Respon Rizal Hashim dituduh derhaka kepada Sultan Kelantan

Jawapan Sdr Rizal Hashim selepas dituduh derhaka kepada Sultan Kelantan ekoran tulisan Surat Terbuka Kepada FAM di blognya

TERLEBIH dahulu saya merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Kelantan dan kaum kerabat Tuanku jika surat terbuka saya bertajuk Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya disalah tafsir hinggakan ada pihak yang menuduh saya derhaka kepada Tuanku Sultan.

Saya sedikitpun tidak berniat menujukan perenggan itu kepada Tuanku Sultan. Selain menghormati institusi diraja, saya ada kenangan manis dengan Tuanku. Saya bersama tiga lagi sahabat secara peribadi terserempak dan bersalam dengan Tuanku Sultan yang ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, di Hotel Grand Makkah ketika sama-sama menunaikan umrah pada bulan puasa, Oktober 2007.

Sebelum pembaca blog ini melontarkan kata-kata nista, mencaci dan mengugut saya, saya ingin mengajak semua berbincang dengan lapang dada dan minda terbuka tanpa perlu menghasut mana-mana golongan berhubung komentar saya mengenai sepak mula pertemuan Liga Super di antara Kelantan dan Selangor PKNS yang lewat selama 33 minit, 13 Januari lalu.

Impak daripada sepak mula di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dijadual 8.45 malam tetapi bermula jam 9.18 malam, cukup besar.

Antaranya

1. Pemain terdedah kepada kecederaan sesudah melakukan warm-up

2. Soal airtime. Perlawanan itu disiar secara langsung menerusi saluran berbayar Astro Arena dan tamat pada jam 11.15 malam. Sebenarnya tiada stesen televisyen, sama ada berbayar atau percuma (free-to-air seperti RTM dan TV3, TV9) yang gemar berdepan situasi ini kerana ia membabitkan kos airtime dan rancangan seterusnya. Isunya bukan saya menulis kerana saya ada program di Astro Arena, saya tetap tulis kalau perlawanan disiarkan di RTM…menyatakan fakta bukan satu kesalahan. Setiap pemimpin sukan harus faham isu airtime sebagai satu komponen penting dalam industri sukan. Jika perlawanan antarabangsa, tentu sekali hos penyiar akan diberi ganti rugi mengikut nilai airtime. Ini antara tuntutan dunia profesional.

3. Kelewatan ini menyebabkan sesetengah media cetak arus perdana tidak sempat menyelitkan laporan untuk edisi pertama.

4. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan kemungkinan dikenakan tindakan. Ini berdasarkan pengalaman saya yang kurang arif ini. Pernah menjadi pegawai media selama dua bulan di Wisma FAM, mengurus tuntutan media untuk dua perlawanan besar - Malaysia lawan Chelsea di Stadium Shah Alam dan final Piala Malaysia 2008. Sebelum menyertai FAM, pernah menjadi pegawai media Piala Antara Benua di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Mei 2008, ketika Safee Sali menjaringkan tiga gol menarik sepanjang kejohanan. Kita tidak boleh lari daripada protokol pengelolaan perlawanan, sebab itu semua pegawai maklum ada apa yang digelar sebagai OTP…pengelolaan perlawanan mengikut Organisasi Teknikal Perlawanan.

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi mana-mana tatacara OTP boleh dikenakan tindakan lanjut mengikut perkara 2.1.2 dan Perkara 5.7.5 manual Liga M 2012. Pasukan, pegawai pasukan, pegawai pertandingan seperti match commissioner (MC) dan general co-ordinator (GC) boleh dikenakan tindakan lanjut oleh FAM.

Skop OTP meliputi padang dan kawasan sekitarnya, lampu limpah, kelengkapan bilik persalinan.

Perkara 5.6.10 menetapkan pasukan tuan rumah atau GC hendaklah memaklumkan kepada MC/RA (penilai pengadil) kehadiran tetamu diraja atau tetamu kehormat.

