Malaysia buat bantahan kepada AFC Myanmar guna pemain lebih umur
PIHAK pengurusan skuad B-22 Malaysia dilaporkan sudah membuat aduan rasmi kepada Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) mengenai dakwaan pasukan tuan rumah, Myanmar menggunakan pemain lebih umur dalam perlawanan terakhir kelayakan kumpulan G malam tadi.
Myanmar didakwa telah mendaftarkan pemain lebih umur ketika menentang Harimau Muda yang bersaing merebut slot automatik Piala AFC B22.
Dipercayai terdapat tiga pemain Myanmar semalam berumur lebih dari 22 tahun dan jika ia terbukti benar, Malaysia mungkin berpeluang mengisi slot automatik Myanmar itu.
“Kami ada dengar tentang perkara itu dan saya rasa ini perkara serius yang harus dilihat. Saya harap malam ini (semalam) kami tewas dengan pemain remaja dan bukannya pemain dewasa.
“Pada saya beberapa pemain Myanmar kelihatan matang cara permainannya.” tambah Ong Kim Swee.
Selepas tamat perlawanan, pengurus pasukan Harimau Muda, Dato’ Afandi Hamzah turut mengesahkan bahawa pihak mereka telah menghantar surat protes terhadap pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur kepada Komisioner Perlawanan AFC semalam.
Mengikut peraturan AFC, bantahan hanya boleh dibuat dalam masa dua jam selepas tamat perlawanan.
“Kami telah menghantar surat protes kepada Komisioner Perlawanan malam ini (semalam) berkenaan dengan Myanmar yang dilaporkan telah mendaftarkan dan menurunkan pemain-pemain lebih umur dalam Kelayakan Piala AFC B22 ini.
“Selepas ini, pihak FAM akan menghantar surat susulan beserta dengan surat protes ini kepada AFC apabila kami pulang ke Malaysia.” kata Dato’ Afandi.
Dalam aksi menentang Myanmar, hasrat Malaysia untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) tahun depan lebur selepas tumpas 1-2 di tangan pasukan tuan rumah itu.
Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee menamatkan saingan di tangga ketiga dengan sembilan mata manakala Myanmar dengan 13 mata di tangga kedua, bersama juara kumpulan, Korea Selatan.
Harapan untuk mara menerusi ‘jalan kedua’ di mana mengharapkan mereka berjaya merebut slot pasukan ketiga terbaik kejohanan juga musnah selepas Oman menewaskan India 4-0 untuk memungut 10 mata dalam kumpulan (A).
Dalam aksi hujan lebat di Stadium Thuwanna, skuad negara tampak bergelut di awal permainan untuk mengatur gerakan manakala Myanmar yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Park Seong Hwa pula lebih mengancam.
Biarpun Malaysia membuat percubaan pada minit ke-4 menerusi sepakan percuma Wan Zack Haikal Wan Noor, pasukan tuan rumah selepas itu lebih banyak mengatur serangan bermula dengan percubaan Nanda Lin Kyaw Chit dan Kaung Si Thu yang berjaya diselamatkan Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Biarpun hanya memerlukan seri untuk mengiringi juara Kumpulan G, Korea Selatan ke pusingan akhir Piala Asia tahun depan, Myanmar tetap inginkan kemenangan dan ia dibuktikan menerusi gol pertama jaringan penyerang, Kaung Si Thu.
Malaysia beraksi lebih positif pada awal babak kedua namun masih buntu mencari gol penyamaan apabila percubaan penjaring terbanyak kejohanan, Rozaimi Abd Rahman dari sebelah kiri berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Kyaw Zin Phyo.
Ketika skuad negara sibuk mengasak, kelalaian barisan pertahanan yang beraksi goyah akibat ketiadaan bek tengah, Shahrul Saad sekali lagi dihukum menerusi serangan balas pantas Si Thu yang menyepak masuk gol kedua biarpun sepakan pertamanya berjaya ditepis Izham pada minit ke-53.
