Terengganu rampas takhta Liga Super


Foto: Gawang.my

Takhta Liga Super kembali beralih tangan dengan Terengganu merampas daripada Selangor selepas menewaskan juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Kejayaan skuad Penyu itu untuk berada di puncak liga turut dibantu dengan kekalahan Red Giants 1-4 di tangan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong, Terengganu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah apabila mendominasi sebahagian besar aksi perlawanan khususnya pada babak pertama.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-20 apabila sepakan bebas dari luar kotak penalti yang diambil oleh pemain tengah, Mario Karlovic melantun sebelum menerjah jaring pelawat dan hanya mampu diperhatikan oleh penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim menggandakan kelebihan pada minit ke-69 apabila ketua pasukan, Ismail Faruqi Ash’ari mudah menolak masuk umpanan penyerang, Norfarhan Mohamad walaupun pertahanan Pahang cuba membantah jaringan tersebut kerana mendakwa pemain tersebut berada dalam keadaan ofsaid.

Di Larkin, JDT menunjukkan taring sebenarnya dan terlalu gagah buat Selangor apabila masih berupaya menjaringkan empat gol meskipun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak seperti Pablo Aimar dan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan.

Tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit kesepuluh menerusi tandukan kapten pasukan malam tadi, Baihakki Khaizan yang terus menerjah ke gawang gol dan jaringan kedua melalui tandukan seorang lagi pemain dari Singapura, Harris Harun pada minit ke-33.

Anak buah Mehmet Durakovic terus hampa apabila JDT memperoleh gol ketiga pada minit ke-52 menerusi penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa hasil hantaran Amri Yahyah dan pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas turut meletakkan diri selaku penjaring pada minit ke-59.

The Red Giants akhirnya memperoleh gol saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel pada minit ke-59 namun sudah terlewat buat Selangor untuk mengelak daripada kalah buat kali kedua selepas lima perlawanan.

Kelantan naik ke tangga kedua Liga Super selepas mudah membenam T-Team dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV dengan pemain dari Mesir, Mohamed Shawky Ali membuka tirai jaringan pada minit ke-32.

The Red Warriors berada dalam kedudukan selesa dengan dua lagi jaringan melalui ketua pasukan, Mohd Badhri Mohd Radhzi pada minit ke-44 dan Mohammed Ghaddar, pada minit ke-84 sekali gus mengutip kemenangan ketiga pada musim ini.

Jaringan tunggal penyerang Serbia, Milorad Janjus pada minit ketujuh memastikan Sarawak meraih kemenangan ketiga musim ini menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak tetapi kehilangan Junior Eldstal yang dibuang padang pada minit ke-70. Pengadil, Sukri Abdul Rahman turut melayangkan lapan kad kuning.

Di Stadium MP Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kempunan untuk meraih tiga mata penting apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Lions XII walaupun The Gladiators terlebih dahulu di hadapan pada minit keempat melalui Amiridzwan Taj.

Jurulatih Lions, Fandi Ahmad mengubah percaturan pada babak kedua yang membawa hasil apabila Khairul Amri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-47 sebelum Afiq Yunos membuatkan anak-anak buah B. Sathianathan tertunduk layu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir.

Video Terengganu 2-0 Pahang [KLIK]
Video Sarawak 1-0 Perak [KLIK]
Video ATM 1-2 Lions XII [KLIK]

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>