FAM kekalkan statut perlembagaan, Artikel 88
ARTIKEL 88 terus relevan dalam statut perlembagaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat masa ini apabila badan induk bola sepak tanah air itu belum bersedia untuk menggubal statut itu pada Kongres Tahunan FAM ke-48 2010 & 2011 semalam.
Biarpun Mesyuarat Exco FAM sebelum ini memutuskan mahu membentangkan Artikel 88 pada Kongres FAM yang dihadiri Presiden, Sultan Ahmad Shah dan semua barisan Ahli Majlis serta wakil Gabungan, namun perkara itu ternyata tidak ada dalam agenda kali ini.
Alasan yang diberikan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Artikel 88 masih perlu dikaji dengan teliti sebelum dibentangkan.
“Bukan tidak dibentangkan pada Kongres Tahunan FAM kali ini tapi masih belum bersedia.
“FAM harus meneliti dan mengkaji dengan penuh mendalam terhadap statut itu dan FAM akan membentangkan usul itu pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.
Artikel 88 menjadi perbualan hangat selepas Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun enam bulan atas alasan melanggar peraturan kerana membuat kritikan secara terbuka kepada skuad kebangsaan April lalu.
Ada pihak mendesak supaya statut itu dipinda dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan untuk mengkajinya semula.
Dalam pada itu pada sidang media selepas tamat kongres, Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah memaklumkan beberapa ketetapan dicapai iaitu membuat penambahan anggota Exco daripada 8 kepada 10 anggota.
Katanya, penambahan dua slot ini akan diisi oleh wakil wanita yang akan dipilih menerusi pemilihan tahun depan yang bertujuan bagi memperkukuhkan usaha memartabatkan bola sepak wanita. — Metro
July 8, 2012 - 11:57 am
Mampuh bele cace ler baru boleh ubah…..
July 8, 2012 - 12:25 pm
Tak berubah jugak…so tiada faedah langsung meeting FAM, setakat pi makan-makan, dapat claim perjalanan, baik tok sah meeting…Eloklah..sbb tu ranking terus merudum ajer…Ooo lupa lak…FAM mana kesah tentang ranking..
July 9, 2012 - 7:19 am
Nasib baik TSAM bising,buat juga Meeting. Itupun hanya panggil Exco makan2 saja. Kerja pun tak buat orang tua, asyik nak main judi saja…
July 8, 2012 - 2:38 pm
Ada benar kritikan TSAM tu kalau kita tengok rank 157 tu..
TRW sapa President dan apa rank kelab ni..tapi kalau dah
ada bukti kenapa masih nak tegakkan act 88 tu..untuk kepentingan
dan kebaikan Team Malaysia atau maruah dan prinsip FAM
July 8, 2012 - 2:42 pm
caya la YM presiden… truskan usaha YM utk ‘memertabat’ ka bola kene sepak malaysia
July 8, 2012 - 4:34 pm
Buang masa jer……..
July 8, 2012 - 7:30 pm
WELL DONE FAM!!!
lantik wanita utk AJK nk plak dketengahkan..
pembangunan bola sepak?haram habuk pn xde..
dajel n idiot
July 9, 2012 - 3:09 am
tunggu lubang kubur aja la..
July 9, 2012 - 3:43 am
FAM igt jawatan ni utk Family turun temurun kot..bg la pemain lama uruskan..duduk bawah ketiak FAM smpi bile2 la xmaju..