Tetamu Diraja
1. Sultan Negeri
2. Yang Dipertuan Negeri
3. Pemangku Sultan
4. Tengku Mahkota/Raja Muda Negeri

Tetamu kehormat
1. Presiden FAM
2. Timbalan Presiden FAM atau wakil presiden FAM
3. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
4. Mana-mana tetamu yang ditetapkan FAM

Tetamu Diraja atau Tetamu Kehormat hendaklah berada di venue pertandingan selewat-lewatnya 15 minit sebelum masa perarakan bendera Fair Play (perarakan biasanya lapan minit sebelum sepak mula).

Perkara 2.1.1 dalam Pematuhan Peraturan dan Piala pula menyebut kejujuran dan keikhlasan untuk mematuhi semua peraturan persatuan dalam pengelolaan Liga M adalah menjadi tanggungjawab dan tertanggungjawab kepada pasukan, pegawai dan pemain. Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang mengingkari mana-mana perkara dalam Perkara 2.1.1 boleh dikenakan tindakan atau hukuman. Pasukan boleh didenda maksimum RM100,000, pegawai denda maksimum RM50,000.

Jadi adalah malang jika the Red Warriors - barisan sang juara yang mencetus satu fenomena sejak 2009 - terpaksa menanggung kesukaran dan masalah akibat kelewatan sepak mula tempoh hari.

Prosedur pengelolaan perlawanan anjuran FIFA pula memberi ruang sepak mula dilewatkan sehingga dua jam atas sebab kilat, padang dinaiki air, lampu limpah dan ancaman keselamatan dan kesihatan. Sepak mula dan penundaan/pembatalan perlawanan pula adalah dua perkara berbeza!

Ini sekadar hujah yang simplistic dan tidak intelektual daripada saya…

Tulisan Asal Rizal Hashim -> http://rizalhashim.blogspot.com/2012/01/mohon-ampun-tuanku-sultan-kelantan.html

Related Posts

52 Responses to Respon Rizal Hashim dituduh derhaka kepada Sultan Kelantan

  1. En. Rizal, x salah kalau nak tegur sesiapa sahaja yg buat silap, tapi tegurlah cara ilmiah dan jangan cara yang terbuka. Adakah anda ni anti Kelantan atau keceluparan anda tidak berbatas. Kita jangan nak tegur jiran kita sama macam kita menegur anak kita. Itu adalah kesilapan besar. Jadi diminta anda belajarlah dari kesilapan. Celupar mestilah ada batasan. Terima kasih.

  2. Minta kerajaan mewujudkan undang2 khas kepada penulis2 blog yang menulis ikut sedap hati yang boleh merosakkan keharmonian rakyat….

  3. bak kata org arab, masa itu ibarat pedang. tak kira nabi ke raja ke kuli ke, masa tetap masa!!

  4. Apa yg Rizal cakapkan x salah, ternyata betul dan tepat sebab pengurusan masa sgt penting dlm satu organisasi kejohanan. Jgn kerana kita sygkan sesuatu pasukan, kita membuta tuli mempertahankan benda yg ternyata salah. Ni tindakan org kurang arif/professional tentang pengelolaan sukan. X bermakna saudara Rizal Anti-Kelantan jika dia menyatakan fakta yg tepat dan teguran yg bernas. Org Malaysia mudah melatah, dan pengetahuan/IQ terlalu cetek hingga setiap keputusan dibuat berdasarkan emosi, bukan amatan dan pengalaman.

  5. lenkali nok tulis tuh, pakai otak pk dulu.. jgn ada dlm fikiran klu salah boleh mintak maaf. nasib baik je nyawa lu tak melayang sbb sound sultan & mempersendakan hukum yg di fardhukan utk kita, bro.. serious lu main api bab ni.. pegi mampus lah dgn denda dunia tu.. jgn bg alasan bodek murahan mcm tu lg..

    selamat~

    • oit..TSAM dah bgitau, salahkan dia, jgn salahkan sultan sbb dia yg tungu sultan, sultan memang bagi game nak main dulu..lu tak baca fb TSAM ke hah? phuii!!

