Rajagobal: Qatar bernasib baik

Malaysia vs Qatar Kelayakan Piala Asia 2015
Malaysia vs Qatar Kelayakan Piala Asia 2015

Jurulatih Datuk K. Rajagobal tetap bangga dengan corak permainan dan komitmen yang dipamerkan skuad Harimau Malaya biarpun tumpas 0-2 kepada Qatar pada aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015.

Beliau berkata walaupun skuad negara turun tanpa beberapa tonggak utama, mereka mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan lawan.

“Kita bermain dengan Qatar yang merupakan sebuah pasukan kuat. Nasib menyebelahi Qatar untuk menjaringkan gol pertama manakala gol kedua mereka diperoleh pada saat-saat akhir.

“Situasi ini menunjukkan kita mampu memberi tentangan yang hebat kepada Qatar, mereka juga tidak menjangka skuad Malaysia bermain dengan baik,” katanya kepada pemberita sejurus tiba bersama-sama skuad Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rajagobal berkata beliau bukan mahu mempertahankan anak buahnya kerana skuad Harimau Malaya sememangnya telah mempamerkan corak permainan yang positif.

“Apa pun, saya fikir semua perlawanan memberi pengajaran dan pengalaman yang banyak kepada setiap pemain dan mereka juga sedar bahawa mereka perlu bermain dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata skuad Harimau Malaya mempunyai masa kira-kira sebulan untuk mempersiapkan diri menghadapi Yemen pada aksi kelayakan kedua di sini pada 22 Mac, dan berharap pemain dapat menimba pengalaman hasil pertemuan dengan Qatar.

“Saya mahu mereka mengekalkan konsistensi mereka untuk perlawanan menentang Yemen kelak,” katanya.

Pemain tengah, Mohd Shakir Shaari berkata barisan pemain skuad Harimau Malaya telah memberi sepenuhnya komitmen pada perlawanan menentang Qatar semalam.

“Kita sudah buat yang terbaik dan kita sudah cuba. Saya berharap kita dapat mempamerkan permainan lebih baik apabila menentang Yemen,” katanya.

Dalam satu perlawanan Kumpulan D semalam, Bahrain mengatasi Yemen 2-0.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

43 Responses to Rajagobal: Qatar bernasib baik

  1. Cakap apa-apa lah Gobal… Tarak guna bila kalah.. lu menang Piala Suzuki dulu pun nasib baik… bukannya pandai sangat…

  2. Nasib kepada bapak ko… Kalau game malaysia conquer, bleh ko kata nasib..Apekebangang jurulatih HM ni

    http://www.bankami.blogspot.com

  3. aku sebagai peminat bola sepak Malaysia bangga dengan semangat juang budak2 kita semalam. betul la tu, luck utk draw takde. free kick bias fadli shas. k.reuben pulak ade communication break down dgn si apek. tak pela guys, rezeki takde. korang dah buat sedaya mampu untuk bertahan. bagi pendapat aku. game play qatar simple je-highly press, short passes, one touch football, counter attack. variety serangan qatar ni buatkn gameplan malaysia defending dkt kawasan sndiri. kita mmg tk mampu nk ikut style qatar main. aku harap lps ni bile main kat home, dapat blik skuad yg betul2 ade international experience dpt kolek point lawan yaman yang kalah dgn bahrain. aku yakin kalau mental dan spirit kuat mcm lawn qatar tak mustahil malaysia dapat kolek point. cuma gameplay kat home kena lebih agresif lagi.

    • Talib bin talib al muntazah salwa road doha

      Luncai
      Kau terjun la dgn labu labu Kau tu
      Gol kedua tu dah nyata salah Ruben
      Miss kick
      Mana Ada communication breakdown dgn apek
      Kau yang otak breakdown

      • bola sepak main satu pasukan. kalau buat mistake satu pasukan bertanggungjawab. tak ada star dalam team. shakir pun cakap sendiri jangan salahkan individu.bagi la support, jangan la nak kondem je bro.

        • Bola sepak Main 2 pasukan la
          Kalau main satu pasukan Macam mana nak lawan
          Luncai luncai
          Nama pun luncai
          Nasib baik tak lancau….
          Memang tak tak salah kan individu
          Salah kan pasukan la
          Pasukan Qatar sebab dia orang dapat jaringkan
          Gol
          Hang tengok tak Astro 801 Formasi
          Kaw kaw pengacara zainal abidin rawop
          panel Azlan Johar Dan Ridhuam Abdullah comment Raja Gobal

          Tu expert punya comment
          Bukan luncai punya orang komen

    • Reuben cakap tamil, Apek plak cakap hindustan,… itu pasal ler..

    • allo luncai. lu pandai main n tgk bola x? confirm ko ni baru belajar kenal bola. game macam p*****k. langsung x bole pegang bola. mental n spirit apa yg ko mengarut ni? ingat main chess ke? ini teknikal n teknikal game. belajar tendang bola dulu, baru bukak tv tgk bola.
      ini bukan condem, ini reality, bola malaysia level paling bawah skang. RAJAGOPAL OUT!!!!!!!!!!!!!

