Azuddin akui kesilapan surat pekeliling FAM
Kesilapan tidak bermakna status pemain import Terengganu dibenar beraksi di Liga Super
“MAAF, kami mengakui melakukan kesilapan.”
Itu respons Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berhubung kesilapan terhadap surat pekeliling yang dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada 23 Disember lalu.
Dalam surat pekeliling tersebut, PBSNT mendapat ‘keistimewaan’ untuk mendaftar pemain import baharu selewat-lewatnya pada 9 Januari ini.
Justeru PBSNT mempergunakan sepenuhnya ‘keistimewaan’ tersebut dengan merombak perancangan asal pemain import dan menarik balik pendaftaran Mohamadu Sua Mareh dari Gambia.
Selepas berjaya mendapatkan dua tonggak import baharu iaitu Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carniet yang diumumkan oleh Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh pada 4 Januari lalu namun ‘awang import’ tersebut hanya disahkan layak beraksi pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sahaja.
Azzuddin memberitahu meskipun kesilapan teknikal itu amat dikesali tetapi ia tidak bermakna status kedua-dua pemain import tersebut dibenarkan beraksi di Liga Malaysia (Liga M).
“Saya ingin memohon maaf atas kesilapan teknikal kami terhadap surat pekeliling itu.
“Saya telah menjelas perkara sebenarnya kepada Presiden PBSNT, Datuk Che Mat pada pagi ini (semalam) dan segala-galanya sudah selesai.
“Tetapi, status kedua-dua pemain import tersebut hanya layak untuk bertanding pada Piala AFC sahaja, bukan di Liga M.
“Jesteru, Terengganu boleh melengkapkan perpindahan pada 9 April depan (terhadap kedua-dua pemain import ini) dan sekali lagi, FAM amat kesal dengan insiden ini serta akan lebih berhati-hati di masa akan datang,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan kontroversi baharu yang melanda PBSNT ekoran kehadiran surat pekeliling daripada FAM bertarikh 23 Disember itu.
Dalam surat berkenaan, FAM menyatakan syarat-syarat pemain asing untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari ini.
Meskipun kekeliruan itu sudah terjawab namun selaku naib juara Liga Super musim ini, ketiadaan pemain import ini nyata mengundang keresahan buat penyokong setia Sang Penyu.
Terengganu yang juga juara Piala FA bagaimana pun masih memilik ‘permata’ tempatan seperti Abdul Hadi Yahya, Adul Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie yang dijangka mampu memberikan tentangan sengit kepada pasukan-pasukan lain. — Kosmo
January 7, 2012 - 2:38 pm
Natang FAM bodoh dok makang telo….
Tulis surat kot bahasa melayu.. Tapi natang hok saing surat bodo dok reti bahasa melayu… bahasa Inggeris
lagi lah bodo..
Surat kata liga M je… liga Super dengan AFC tak bagitau…
base bodo dok makang telo…..
January 7, 2012 - 2:53 pm
En.Bodo,
Jangang maroh! mu kata orang bodo tapi nama mu pun ‘BODO’. Doh lagu mana?
Tengok aku nih….nama aku CERDIK….hehehe.
January 7, 2012 - 4:24 pm
fam nk pitis je 2,surat 2 btl dh sebenarnya,tp disebabkan bnyak pihak dengki dgn keistimewaan terengganu n klntan..fam pn ubah fikiran,fam x tegas,,mcm celaka fam ni..
January 7, 2012 - 4:27 pm
fam celaka,pndai putar belit..dh bg lulus,kne desak ckit trus x bg lulus pemain import..
January 9, 2012 - 4:35 pm
Kalau bolih penggal depan FAM cari org yg cerdik siktlah jadi SU Agong ni, kalau bolih org trg, baru cerdik..
January 12, 2012 - 7:59 pm
Mari kita sama2 hayati pantun lame org Tganu ni…”Cak Kedodo tambat tali upih..jupe same bodo ckp same lebih”…kikikikikkk..
April 5, 2012 - 3:50 pm
azzudin da memalukan FAM..xde tindakan ke wahai Datuk Taufik..oh lupa… xkn nk dakwa konco2 sendiri…