Annuar Musa letak jawatan Timbalan Presiden FAM, Presiden KAFA
Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan peletakan jawatan yang disandangnya dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Ketika ini Annuar Musa masih Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA yang sah kerana beliau hanya digantung oleh FAM dari menjalankan aktiviti bola sepak dan bukannya digantung jawatan.
KENYATAAN AKHBAR TAN SRI ANNUAR MUSA
TIMBALAN PRESIDEN FAM MERANGKAP PRESIDEN KAFA
Saya telah mengikuti dengan teliti perkembangan dan kemelut yang berlaku, khususnya antara YB Menteri Belia dan Sukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sejak saya dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN), November lalu.
Adalah ditegaskan pelantikan yang dibuat oleh YB Menteri terhadap saya, atas sifat saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang lain) ADALAH SAH dan tidak harus dipertikaikan. YB Menteri pada menjalankan tugas dan dengan kuasanya BERHAK melantik sesiapa sahaja mengikut budibicaranya bagi menganggotai JKPPBSN tersebut. Usaha YB Menteri melantik pelbagai pihak dan ‘stakeholders’ ini amat dialu-alukan sekali.
Adalah ditegaskan juga bahawa Jawatankuasa yang dibentuk YB Menteri adalah sebuah entiti Kerajaan yang mempunyai peranan yang lebih luas, terutama dalam konteks pembangunan bolasepak. Ia di luar SKOP DAN KUATKUASA peraturan mana-mana persatuan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kuasa persatuan hanya terhad kepada ahlinya serta badan gabungan dibawahnya sahaja.
Namun, saya juga memahami bahawa adalah JANGGAL bagi FAM untuk turut menduduki sebuah Jawatankuasa yang turut melibatkan individu yang mereka sendiri menghukumnya. Mereka mungkin merasa TERCABAR dengan pelantikan sedemikian. JUSTERU FAM BERPENDAPAT MEREKA TIDAK BOLEH MENYERTAI Jawatankuasa berkenaan, selagi saya menganggotai Jawatankuasa tersebut.
Bagi saya pula, sebagai Pegawai, aktivitis dan peminat yang cintakan sukan bolasepak, KEMAJUAN BOLASEPAK MALAYSIA adalah lebih penting dari segala-galanya.
Pada masa ini, tahap kemajuan bolasepak negara berada pada tahap yang bukan sahaja rendah tapi juga menimbulkan keresahan dan kekecewaan umum. Kedudukan Malaysia dalam ranking dunia bukanlah pada tangga yang selayaknya, apabila kita terperosok jauh hatta berbanding negara yang jauh lebih mundur dan tidak berkeupayaan seperti kita.
Namun, diperlihatkan bahawa PIHAK BERWAJIB seolah-olah hilang daya dan keupayaan membawa perubahan sewajarnya. Individu-individu yang ternyata gagal membawa prestasi yang diharapkan masih mahu kekal berkuasa dan menjadikan BADAN berwajib seumpama milik peribadi. Lebih parah lagi kontroversi demi kontroversi dicetuskan dan ‘goodwill’ dengan banyak pihak samalah tidak wujud.
Teguran dan pandangan ikhlas ahli dan pihak lain dilayan dengan kekerasan peraturan yang tidak wajar. Urusan pentadbiran dan kewangan yang tidak telus serta semangat kekeluargaan bolasepak Malaysia semakin tidak dihiraukan. Pada masa yang sama prestasi bolasepak negara terus merudum. Pihak berwajib dilihat makin terpisah dari denyut nadi lagi ahlinya serta para peminat bolasepak Malaysia.
Di saat bolasepak negara berada dalam situasi demikian, inisiatif berani yang diambil oleh YB Menteri datang tepat pada masanya. Bolasepak negara bertuah kerana YB Menteri dan Kerajaan menunjukkan komitmen dan ‘will’ yang tinggi untuk memajukan bolasepak. Lebih penting lagi, buat pertama kalinya ‘diagnosis’ serta ‘prescription’ bagi menyembuhkan penyakit kurang upayanya bolasepak Malaysia dibuat atas inisiatif pemerintah. Bagi saya ini adalah satu langkah yang AMAT PENTING dalam usaha menjadikan bolasepak negara cemerlang di masa akan datang.
Mengambil kira semua perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam DEMI KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA, saya merasakan TIDAK RELA diri saya dijadikan alasan terutamanya oleh Badan Induk Bolasepak (FAM) untuk tidak berfungsi atau menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Saya juga tidak rela melihat usaha kerajaan terutama YB Menteri yang sangat murni dan penting terutama untuk melaksanakan satu ‘Blueprint’ yang saya percaya akan merubah ‘DNA’ dan ‘BRAND’ bolasepak Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM tidak mahu menyertainya.