  6. against modern football

    sultan adalah sebaik-baik ketua dalam negeri..alangkah hinanya kita andai tidak di ajar untuk menghormati sultan,walhal sultan menunaikan sesuatu yg wajib,yg mana lbih penting dr sgala-galanya…melangkaui segala peraturan,hanya satu kerana Allah s.w.t ,xsuko ko ore klate oyap rizal,mudoh kei..xsoh ddok cocok ore len…baso gormmm..bo nok nulih,aku pn bulih..tp pkir akibat retek terrrr…

    • kalau contoh student ada kelas jam 8 malam, takkan dia nak solat isyak dulu lepas tu terhegeh2 jam 8.45 baru sampai? solat isyak lebih afdal dibuat di penghujung malam. Kita kena beza juga mana peraturan yang perlu atau yang wajib(ikut keadaan)….

      • nk komen tu berilmu la pikir skit jgn duk gna pala lutut jh….kes student logik la skit dh klas kul 8 malam g la kelas dlu sbb nk blajar ilmu xpo….solat jemaah d msjd bg lelaki tu lagi afdhal dr solat sdiri pd penghujung mlm

        • eh bodo, yg game jam 8.45 tu PEMAIN DAH MULA MASUK KERJA, isu sultan nak solat tu dia punya pasal, masalahnya TSAM dah minta maaf sebab dia yg mintak game ditangguhkan. bodo mu ni

          • singa malaya,
            Ko lah bodoh mangkuk hayun. Dahb tahu TSAM dah mintak maaf ko nak bising wat pe BANGANG. Ko nak jadi petualang dalam masalah ni ke?

  7. jangan biar undang2 manusia melampaui hak2 Allah..walau dalam apa jua prkara skalipun..

    • kalau contoh student ada kelas jam 8 malam, takkan dia nak solat isyak dulu lepas tu terhegeh2 jam 8.45 baru sampai? solat isyak lebih afdal dibuat di penghujung malam. Kita kena beza juga mana peraturan yang perlu atau yang waji(ikut keadaan)

  8. kalau contoh student ada kelas jam 8 malam, takkan dia nak solat isyak dulu lepas tu terhegeh2 jam 8.45 baru sampai? solat isyak lebih afdal dibuat di penghujung malam. Kita kena beza juga mana peraturan yang perlu atau yang wajib(ikut keadaan)..

    • ini pendapat org yg meringankan solat, ini hanya bola la, jgn jadi bodoh, mana penting bola dgn solat. takde akal ke

      • Orang Islam,
        Biarlah dia. Dah kefahaman dia tentang Solat setakat tu je nak wat camne. Kalau kita tanya dia boleh x kita wat solat jama’ semata-mata untuk tengok bola, mesti dia jawab boleh sebab dia musafir. Kita ajar dia elok2 ye.

        • org islam & semutapi mmg bodoh..dasar x reti berhujah.. ok kita tgk game kt KB lepas ni, jam brapa dorang start..haha

          • org islam mmg bodoh..aku yg berkawan dgn orang islam lain tapi bukannya pendapat bodoh mcm org islam komentar) ni.. solat isyak dibolehkan mengikut keadaan(ada tugas dll)..tidak berdosa melambatkan solat isyak tu.. semua pemain sebenarnya bekerja bermain bola, KERJA mereka start jam 8.45 malam, bukan SAJE2 nak main bola..Bangang!!

          • singa malaya dan tigaline. Ko lah yg bangang tahap melampau dn x pandai berhujah. Mengikut keadaan tu macamana? Cuba terangkan dekat aku. Aku nak tahu setakat mana pandai ko dgn agama. Solat digalakkan dipercepatkan. Aku xde cakap berdosa tapi aku cakap lebih afdal disegerakan sembahyang. Ko ni semua belajar kat mana ye? Siapa guru ko belajar? Jgn akibat keras hati ko nak membelakangkang agama. Ko ni memang spesis x reti tp wat2 reti.

