Piala Presiden: Kelantan dipotong 14 mata
Posted by admin on Apr 13, 2012 | 39 Comments
Skuad Piala Presiden Kelantan hilang 14 mata
BERITA buruk buat pengurusan Piala Presiden Kelantan apabila dipotong 14 mata ekoran menurunkan pemain tidak sah dalam tujuh perlawanan Liga Presiden Malaysia 2012.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, skuad liga simpanan Kelantan dikenakan pemotongan selepas menurunkan Syazwan Yusoff pada pertandingan tersebut.
Syazwan...
Rasuah: Johor FC gantung enam pemain Piala Presiden
Posted by admin on Feb 23, 2012 | 2 Comments
PENGURUSAN Kelab Johor FC hari ini menggantung enam pemain skuad Piala Presiden yang disyaki terbabit mengatur keputusan perlawanan dengan Perlis 17 Februari lalu.
Perlawanan berkenaan dimenangi Johor FC 3-0.
Enam pemain terbabit akan terus menjalani hukuman penggantungan sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.
Sepanjang tempoh penggantungan itu juga gaji semua pemain terlibat turut ditahan.
Kes berkenaan kini dikendalikan...
FAM belum putuskan siar nama 18 pemain terlibat rasuah
Posted by admin on Feb 07, 2012 | Leave a Comment
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) belum pasti sama ada akan mendedahkan nama 18 pemain Piala Presiden yang terbabit dengan gejala rasuah kepada umum kerana ia bergantung kepada keputusan Presiden, Sultan Ahmad Shah.
Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung badan induk bola sepak tanah air itu, Datuk Azzuddin Ahmad.
“Kami belum menetapkan lagi sama ada akan mengumumkan nama pemain terbabit kepada umum kerana perkara...
Kes rasuah 18 pemain Piala Presiden memalukan
Posted by admin on Feb 06, 2012 | Leave a Comment
ISU pembabitan rasuah 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak musim lepas adalah perkara yang amat
memalukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Sambil mengalu-alukan langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendedahkan perkara itu semalam, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap...
Nidzam berundur latih Kedah, fokus skuad Piala Presiden
Posted by admin on Jan 30, 2012 | Leave a Comment
KEGAGALAN Kedah meraih sebarang kemenangan setelah mengharungi lima perlawanan memaksa jurulatih sementara skuad Hijau Kuning, Mohd Nidzam Adha Yusof melepaskan jawatannya.
Keputusan itu dibuat selepas Kedah sekali lagi tumbang di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin yang sebelum ini boleh dianggap sebagai gelanggang keramat buat mereka.
Pada pertemuan itu, skuad Hijau Kuning dihukum atas kelemahan mereka sendiri...
Kelantan Juara Piala Presiden 2011
Posted by admin on Jul 26, 2011 | 11 Comments
FINAL: Kelantan 2-1 MP Muar
KELANTAN muncul juara Piala Presiden 2011 selepas menumpaskan kelab MP Muar FC 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV sebentar tadi.
Beraksi di depan penyokong sendiri Kelantan bermula garang apabila berjaya mendahului MP Muar seawal minit kelapan menerusi percubaan Mohd Aris Zaidi dalam kotak penalti.
Video Final: Kelantan 2-1 MP Muar
Namun MP Muar berjaya...
Video Kelantan vs MP Muar Final Piala Presiden 2011
Posted by admin on Jul 26, 2011 | 5 Comments
Video Final Piala Presiden 2011
Kelantan vs MP Muar
Video: Kelantan 1-1 MP Muar | 90 minit
Video: Kelantan 2-1 MP Muar | Gol Khairul Izuan [extra time]
Read More →
Final Piala Presiden 2011
Posted by admin on Jul 18, 2011 | Leave a Comment
FINAL Piala Presiden 2011 mempertemukan dua pasukan dari Pantai Timur, Kelantan dan kelab dari Selatan, Johor MP Muar.
Kelantan mara ke pentas final selepas menewaskan Selangor PKNS dengan agregat 2-0, manakala MP Muar menyekat pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas keputusan agregat terikat 3-3.
Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV,...
Keputusan Piala Presiden 2011: Separuh Akhir
Posted by admin on Jul 14, 2011 | Leave a Comment
Keputusan Separuh Akhir 2 (14 Julai):
Selangor PKNS 0-0 Kelantan
SSBJ 2-2 Johor MP Muar
Keputusan Separuh Akhir 1 (7 Julai):
Johor MP Muar 1-1 SSBJ
Kelantan 2-0 Selangor PKNS
*Kelantan layak ke final, agregat 2-0
*Johor MP Muar layak ke final berdasarkan jaringan tempat lawan
Perlawanan Akhir Piala Presiden 2011 (26 Julai):
Kelantan vs Johor MP Muar
Venue Final: Kota Bharu
Tarikh Final: 26 Julai 2011
*Tertakluk kepada...