Justeru demi untuk melihat Jawatankuasa ini berfungsi sepenuhnya dan melihat Kerajaan dapat berkerjasama sebaik mungkin dengan FAM, maka saya mengambil keputusan berikut:-
1. Dengan sukarela menarik diri dari mengganggotai JKPPBSN berkuatkuasa hari ini, bagi membolehkan FAM menyertainya.
2. Melepaskan Jawatan saya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden Bolasepak KAFA berkuatkuasa dari tarikh hukuman dikenakan ke atas saya dan saya bukan lagi pegawai badan tersebut atau mana-mana ahlinya.
Walau bagaimanapun saya akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai Wakil Rakyat dan juga seorang peminat sukan ini.
Semoga dengan tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM dan KBS khususnya YB Menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat berkerjasama demi KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh
13 Disember 2013
December 13, 2013 - 4:52 pm
fam bangsat
December 14, 2013 - 9:59 am
seorang pemimpin yang berani dan bersemangat tinggi…kita tengok sebelah selatan pulak dia janji jika tiada satu piala dia mahu letak jawatan.
December 16, 2013 - 8:35 am
Ni sekor lg suka sindir psl org lain tak pasal2. Kalau menang satu piala pulak macamana? Boleh dia jadi presiden ke? Andai kata pulak ada rezeki jadi presiden,harimau malaya mula naik prestasi memberansangkan,macamana pulak tu? Kau perli lagi ke? Akai buh kat lutut. Belum masuk season lagi sibuk jaga umpat hal org.
December 20, 2013 - 11:25 am
rileks lah brader, selangor fa tu hanya ingatkan kita jer, duit dah byk habis belanja urus bola negeri kita ni, duit sendiri ke duit tabung ke duit sumbangan ke duit terpijak ke nak urus bola biarlah secara berhemah, saya suka tgk dan setuju cara anuar musa urus pasukan kelantan tu, bermula dari bawah sampai pasukan kelantan dapat capai byk piala di malaysia.
nak jadi mcm manchester united ke barcelona ke real madrid ke, johor kena ada stadium sendiri dulu, barulah kelab boleh jadi kaya raya, penonton dtg penuh stadium, kutipan setiap kali permainan mencecah ratusan ribu, hujung tahun kira untung dan rugi, untung byk kita boleh beli player seluruh dunia dan jgn lupa johor mesti dan wajib dibarisi oleh anak tempatan sendiri, kalau tidak tak kemana juga kita lps ni.
December 14, 2013 - 3:40 pm
FIFA akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung sesebuah negara dari sebarang kejohanan bolasepak jika kerajaannya mencampuri urusan bolasepak.
Tetapi tidakkah FIFA nampak adanya keRAJAan yg memerintah secara kuku besi dalam FAM?
December 14, 2013 - 9:53 pm
FAM…………..FIKIR AKAN MATI!!!!
December 16, 2013 - 2:21 pm
nak buat camne.. kuasa undang2 di tangan FAM..
December 16, 2013 - 2:31 pm
cita2 orang tertentu dalam FAM dan AFC telah tercapai . boleh ucapkan selamat tinggal kepada bola sepak kelantan .
December 21, 2013 - 10:09 pm
(cuba nilai kes ni)
A adalah guru baru, B adalah guru senior & berjawatan di sebuah sekolah… B cukup ego nga A.. tiba2 A dilantik ketua pengawas SPM & B pegawas biasa di satu pusat yg sama… B xboleh terima dia dibawah A.. dia buat mcm2 nak bagi rosak kepimpinan A.. akhir cerita jadi huru hara di pusat peperiksaan itu… paling menyedihkan menganggu & menjejaskan tumpuan pelajar2 dalam m’jawab… SAPE YG RUGI???? kes tan sri lebih kurang sama la… masalah ego & keras hati(FAM)… bola sepak malaysia xkemana….
December 21, 2013 - 10:27 pm
Malaysia gagal dlm misi mempertahankan emas sukan SEA malahan tewas dlm pereutan pingat gangsa. Maka lengkaplah siri kegagalan selepas terlepas piala AFF, gagal ke Piala Dunia, gagal ke Olimpik & gagal ke sukan Asia.
Satu2nya kejayaan FAM tahun ini ialah Pahang menang piala Malaysia…..hidup FAM….kekal kepimpinan sedia ada!!
December 24, 2013 - 12:35 pm
bila la pihak atasan FAM ni nak letak jawatan? yang bertukar cuma setiausaha. presiden bila mau tukar? kasi tukarlah!
December 27, 2013 - 2:38 pm
admin gi mana? cuti sekolah ni senyap jo? berita bola sukan SEA pun takdak… admin ni cikgu sekolah ko
December 27, 2013 - 9:29 pm
Jangan2 admin dah arwah kot..haha jgn marah admin.