          • singa malaya, awak datanglah kat kb kalu nak tengok bola. Stadium Sultan Muhammad ke IV terbuja kepada sesiapa sahaja termasuk yang bingai cam awak. Hehehehe…

          • aku pnah dtg tgk kt Stadium KB ngn org umah aku dl, tp skrg xnak dh..sbab start lewat..baik duk depan tv..silap2 tgk game lain dl..wakaka

          • SEMALAM GAME KLATE VS KL START JAM BRAPA? HIHIHI.. KLU START 8.45, NANTI ADA ORG TANYA, “EH SULTAN KLATE TANGGUHKAN SOLAT KE? PASTU ADA LAK YG KATA, EH KO DERHAKA SULTAN?”

  9. Aku setuju saja bile rizal hashim menegur sultan dan kerabat sampai dilabel penderhaka. sapa sultan ni sampaikan x boleh ditegur, asal tegur je dituduh menderhaka. walhal setiap hari jumaat, rakyat sentiasa mendoakan rajanya, adakah rajanya mendoakan mereka? x kan x boleh terima teguran atau kritikan?

    • Siapa kau kurast? Kita letak Raja di tempat mana institusi negara kita. Bodoh sombong Raja nak doakan kau. Berbalik isu , komen kepada Sultan . Pada pendapat aku, RH tak sepatutnya komen sedemikian kerana kita ada saluran dan perlu nilai kesopanan.Akhirnya RH memohon maaf dan penjelasan dari perspektif beliau. Habis cerita

      • sultan klantan x bodoh, tapi TSAM yang bodoh..dia dh mtf maaf. mmg sultan bg bola tu main 8.45 sbb sultan nk solat.. tp kenapa korang bangkitkan isu solat, pdhal TSAM yg mtk tangguhkan!!

  10. Lepas ni game kt KB start jam 9.18lm, so sesape yg duk jauh mmg bertuah sebab sempat datang utk tgk game ni

  11. Sekadar berkongsi : Solat Isyak ada 2 waktu AFDAL
    1) selepas masuk waktu
    2) dipertengahan malam

  12. udah2la tu semutapi, jange wat malu ore klate kito.. kalau ikut tajuk & modal debat, memey demo kaloh

  13. Salam semua, saya lihat ramai yg xfaham hujung pangkal masalah yg timbul. Yang utama dsini bukan psal solat diwaktu mna yg lbh afdal kerana ia bergantung kpd keperluan seseorang itu, tambahan lagi kita tidak megetahui kondisi sultan kelantan diwaktu itu. Apakah melewatkan/meninggalkan solat berjemaah bg seseorang spt baginda yg selalunya solat berjemaah d masjid selepas mengikuti sesuatu kuliah itu lbh afdal? Jika diihat disini solat berjemaah + awalan waktu sudah tentu lbh afdal, dibandingakn dengan kita yg bertandang ke stadium dengan meninglkan solat berjemaah. Mungkin bg pemain ianya suatu keperluan/tuntutan pekerjaan, tp bg penyokong adakah itu keharusan atau nafsu berhibur semata2 (tanya diri masing2) .Suatu perkara lagi sememangnya sultan sudah menitahkan supaya perlawana diteruskan, maka tindakan presiden KAFA mengakui kelemahan/kesalahan itu sudah memadai bg seseorang yg dilihat ingin mencari keslahana org ln.. Suatu perkara lagi mungkin kebiasaan En Rizal hashim kita selalu mendapat “dengan izin” utk komen sesiapa sahaja dengan soalan2 diharapkan akn menjerut si penjawab maka disini kelancangan beliau itu tidak dapat dibendung hingga menulis tanpa/kurang menyelidik dahulu konsikuensinya. Kalau dah tahu ianya melibatkan sultan sepatutnya bertanya dulu apa cerita sehingga membawa kepada kelewatan. Bukankah menyiasat dulu lebih baik dari terus menulis dgn “prasangka” sendiri kemudianya ditelaah/baca/dihidang kpd pembaca yg terdiri dr berbagai cara pemikiran, sudah tentu mengundang berbagai persepsi. itu sepatutnya difahami oleh semua penulis…harap2 tidak berulang dilain kali, perhatikan/ selidik/ cermat dlm membuat komen terhadap org ln kerana kemungkinan terdapat sesutau yg kita tidak pasti/ terlepas pandang yg boleh mengakibtakan ianya menyentuh perasaan org ln yg tidak sepautnya kita tegur kerana tiada salahnya baginda dlm isu tersebut.
    Wallahualam

  14. ore kb,
    Gapo hok malu gapo hok kaloh. Turun kacek bia terang sket. Gapo yg off-topic?? Hok afdal dipertengahan male adalah solat sunat.

