Malaysia ke separuh akhir Cabaran Juara-juara

Hoki Cabaran Juara-Juara 2012

Skuad hoki negara berjaya menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Cabaran Juara-juara 1 di Argentina selepas menewaskan Afrika Selatan di peringkat suku akhir awal pagi ini.

Dua jaringan Faizal Saari dan dua lagi masing-masing sumbangan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Tengku Tajudin Abdul Jalil sudah cukup untuk meletakkan juara Kumpulan A itu ke kelompak empat besar kejohanan.

Gol tunggal Afrika Selatan dijaringkan oleh ketua pasukan, Austin Smith.

Malaysia akan berhadapan Korea Selatan di separuh akhir selepas skuad yang ditewaskan pasukan negara di peringkat kumpulan itu, menewaskan Jepun 3-2.

Satu lagi saingan separuh akhir menyaksikan pertembungan antara tuan rumah, Argentina dan Ireland.

Jadual Separuh Akhir:

  • MALAYSIA vs Korea Selatan
  • Argentina vs Ireland

Keputusan Hoki Cabaran Juara-Juara (MALAYSIA):

  • MALAYSIA 4-0 Poland
  • MALAYSIA 4-2 Korea Selatan
  • MALAYSIA 4-2 Kanada
  • MALAYSIA 4-1 Afrika Selatan (Suku Akhir)
Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Malaysia ke separuh akhir Cabaran Juara-juara

  1. Tahniah pasukan hoki malaysia. Kalau diurus dan pemilihan secara pro mcm hoki, kejayaan mudah dicapai. Harap bolasepak pun akan ditransformasi tahun depan. Pilihkasih, X-telus, ego@keraskepala, coba-cobaan tiada lagi dgn pengurusan baru. Harap ranking buleh turun bawah 100 tahun depan. Semoga esok Harimau cakar itu Garudada dgn 3-1. Walaupun depa bagi team kita baraquda, kita bagi depa bas aircond sebab kita negara yg bertamaddun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>