Biarpun Rozaimi berjaya menghasilkan gol ke-10 peribadinya untuk merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti, namun ia sudah terlambat buat skuad negara untuk menyekat kemenangan Myanmar.
Related posts
- Malaysia vs Korea Selatan LIVE Astro Arena [Kelayakan Piala AFC B22]
- Harimau Malaya tak rela diratah kali kedua
- Dua gol Supermokh benam Arsenal
- Undian Kelayakan Piala Asia 2015
- Video Malaysia 2-1 Yaman [Kelayakan Piala Asia 2015]
- Video Malaysia 2-2 Harimau Muda B 11.11.2012
- Keputusan Malaysia vs Thailand - Piala AFF Suzuki 2012
- Malaysia ke separuh akhir Cabaran Juara-juara
- Rajagobal: Qatar bernasib baik
- Ultras Malaya bantah aksi menentang kelab EPL
July 4, 2012 - 5:00 pm
go malaysia…
myanmar main kotor… padan muka diaorg
July 4, 2012 - 5:22 pm
Lawan pasukan Myanmar pakai kain pelikat pun tak boleh menang….Buang coach ambil coach luar dr Korea atau Japan. Pasukan kita lembab la…
July 4, 2012 - 6:48 pm
aku cadangkan ko jadi coach!!
cakap boleh lah!!! complain je pandai!!!
July 5, 2012 - 1:33 am
Ahmed! Ngko ni mangkok ke?
July 4, 2012 - 5:13 pm
kalau menang,mak nak tanya,kem malaysia still protest x?
July 4, 2012 - 6:39 pm
ntah…tau nk kutuk jer….klau mng br nk sokong.
July 4, 2012 - 5:36 pm
Ah.. Kalau kalah mcm2 alasan yg d bg,, korg tengoklah wan zack yg bengong tu , xleh manfaatkan pluang yg ada… Dh la tamak, nk jd hero kewww… E… Gelinya perut aku nihhhh mueheheheh
July 4, 2012 - 6:48 pm
ko pegi main lah senang!!!
July 4, 2012 - 7:32 pm
Bagi saya kita belum layak untuk bersaing ke pusingan akhir.. Prestasi pemain Harimau Malaya semalam cukup untuk menjelaskan segala2nya.. sedih apabila kita terpaksa mengunakan cara ini untuk melayakkan diri.. Jika perlawanan semalam Kita berjaya menangi mungkin hal ini tidak akan jadi isu sama sekali.. Isu ini berpotensi menjejaskan diplomasi dan keakraban rakyat malaysia dan myanmar.. selepas singapura dan indonesia adakah myanmar akan menjadi lawan provokasi malaysia seterusnya…
July 4, 2012 - 7:35 pm
Myanmar Is Liar!!!! Bunuh orang Islam rohingya!! sekarang nak menipu pulak!! puiiih!!
July 4, 2012 - 7:41 pm
Myanmar sedang mengalami perubahan kerajaan atau dalam erti kata lain boleh dikatakan negara baru.. ingat pada ketika malaysia baru ditubuhkan kita juga mengalami rusuhan kaum seperti peristiwa 13 mei 1969 antara org melayu(islam) dan orang cina(buddhist).. sebagai negara yg lebih tua dan pernah alaminya sendiri kita tidak seharusnya berlagak atau mengadili kejadian tersebut sebaliknya perlu membantu Myanmar untuk berdiri sebagai sebuah negara demokrasi dan aman.
July 5, 2012 - 1:35 am
Ni apa ke jadahnya dlm laman sokernet.com masuk citer yang takde kena mengena dgn bola neh?
