Perak hilang 11 pemain senior, Farizal ke Selangor
Sebelas pemain berpengalaman akan meninggalkan Perak secara beramai-ramai untuk menyarung jersi negeri lain dalam Liga Super musim 2014 depan.
Perpindahan itu berkait rapat apabila jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu bersama-sama dengan skuad Seladang lagi.
Difahamkan mereka juga enggan berada di bawah bekas jurulatih Piala Presiden, Abu Bakar Fadzim yang mengambil alih tugas Azraai.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan bahawa penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias akan berpindah ke Selangor.
Selain kehilangan Farizal, penjaga gol kedua, Khairul Amri Jamaluddin menyatakan hasrat untuk pulang ke Pulau Pinang.
Selain itu katanya, penyerang, Abd Hadi Yahya yang memenangi Kasut Emas 2011 turut memohon menyertai Terengganu.
Hadi yang masih berbaki kontrak setahun itu hanya mampu menjaringkan tiga gol sepanjang musim 2013.
Kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa sudah menyatakan hasrat untuk beraksi dengan skuad Felda United.
Selain itu, S. Chanturu, Mohd Shahrom Kalam, V. Thirumurugan, M. Sivakumar, Mohd Failee Ghazli, Mohd Rafiuddin Roddin dan Mohd Azlan Ismail juga berhasrat untuk berpindah.
Walau bagaimanapun difahamkan, Perak sudah mempunyai senarai sepuluh pemain dari negeri lain bagi menyarung jersi skuad Seladang.
- Peraknews.com
November 6, 2013 - 11:26 pm
peh…makin seronok la liga malaysia lepas nih.
November 7, 2013 - 2:09 pm
ok la tu.. kuar je.. ddk sana kalah kena tuduh rasuah.. b8r keluar je.. management truk…. menang disanjung.. kalah??
November 13, 2013 - 2:11 pm
JDT kalah rilek je takde tuduh player rasuah…hahahahah…
November 7, 2013 - 4:51 pm
Aku sokong. Asal kalah rasuah. Asal kalah jual game. Amende ni. Sapa pun akan kecik hati. Elok la pi join team lain yg tahu menghargai pemain. TRW banyok kosong, coba2 la memohon. Manatau buleh bersinar kat sana macam yang baru berhijrah tu.
November 12, 2013 - 9:31 am
macam mano nak swastakan LIGA kalau managment macam ni . palyer pun ada MARUAH