Pahang Juara Piala Emas Raja-Raja 2011
Posted by admin on Jan 02, 2012 | Leave a Comment
Keputusan Final Piala Emas Raja-Raja 2011
Pahang 3-1 Melaka
PAHANG muncul juara Piala Emas Raja-Raja setelah menewaskan Melaka 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi.
Sokongan padu lebih 5,000 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium nyata membakar semangat juang skuad Tok Gajah untuk muncul pemenang, sekaligus mengulangi kejayaan menjulang piala berkenaan pada 1980, menewaskan...
Kelantan tersingkir dari saingan Piala Emas Raja-Raja 2011
Posted by admin on Nov 27, 2011 | Leave a Comment
JUARA bertahan, Kelantan gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Perlis dalam aksi Kumpulan D di Kota Bharu petang tadi.
Sebaliknya Perlis yang merupakan finalis musim lalu, mengiringi Melaka ke suku akhir dari Kumpulan D.
Melaka muncul juara Kumpulan D sekalipun tewas 2-3 di tangan Kuala Lumpur dalam perlawanan terakhir kumpulan petang tadi.
Melaka...
Piala Emas Raja-Raja 2011 bermula
Posted by admin on Nov 25, 2011 | Leave a Comment
TIRAI Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 (Edisi Ke-71) dibuka hari ini membabitkan lapan perlawanan daripada empat kumpulan.
16 pasukan memulakan saingan peringkat kumpulan untuk merebut kejuaraan Piala Emas Raja-Raja 2011 bermula dari 25 hingga 27 November.
Kejohanan peringkat awal yang dibahagikan kepada empat kumpulan menyaksikan Kelantan selaku juara 2010 diundi dalam kumpulan D yang turut disertai Perlis, Kuala...
Kelantan juara Piala Agong 2011
Posted by admin on Nov 14, 2011 | Leave a Comment
Pembuka tirai saingan Piala Emas Raja-Raja 2011
PASUKAN Piala Emas Raja-Raja Kelantan sekali lagi mengukir nama apabila muncul Juara Piala Agong 2011 selepas menewaskan juara bertahan, Perlis 3-2 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu kelmarin.
Jaringan akhir Ramzul Zahini pada masa tambahan (minit 92) membolehkan Kelantan membenam Perlis 3-2 dan sekaligus merampas kejuaraan Piala Agong daripada juara bertahan itu.
Gol-gol...
Enam pasukan mara ke suku akhir
Posted by admin on Nov 08, 2010 | 3 Comments
KELANTAN, Johor, Perak, Kedah, Masum serta Terengganu mara ke peringkat suku akhir Piala Emas Raja-Raja edisi yang ke-70 selepas berakhir saingan peringkat kumpulan semalam.
Bagaimanapun dua lagi slot ke suku akhir dari kumpulan A masih belum dapat ditentukan selepas bermula lewat dua hari dari kumpulan lain akibat banjir melanda di negeri Utara Malaysia.
Juara 2008, Kelantan tidak menghadapi masalah untuk merekodkan...

