Luis Suarez Pemain Terbaik Copa America 2011

Posted by on Jul 25, 2011 | Leave a Comment

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez, yang menjaringkan satu gol untuk kemenangan 3-0 ke atas Paraguay pada final Copa America pagi tadi, dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan. Pemain berusia 24 tahun yang juga penyerang Liverpool itu melengkapkan aksi Copa America 2011 dengan menjaringkan empat gol. Pemilihannya dibuat oleh panel terdiri wartawan sukan. Pemenang Copa America 2011: Juara: Uruguay Naib Juara: Paraguay Tempat... 

Uruguay juara Copa America 2011

Posted by on Jul 25, 2011 | 1 Comment

URUGUAY menewaskan Paraguay 3-0 untuk memenangi rekod ke-15 Copa America apabila penyerang Diego Forlan menyumbat dua gol untuk rekod jaringan ke-31 antarabangsanya, awal pagi tadi. Penyerang Liverpool, Luis Suarez juga berada pada sasaran terbaiknya apabila membantu Uruguay merampas takhta benua itu sejak 1995 dan memecah rekod kejuaraan ke-14 yang dikongsi bersama Argentina. Suarez membuka jaringan awal pada minit ke-12... 

Giliran Brazil tersingkir

Posted by on Jul 19, 2011 | Leave a Comment

PARAGUAY menyingkirkan juara bertahan Brazil daripada kejohanan Copa America semalam apabila memenangi pertembungan suku akhir 2-0 menerusi penentuan penalti, selepas perlawanan hambar yang menyaksikan kedua-dua pasukan gagal meledak gol selepas masa tambahan. Sehari selepas tuan rumah Argentina disingkirkan, juga menerusi penentuan penalti kepada Uruguay, kejutan berterusan apabila Venezuela mara ke separuh akhir buat... 

Suku akhir: Paraguay singkir Brazil

Posted by on Jul 19, 2011 | Leave a Comment

SELEPAS kegagalan Argentina, Brazil menjadi pasukan pilihan yang kedua tersingkir daripada kempen Copa America 2011. Juara bertahan, Brazil dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Paraguay pada aksi suku akhir di Stadium Ciudad de La Plata awal pagi semalam. Kejayaan Paraguay ke atas Brazil itu hadir menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan. Ia merupakan... 

Uruguay singkir Argentina di suku akhir

Posted by on Jul 17, 2011 | Leave a Comment

Keputusan suku akhir: Uruguay 1-1 Argentina (penalti 5-4) URUGUAY mencipta kejutan apabila menyingkirkan tuan rumah, Argentina 5-4 menerusi penentuan penalti dalam saingan suku akhir Copa America, sebentar tadi. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selepas tamat 90 minit masa permainan. Argentina terpaksa mengigit jari selepas penyerang Manchester City, Carlos Tevez gagal menyempurnakan sepakan penaltinya. Kali... 

Jadual Suku Akhir Copa Amerika 2011

Posted by on Jul 14, 2011 | 1 Comment

Jadual Suku Akhir Copa America 2011 Keputusan Suku Akhir Copa America 2011: Venezuela 2-1 Chile Peru 2-0 Colombia Argentina 1-1 Uruguay* Brazil 0-0 Paraguay** *Uruguay menang 5-4 penentuan penalti **Paraguay menang 2-0 penentuan penalti  Read More →

Argentina pamer kebangkitan

Posted by on Jul 13, 2011 | Leave a Comment

TUAN rumah, Argentina akhirnya mempamer kebangkitan daripada aksi lesu dalam kempen awal bola sepak Copa America apabila membenam Costa Rica 3-0 semalam, untuk melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya, berterima kasih kepada jaringan Sergio Aguero dan Angel Di Maria. Aguero yang berada dalam kesebelasan utama untuk mengetepikan Carlos Tevez di bangku simpanan dalam rombakan yang dilakukan ke atas jentera serangan,... 

Argentina lepas ke suku akhir

Posted by on Jul 13, 2011 | Leave a Comment

ARGENTINA menepati ramalan mara ke suku akhir kejoha- nan bola sepak Copa America selepas menewaskan Costa Rica 3-0 semalam. Sergio Aguero muncul wira Argentina selepas meledakkan dua gol masing-masing pada minit ke-45 dan 52 sebelum Angel Di Maria menambah gol ketiga minit ke-63. Aguero yang bermain selepas Carlos Tevez diletakkan di bangku simpanan, berjaya menampilkan aksi cemerlang, sekali gus membolehkan pasukan... 

Argentina elak tersingkir awal

Posted by on Jul 12, 2011 | Leave a Comment

ARGENTINA yang bergelut dengan prestasi hambar akan melakukan empat pertukaran pemain apabila menentang Costa Rica, hari ini demi mencari kemenangan untuk layak ke suku akhir Copa America. Jurulatih Sergio Batista memberi kebebasan kepada Lionel Messi untuk melakukan gerakan dari posisi tengah. Costa Rica di tangga kedua Kumpulan A selepas menang 1-0 ke atas Bolivia dan Argentina yang seri dalam dua perlawanan, akan bertemu... 

Messi tenggelam di Copa America

Posted by on Jul 11, 2011 | Leave a Comment

ARGENTINA memulakan kempen Copa America dengan dua keputusan seri dan langsung tidak kelihatan seperti pasukan yang mampu menamatkan kemarau kejuaraan dua dekad, tetapi Lionel Messi bertegas mereka akan bangkit dan mara ke suku akhir. Messi yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sekali lagi terbukti handal sepanjang musim ini ketika menyarung jersi Barcelona, tetapi apabila bersama Argentina, kehebatannya seakan... 
Page 1 of 3123