Undian Kelayakan Piala Asia 2015

Undian Kelayakan Piala Asia 2015

Keputusan Undian Kelayakan Piala Asia 2015

UNDIAN Kelayakan Piala Asia 2015 menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama-sama pasukan dari negara Arab iaitu Qatar, Bahrain dan Yaman.

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal telah berjanji akan meletak jawatan secara sukarela jika Malaysia gagal melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2015.

Jika gagal, saya letak jawatan

Perlu realistik, jangan terlalu mendesak dan saya buat yang terbaik: Rajagobal

Kuala Lumpur: Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetap majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan.

Demikian jawapan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini.

Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, peminat bola sepak tempatan perlu lebih realistik dan tidak terlalu mendesak, sebaliknya terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Harimau Malaya yang masih dalam proses menjadi pasukan mantap di peringkat Asia.

Jurulatih mana berjaya seperti saya?

Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996.

Takkan apabila tewas 2-0 kepada Vietnam (11 September lalu) yang hanya perlawanan persahabatan dalam tempoh persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012, peluang kita dianggap tertutup. Siapa tak nak buat yang terbaik. Saya akan cuba pastikan Malaysia mara sejauh yang boleh untuk mempertahankan kejuaraan, jelas Rajagobal.

Saingan kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Februari tahun depan dengan 20 pasukan akan dibahagi dalam lima kumpulan merangkumi empat pasukan. Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir di Australia, 4 hingga 26 Januari 2015.

16 Responses to Undian Kelayakan Piala Asia 2015

  1. well masyainWell Masyain

    atas kertas msia mampu mengharungi peringkat kumpulan……..n step by step ya….

  2. Ini la yg jadi coach kalo ranking tak penting…tgok la undian kita mcm mana lawan team yg atas2 semua….be realistic coach kalo ranking tu tak penting

    • kalau ranking hebat pun,xkanla boleh sampai nombor 50 dunia kut?lagipun,kalau la ranking kita macam vietnam sekrang,x mengubah apa2…dapat pot nombor 3 pun x mengubah apa2.malah,mak nak bagitau,pot ni jugak mengambil kira past result di peringkat kelayakan.jadi,kome faham la yer….

  3. Pingback: » Piala Asia: Rajagobal tuntut komitmen pemain | Sokernet

  4. Pingback: » Rajagobal: Jurulatih mana berjaya seperti saya? | Sokernet

  5. Pingback: » Piala Asia 2015: Rajagobal optimis Malaysia layak | Sokernet

  6. pada pendapat aku la… pada level kita sekarang nie.. rangking xde makna ape2 pun.. sbb Rangking kita yg above 100 ni xmencerminkan ape2 pun.. lebih penting tingkatkan mutu permainan.. menang kejuaraan.. dan atur pelawanan yg high level.. kalah pun xpe klw lwn dgn lawan yg betul2 kuat.. dr kita asik menang lwn dgn lawan yg lemah.. standard xnaik..

    • Dia orang tak buat perbandingan ke ke dengan team2 hebat lain, cari kat mana team kita kureng. Amat jelas team kita stamina kureng. Passing bola selalu hancus. Depan pintu goal tak creative dan boleh baca pergerakan kawan. Kalau stamina tiptop, passing accurate, pemain in same wave length, malaysia buleh top punya. Nak harapkan individual skill memang out lah. Patut ada 1 program khas tiap2 kali berlatih bagaimana nak mengelecik bola bola macam messi / ronaldo.

  7. Pingback: » Kontrak Rajagobal hingga Disember 2013 | Sokernet

  8. Lawak la korang..ranking fifa memang tak penting pun..ranking hanya digunakan utk dpt seed yg baik masa undian piala… Yg penting bagi malaysia ialah progres…. itu yg penting..at least RG dpt tunjukkan HM ada progress…

  9. Kalau tak layak piala asia 2015 baru nak letak jawatan? Ni maharaja lawak ke ape ni? Buang masa betul. Coach siam pun komen kata malaysia punya game asyik(10X) long ball. Org dah tak main lagu tu. Mesti dapat coach yg buleh revamp team secara total. Kalau asyik tempek sana tempek sini, alamat jadi tempeyek @ tempoyak lah nanti….kena lenyek dengan team lain. Nampak gaya 1st round dah out punya. Kalau FAM berani, bayar aje kontrak DRG. Cari coach baru. Tapi gua jamin lah tak berlaku punya. FAM pun 2X5 - no hoppers punya.

  10. masa euro 2004 dulu greece team yang org tak pandang pun, macam tu jugak masa piala dunia 2002, korea selatan n jepun top team ranking tak pandang pun, tp team tersebut buat impak besar. kekalahan tak boleh dikembalikan untuk menang. apa yang penting , HM kena main cara tersendiri. tingkatkan kualiti hantaran, kreatif di depan gol. bykkan style , inovatif…coach penting utk rancang strategi, tp player kena pastikan plan berjalan lancar dan ada alternatif if tak jadi..suka tengok arsenal lwn newcastle, newcastle 1st half 0-4, tapi melawan sampai jd 4-4. kejayaan tu ada jika berusaha utk berjaya. byk cara player bleh n kaji.tak salah even kaji team lemah yang drastik berjaya naik. tak salah tiru tapi biar inovatif n kreatif. think, pilihla player yang boleh bertindak bijak dan tak cepat hilang akal di padang,,,….hope malaysia boleh !!!

  11. long ball ke long pass ke semua tu mai dari liga super. xkan berlatih sebulan dh biasa main short pass.agak2 la. kenali lah liga super malaysia. baru lah buleh faham dan tau standard mesia dekat mana..bukan semua pemain dr pasukan juara buleh bermain dengan baik di peringkat antarabangsa. pemilihan pemain adalah hak jurulatih. coach mana pun sama sahaja. rujuk lah sejarah bola sepak malayisa. kita ada allan haris, cloude roy, semua tak kemana. bola sepak hangat kembali kerana rajagobal start dr sukan sea. biarlah dia habiskan sisa perjuangan dia ikut kontrak.

  12. aku setuju dgn Jan Janostak….DRG perlu terus bimbing HM, cuma mungkin perlu rombak sikit skuad yg ada terutamanya bahagian tengah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>