  15. Napoknyo rama lagi x pehe hok mano keperluan dn hok mano hiburan. Ni lah masalohnyo kalu doh terlebih hiburan. Kalu demo dari KB nok g KL utk tengok bola, buleh wat sembahyang jama’ dan qasar ko dok???? Nok lewatkan sembahyang akibat kerana bolesepak, aku x kato berdoso atau sembahyang x soh, aku cerito waktu yg paling afdal.

  16. Sabar abang semutapi. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh abg semutapi. X guna bertelagah dengan orang yang kurang berilmu. TSAM dah meminta maaf diatas kelewatan itu dan kenapa ada segilintir manusia memberi komen yg x sepatutnya dikomen. Sudah lah tu. Kita letak noktah dekat cerita ini. Memang saya tahu perselihan sebegini boleh menghidupkan keceriaan bolasepak sama jugek cam artis dan gossip.

  17. Saya umumkan komentar yang menyebelahi RH adalah pemenangnya. FAM kena ikut peraturan FIFA.

    STK

    • Siapa Hakim Pemerhati ni yer. Uuuuuppppp!!!! Lupa lak. Dia ni kan juri antarabangsa. Tahniah kerana anda termasuk golongan BANGANG yg dah hilang tatacara dn keperluan agama.

  18. delete je Kelantan dr google malaysia, menyampah tgk org kelantan ni suka gaduh

  19. n9 togar,
    Huuuuuuuuu…. Takutnyo den dongar. Nanti ic den kono rampeh lak. Ekau cerito pasal gadoh, apo org nogori baik sgt ko? Ekau bernasib baik sobab klau ado masalah dari nogori ekau, masuk paper sehari yo. Kalu masalah timbul kek kelantan, mau seminggu masuk paper. Jadi BUDUS kecil-kecilan saje lah. Jangan jadi BUDUS besar-besaran…… Salam rindu untuk ekau yg jauh dimato.

  20. Assalammualaikum,

    Solat itu wajib didahului dan diutamakan…apa yang Sultan Kelantan laksanakan adalah benda yang betul dan mengikut syariat Allah…kerana permainan bola ini merupakan hal duniawi….dan mengingati Allah adalah wajib diutamakan…walau apa keadaan sekalipun…saya tidak bersetuju dgn pendapat singa malaya yang mengatakan bahawa boleh ditangguhkan mengikut keadaan, keadaan merujuk kepada hal keduniaan dan kelalaian adalah tidak dibolehkan. Wassalam.

  21. Pah Nok Kiro Guano.????

    Duo2 betul..alik RH dio kato melibatkae beberapo pekaro melibatkae peraturae FIFA & maso penyiarae betul sbbnyo akae menganggu siarae seterusnyo..Malah dr segi fan kato mendahului solat pun sgt betul..tetapi pado kawe baik dr segi fan @ RH komen dr sudut berbezo menyebabkae jd pertikaiae..Masaloh nie kiro setel doh bb TSAM dh akui kesilapae dr pihok dio krno Sultae dh suh start dlu cumo dio jah nok tunggu Tuanku jgok..So xperlu bising2 nok ngutuk ngato & pado fan negeri lain xpayoh nok racist sini sbb kalu aku masuk kubey page puok mung pon fok mung bengey jugok.! Nie antaro RH dgn fan Klate jh..

  22. anuar musa memang pilih bulu.. padan le kelantan asyik lepas denda displin fam. hampeh!!

  23. Sepupu Rizal Hashim

    pasal bola pon nk begadoh… ape la..

  24. Solat solat nih afdal disempurnakan bila masuk waktu takut2 ajal kita dah sampai dan kita x sempat nak menunaikan perkara yang wajid itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>