Ferguson dilantik jurulatih Everton
BEKAS penyerang Everton, Duncan Ferguson dilantik sebagai jurulatih tetap bersama pasukan utama.
Ferguson,42, merupakan jurulatih di Everton sejak 2011.
Bermula Isnin lalu, dia berpindah dari pasukan Bawah 18 Tahun untuk bekerja bersama pengurus pasukan, Roberto Martinez secara sepenuh masa.
Ferguson mula menyertai Everton pada tahun 1994, secara pinjaman dari Rangers.
Pada tahun 1998 menyertai Newcastle dengan bayaran £8 juta (RM44,087320 juta) sebelum kembali menyarung jersi Everton dengan harga £3.75 juta (RM21 juta) pada tahun 2000.
Dia kini memainkan peranan penting di bawah pengururusan Martinez serta penolong jurulatih, Graeme Jones, jurulatih pembangunan Dennis Lawrence dan jurulatih penjaga gol, Inaki Bergara.
Bekas pemain antarabangsa Scotland ini mencatat 273 perlawanan di Merseyside, menjaringkan 72 gol sebelum bersara 2006.
Lima tahun kemudian dia kembali ke Goodison Park secara tidak rasmi menjadi jurulatih yang ketika itu pasukan di bawah pengurusan David Moyes.
February 20, 2014 - 10:44 pm
rasanya ramai yang tertipu..ingatkan ferguson Man Utd…hehe…
February 20, 2014 - 11:00 pm
mati2 ingat ke ferguson tuttt…….
February 21, 2014 - 11:38 am
cilako punyo tajuk.. jadi supo stail yahoo lah pulok goni ni.
February 21, 2014 - 3:06 pm
Sekali durian ferguson, bukan alex ferguson..wahahahahaha semua kena main..padan muka!!!