July 5, 2012 - 1:00 am
dah lawan lagi matang…nama pon tournament under 22,kalau dh letak 8 player over aged,mestila ade advantage.lagi2 main home crowd…kamu ni pandai mengomen ajer la mak nengok.
mak lagi sedih sebab kamu membenarkan myanmar layak dengan over aged players.sedih ler kamu
July 4, 2012 - 11:38 pm
menang atau kalah adatlah dlam perlawanan bolasepak.Myanmar terkantoi kerana Si Thu Kaung, penjaring gol telah berumur 25 tahun. Ini perlawanan untuk u22,jadi Malaysia boleh layak jika AFC terima bantahan ini. Biar kita menang bermaruah!Sy tak suka Malaysia layak dgn cara ini, tapi inilah cara yg masih ada.
July 5, 2012 - 12:39 am
ya benar tu…bukan situkang tu aje ada dua tiga org lg yg lebih umur tu…walau apa2pun terjadi aku tetap menyokong pasukan negara tak kiralah harimau muda ke atau harimau tua ke harimau malaya ke,janji jersi yg diorg pakai tu ada bendera malaysia….
July 5, 2012 - 7:43 am
mseh bnyk sgt org lame dlm pasukan malaysia…knp x keluarkan bakat2 baru tu?xkan rozaimi 1org je??
July 5, 2012 - 9:25 am
Ada lagi sorang.. Asri Chu Chu dari Sarawak.. aik takkan 2 org je muka baru? Dalam kejohanan kali ini aku lihat yang menyinar dalam pasukan adalah Rozaimi, Asri Chu Chu, Faiz Nazmi.. yang lain agak lembab.
Kenapa Myanmar menurunkan pemain lebih had umur? Kita tolak kononnya mahu cara “kemenangan bermaruah” ketepi. Sudah jelas corak permainan Myanmar lebih kemas dan teratur kerana 8 pemain melebihi had umur. Mereka tahu resputasi pasukan Harimau muda u22 dan jika mereka menggunakan semua pemain u22 mereka tahu mereka tidak dapat mengimbangi Harimau muda kerana pernah bertemu beberapa kali sebelum ini. So, kalo Myanmar nak mengisi slot kelayakan tersebut, apakata suruh diaorg menang cara bermaruah dengan menggunakan kesemua pemain bawah 22 dan memulakan semula menentang kesemua pasukan yang berada dalam kumpulan.
Salute untuk Filipina kerana walaupun menjadi pasukan belasahan akan tetapi kalah secara bermaruah!!!
TERUSKAN HARIMAU MUDA!!!
July 5, 2012 - 8:52 am
sejujurnya msia msh xlayak utk layak ke peringkat akhir kalau dengan myanmar yg main 2-3 player lbh umur pn kt xble mng mcne nk lwn pskn lbh hebat mcm jpn, iran, korea dll xkn la kt nk ulangi pusingan akhir kelayakan olimpik hr tu mnjadi pasukan bhelasahan dgn pulang tanpa mata
July 6, 2012 - 4:01 pm
sekurang2nya mampu meningkatkan kegairahan penyokong2 malaysia untuk melihat peningkatan pasukan malaysia…
July 6, 2012 - 12:01 am
Aku x kire..aku nak jgk Harimau muda masuk 2nd round..yang Myanmar dah tau salah knp buat jgk..aku x kire…kalau main sama umur ..belum tentu lg..x puas hati.?REPEAT la..!
July 6, 2012 - 10:51 am
mengikut BH online hari ini, azzudin akan buat kenyataan hari mengesahkan bahawa tidak ada buat bantahan berhubung kes lebih umur myanmar. ini bermakna kita terlepas peluang lah juga….
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FAMbertindakpelik_undangkecaman/Article
July 6, 2012 - 11:21 am
judin tu bukan peduli sangat pasal bola malaysia .sia2 je aku sokong selamani orang atasan buat tak tahu je
July 6, 2012 - 3:46 pm
kalau boleh, aku nak maki2 jg judin ni….
siaaallllll… (sori telepas pulak)
July 6, 2012 - 11:47 am
ade aku kesah ngan bola sepak malaysia???
July 10, 2012 - 11:26 pm
Amat dukacita kepada FAM tidak mahu buat bantahan kepada aft.