- Monday, October 19, 2009, 15:45
- Liga Juara Eropah
- 7 views
MANCHESTER United kini mula dilanda kebimbangan apabila Patrice Evra serta Ryan Giggs dipercayai mengalami kecederaan dan bakal terlepas peluang beraksi menjelang perlawanan Liga Juara-Juara dengan CSKA Moscow, Rabu ini.
Sehubungan itu pengurus United, Sir Alex Ferguson berharap agar pemain pertahanannya dari Serbia, Nemanja Vidic akan kembali cergas bagi menggalas tugas pada pertengahan minggu ini....
Full story
- Monday, October 19, 2009, 13:34
- Liga Serie A Itali
- 30 views
AC MILAN akhirnya berjaya memungut tiga mata penuh selepas mengharungi empat perlawanan berturut-turut saingan Liga Serie A Itali tanpa sebarang kemenangan.
Dalam aksi di San Siro awal pagi tadi Milan bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan AS Roma 2-1 hasil jaringan bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho yang turut membantu gol kedua buat rakan senegaranya, Alexandre Pato....
Full story
- Monday, October 19, 2009, 13:27
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris
- 26 views
PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti mula panas punggung apabila kelab bimbingannya mengalami kekalahan dua perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan, sekali gus memaksa The Blues melepaskan kembali cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris kepada musuh ketat, Manchester United.
Tanpa berselindung Ancelotti mengkritik sikap lewa pemain-pemainnya selepas dua kesilapan mudah di dalam kotak penalti membawa padah buat Chelsea dalam aksi menentang Aston Villa Sabtu lepas (17 Oktober).
Chelsea mencatat kekalahan ...
Full story
- Monday, October 19, 2009, 13:10
- Inter Milan, Liga Serie A Itali
- 9 views
JUARA bertahan, Inter Milan melebarkan penguasaan kepada tiga mata di persada Serie A selepas membelasah kelab kerdil, Genoa 5-0 kelmarin.
Kegembiraan anak-anak buah Jose Mourinho ini kian memuncak apabila pencabar terdekat, Juventus diikat Fiorentina 1-1 dalam satu lagi aksi di Turin.
...
Full story
- Monday, October 19, 2009, 12:35
- Piala Malaysia
- 10 views
WALAUPUN dilabel sebagai underdog, KL Plus tetap mengharapkan kemenangan apabila turun menentang Kelantan pada pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, esok.
Pengurus pasukan, Husni Mohd Yusof berkata mereka akan memberi tentangan sebaik mungkin kepada Kelantan yang juga juga naib juara Piala FA musim ini....
Full story
- Monday, October 19, 2009, 12:27
- Piala Malaysia
- 7 views
IA adalah sambutan Deepavali yang cukup bermakna buat K Devan sungguhpun terpaksa memendekkan cutinya untuk memberikan fokus kepada aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Terengganu esok.
Devan yang pulang ke kampungnya di Bahau dan Seremban di Negeri Sembilan bagi meraikan perayaan Pesta Cahaya itu kelmarin, mempunyai banyak perkara untuk dikongsikan bersama keluarga dan sanak saudaranya selepas kejayaan meraih tiga piala sehingga kini....
Full story
- Monday, October 19, 2009, 12:24
- Piala Malaysia
- 24 views
(14 Okt 2009) - SELEPAS berakhir aksi peringkat kumpulan, lapan pasukan yang layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2009 ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor, Kelantan, Perlis, Terengganu dan KM Naza.
Juara bertahan, Kedah bagaimana pun gagal untuk melangkah ke peringkat lapan pasukan terakhir apabila gagal menjuarai kumpulan E atau sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan terbaik....
Full story
- Monday, October 19, 2009, 12:12
- Piala Malaysia
- 10 views
(14 Okt 2009) - AKMAL Rizal Ahmad Rakhli menjadi wira Kuala Muda Naza apabila jaringan penaltinya enam minit sebelum tamat perlawanan membolehkan mereka mengatasi Selangor 3-2 di Stadium Darul Aman, malam tadi, sekali gus mengesahkan tempat di suku akhir Piala Malaysia.
Sebelum itu, Akmal menafikan pendahuluan Selangor apabila jaringannya sejurus sebelum rehat membolehkan KM Naza mengikat lawan yang mendahului pada minit ke-36 hasil jaringan S Sritharan....
Full story
- Monday, October 19, 2009, 11:58
- Piala Malaysia
- 13 views
(14 Okt 2009) - JUARA bertahan, Kedah tersingkir daripada persaingan suku akhir bola sepak Piala Malaysia biarpun membelasah Pulau Pinang 4-0 di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Dengan sekadar memungut 10 mata, Sang Kenari kempunan tiket suku akhir setelah Perlis, Terengganu dan KM Naza meragut kedudukan untuk menjadi tiga naib juara terbaik masing-masing daripada Kumpulan A, B dan D.
Di Stadium ...
Full story
- Monday, October 19, 2009, 10:58
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 25 views
TIDAK sampai separuh musim, Liverpool sudah tewas empat kali, kali ini di tangan Sunderland.
Namun perdebatan hangat dalam perlawanan menentang Sunderland ialah gol kemenangan yang dijaringkan oleh Darren Bent itu yang sedikit kontoversi gara-gara bola pantai yang dibaling ke dalam padang.
Reputasi buruk sudah pasti ditanggung seorang penonton muda yang bertanggungjawab menghukum Liverpool kepada kekalahan tersebut....
Full story