 perangai lanun. Dengki ngan kelantan. Man laksa pun sama. Dengki dengki dengki. Korang tgk kelantan lebih dr korang, korang cantas. Korang kelantan lg bijak dp korang, korang cantas.

    Allah bersama dgn orang2 yg teraniaya.

    Korang nanti lah pembalasan-Nya.

  8. Korang nampak tak, celarunya FAM. Undang2 bodoh mana diaorang praktis ni? Presiden nampak sgt bangangnya. Mcm mana boleh jd presiden ni? Kau blah cepat, sblm kau MAMPUS

  9. kantoi… dlm kosmo azudin akui mmg anuar kena bayar kos tu…dan mmg dah jd kebiasaan sejak 2010..sapa yg ckp betul ni?..ni link http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm

  10. kepada tuanku presiden FAM,Sila letak jawatan,hamba tak sanggup melihat komen-komen yang boleh menjatuhkan maruah Tuanku Sultan

  11. Salam peminat bolasepak:
    kutuk mengutuk tidak baik dalam masyarakat melayu kita, demi menjaga maruah seorang sultan yang begitu minat dengan bolasepak, suoaya tidak di kutuk dan dicemuh, eloklah tuanku letak jawatan, bagi saja orang biasa memimpin FAM ini, cukuplah jadi Penaung saja…..

    • Panglima Pahang

      Saya sebagai anak pahang sangat sedih apabila orang ramai memaki sultan kami. Mungkin mereka tak merasa apa-apa kerana bukan sultan mereka. Patik memohon sangat-sangat tuanku letak jawatan presiden FAM dan balik pahang jadi presiden bolasepak pahang. Patik tak sanggup lagi lihat tuanku dicerca merba oleh orang ramai

  12. rasa nak sepak je muka kat atas tu..

  13. andainya diberi pilihan antara jawatan sultan pahang dengan presiden FAM agak2nya yang mana satu tuanku pilih?

  14. apa la org melayu ni..dari kepimpinan sampai ke rakyat semua mentaliti ade kureng sikit….semua sama….sib baik aku bukan melayu tulen….kecewa aku tengok FAM ni…

  15. aku setujuk apa ko skang…sume kencing~hapra…

  16. Nampak sangat azuddin dan Bosnya tak berpengetahuan pada tahap yang sama…pasal amalan di FAM. ….malu dan kelakar la……

  17. abe din kito xpayah ler bg penjelasn pada FAM.smlm masa kel vs t.team di stadium kota bharu penyokong kelantan da bagi da sposen sorg untuk bg kat FAM bg membayar kos mesyuarat tersebut.xusah dok kecoh2 ah.next time lau ada mn2 pihak nk bt meeting or amenda pom lau duit xde nanti kita org bt collection lak kt kb..anak klate kan kaya.

  18. boikot, jangan pergi tgk plwnan msia vs sri lanka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>