  4. ini semua POYO~

  5. Nasib jugak tak kena 10 - 0 Kalah Malaysia menang pulak apa Lu akan cakap RG? Nasib jugak ka????

  6. lagi sebulan lwn yamen. Tak lama dah tu. Sempat lagi nak buat eperimen coach. kurang2 pun perlu 2 tahun jgk tu. BODOOOOO……..

  7. Pingback: Masih jauh untuk Malaysia bersaing di pentas Asia | Sokernet

  8. ya memang bernasib baik Qatar menang 2-0 aje kalau tak mau lebih lagi

  9. nasib qatar memang baik,kalau ada amar dan safiq,aku confirm qatar ni kena belasah oleh HM..in rajagopal we trust!!

    • amar n safik? yg sekor pandai angkat freekick je, passing n positioning ke laut,yg sekor lg x tau apa peranan tgh padang. elok la tuh. ngko sama mcm ragagopalingam…..SAYA KENAL PLAYER SAYA!!! haaakkkkkthuiiiiiiiiiiiii!!!!!

  10. kau ni gobal dari dulu smpai sekarang cakap belit2 je..

  11. lepas ni tak tau la apa pula alasan kau,skrip kau orang dah boleh baca la raja gobal,suka hti kau la nak buat apa pun..

  12. aku jer lah yg pandai..

    Ok la tu.. main tanpa tonggak utama spt safee, safiq, amar dll…

    Kalau derang ada, sure masak qatar kena blasah…hu hu

    RG cakap mcam ayat gampang.. ptui!!!

    • Aku rasa team nii lagi baik dari AFF. Kalau safee, mat yo, safiq ada kalah teruk lagi kita. Blend pemain lama dan baru adalah yg terbaik. Tengok amri ada confident. Kalau shukor adan, hai o, indra ada team lagi baik.

  13. k ruben memang poyoooooooooooooooooooo….

  14. Juruletih Pasukan Ketar

    Qatar atau Malaysia yang bernasib baik? Berapa percubaan Malaysia ke arah gol? 0…Jika qatar bagi golie under 15 dia main pun tak apa..Berapa pula percubaan Qatar..yang kena palang tu siapa yg bernasib baik? Memang tak dinafikan semangat juang player Malaysia sangat tinggi dan boleh disanjung…walau bagaimanapun hakikatnya terlalu banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki jika kita ingin bersaing bukan sekadar mengharapkan nasib tapi bersaing atas sebab kita juga sehebat mereka..

  15. Kita nampak takut nak main kecusli amri. Kita perlu lagi banyak senior player dlm team

  16. ruben tu xleh main…tengok banyak bocor tempat dia..tp gopal xmarah pun..puji lg ade le..kalu dulu apek buat mistake..marah giler babas dia..amik org lain belah bek kanan tu..azmi, taj, nik shahrul..ni semua lg bagus dr ruben..defend dia kena amik yg saiz besar sket..gopal ni mesti nak amik org dia gak…hehes..bila la nak berenti nihh

  17. tp aku puji mahali dok tengah..dia boleh pegang bola dan badan pun besar boleh blok..tp kalau tambah piya kat depan lg cantik..

  18. halimau mandarin..

    aku setuju dgn coach rajagumbal nih.. kita hilang 10 pemain.. 7 darinya adalah pemain tonggak… kalau 4 org pemain tonggak tuh dapat main… kita boleh seri dengan qatar tuh… kalau tujuh2 dapat main dh tentu kita menang.. malah kalau 9 org pemain tonggak tuh tenggek.. piala asia nih kita punya… DAN KALAU 11 PEMAIN TONGGAK KESYANGAN RAJAGUMPAL NIH MAIN PIALA DUNIA MILIK KITA… dan aku percaya coach rajagumpal akan di beli oleh club real madrid utk di gantikan dgn mourinho.. seterusnya menyunting presiden FAM utk jadi bos FIFA seumur hidup…yeayyy….

    • Ko pikir 7 tonggak nie bagus sgt ker…klau 7 tonggak nie lwn 7 tonggok…belum pasti tonggak nie boleh seri….Lu pikir la sendiri ASSALAMUALAIKUM..

  19. nasib baik kena 2 - o

  20. nasib baik mesia tak attack,kalau tak kena qatar

  21. Nak kat malaysia setaraf qatar la tu… puiii!

  22. lakau malaysia attack tentu qatar dah kalah

  23. qatar tak boleh lawan malaysian

  24. sebenarnya qatar sememangnya bernasib baik menang 2-0 ke atas msia…..kalo x,nasib msia lebih x baik kalo qatar belasah sampai 5,6 -0…

  25. tido lagi syok…

  26. Rajagopal lu pegi mampus…. Skuad ko bina nie skuad anjing….

  27. kelantan dapat telo

    apsal xde crita klantan bawak biji telo balik KB

  28. xyah malu r…. setiap pasukan ada zaman turun naik, namun kena ingat juga masa naik jangan sombong, kutuk sana sini, hina sana sini. tak kenang jasa sorg pemain yg bg pasukan tu menang,. ALLAH balas terus je hanco…

  29. YobKIDAI….pun dapat telur gak bawa balik IPOH….JDT….ITU HARIPUN MENANG NASIB JER…..LAWAN T.TEAM!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>