Obinna Nwaneri kekal bersama Kelantan

Pertahanan kental Kelantan, Obinna Nwaneri telah menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Kelantan bagi saingan Liga Malaysia 2014.

Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) khidmat Obinna masih ditagih pasukan Red Warriors berdasarkan pengaruhnya di bahagian pertahanan.

Bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria itu mula menyertai pasukan Kelantan pada akhir Januari 2012 dan merupakan antara tunjang utama berjaya menjulang The Red Warriors muncul juara trebel tahun lalu.

“Diakui pengaruhnya di barisan belakang Red Warriors adalah cukup kuat dan mampu menjadi contoh yang baik untuk diteladani pemain muda,” menurut sumber KAFA.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang 3 November lepas, Obinna tidak beraksi kerana penggantungan.

Related Posts

One Response to Obinna Nwaneri kekal bersama Kelantan

  1. cucu tok berjanggut

    TRW tak nak ambik balik Chanturu ke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>