Final: Polis temui pistol, peluru di Stadium Shah Alam
Polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah, berkata polis masih mengesan pemilik pistol dan mengenal pasti motif senjata itu ditinggalkan di kawasan stadium.
Pemeriksaan badan
Kira-kira 85,000 penonton menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-87 itu. Polis melakukan pemeriksaan badan menggunakan alat pengimbas terhadap penyokong kedua-dua pasukan sebelum membenarkan mereka memasuki perkarangan stadium bagi mengelakkan mereka membawa senjata berbahaya.
“Perlawanan akhir antara Kelantan dengan Pahang berjalan lancar dan tiada insiden tidak diingini berlaku kerana 110 pegawai dan 1,482 anggota polis ditempatkan di segenap stadium termasuk di kawasan letak kenderaan, laluan masuk dan keluar stadium serta pintu tiket,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ruslan berkata, polis menahan 86 orang kerana membawa tiket palsu dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
“Polis juga menahan lima lelaki kerana pelbagai kesalahan lain termasuk tiga menyalakan suar dan masing-masing satu kesalahan kerana membakar mercun dan membaling botol.
Bahayakan diri
“Tindakan menyalakan suar bukan saja membahayakan diri sendiri, malah nyawa penonton lain, termasuk kanak-kanak yang ada dalam stadium. Tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan semula dengan ibu bapa mereka.
Perlawanan akhir itu menyaksikan Pahang menamatkan kemarau 21 tahun selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan 1-0 untuk dinobatkan sebagai juara.
- Berita Harian
November 5, 2013 - 5:59 pm
Tu sebab kita tak gemar ada orang main ugut2 bunuh. Apa2 pun elman ganu mesti disiasat. Pelik bin ajaib, dalam berjuta akaun, akaun dia yg dihack konon. Nasib Kelantan kalah. Kalau tidak semua berkemungkinan. Siapa elman ganu? ejen bookie, pelawak bodoh, budak beringus, pembunuh anai2, otak tak center…?
November 5, 2013 - 10:19 pm
tidak mustahil ada pemain atau pegawai telah diugut akan ditembak jika menang. jika dilihat semula aksi perlawanan memang ada pemain yang seolah olah tiada mood untuk bermain. sehingga corak permainan jauh berbeza seperti kebiasaan. kami peminat bolasepak era moden bukan sekadar menonton tapi kami dapat membezakan aksi pemain yang bermain bermatian dan aksi mereka yang bermain ala kadar. harap dimasa akan datang kes seperti ini dipandang serius. kita tidak mahu sampai ada pemain ditembak baru nak bertindak. masa itu tentu sudah terlalu lewat kerana tiada lagi yang mahu bermain bolasepak dan tiada siapa lagi mahu memberikan sokongan di stadium. apapun tahniah kepada pahang. semoga tahun depan lebih mantap. keseluruhan perlawanan akhir edisi ini menghiburkan walaupun gagal membuatkan kami seronok dan teruja seperti menonton aksi separuh akhir antara atm dan kelantan baik di selayang mahupun di kota bharu.
November 6, 2013 - 10:40 am
aku pun terpikir mcm tu sebab cara main beza betul
November 6, 2013 - 8:06 am
Tah sapa2 la tu leh lepas bwk pistol lak..Silap2 sep2 pantai timur gak tuh.Sebab sana dekat sempadan siam mudah dapat senjata api.
November 6, 2013 - 11:36 pm
sape yang tertinggal plak tu..