Piya kekal bersama Kelantan
Ketua pasukan yang juga pemain paling berpengaruh pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi memberi bayangan akan kekal bersama skuad The Red Warriors musim depan.
Meskipun desas-desus bertiup kencang pemain yang glamor dengan panggilan Piya itu akan meninggalkan Kelantan, namun perkembangan terkini menyaksikan dia lebih selesa beraksi di negeri kelahiran sendiri.
“Ambo anok Kelate”
Sebelum aksi Final Piala Malaysia 2013, Piya sudah memberi bayangan akan terus setia bersama skuad Kelantan dan tidak akan berhijrah ke pasukan lain untuk saingan musim depan.
Menurutnya, dia sudah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan badan induk bola sepak negeri itu memberi jawapan positif untuk memastikan dia kekal di negeri itu.
“Selebihnya saya tidak dapat mengulas lanjut. Apa yang penting saya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan akhir malam ini (3 November lepas),” katanya.
“Ambo anok Kelate,” tegas Piya.
Pengakuan Piya itu sedikit sebanyak menghilangkan resah di kalangan penyokong setia skuad Kijang yang menyifatkan Badhri sebagai nadi dan ‘key player’ pasukan The Red Warriors sejak empat tahun lalu.
November 12, 2013 - 6:42 am
TERBEAK……DARI PIYA!!!!
November 12, 2013 - 6:43 am
PEMAIN PALING SETIA TRW…….TQ….PIYA!!!!