Ong Kim Swee

Isu Myanmar sudah jadi sejarah

Ong Kim Swee menggesa para penyokong Harimau Muda untuk melupakan isu Myanmar dan fokus pada masa hadapan terutamanya Sukan SEA.

Pelbagai kontroversi telah melanda Kelayakan Kumpulan G Piala Asia Bawah 22 di Yangon, Myanmar baru-baru ini yang telah melibatkan pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur.

Selepas protes awal dibuat pasukan Malaysia B22 di Yangon, FAM dikehendaki menghantar susulan protes rasmi kepada AFC agar siasatan boleh dijalankan.

Namun, FAM mengumumkan mereka tidak akan membuat bantahan rasmi atas alasan tiada bukti kukuh untuk melakukan sedemikian.

Kegagalan FAM membuat bantahan telah menyebabkan kemarahan para penyokong dan pada Kongres FAM Sabtu lepas, sekumpulan penyokong Harimau Malaya telah menghantar petisyen menggesa Presiden FAM untuk letak jawatan.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee semalam memberitahu ESPNSTAR.my: “FAM sudah membuat keputusan mereka. Semua orang terluka tetapi kita harus menuju ke hadapan dan lupakan isu Myanmar ini.

“Meminta Presiden FAM meletak jawatan bukan jalan penyelesaiannya. Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah fokus pada perlawanan yang akan datang terutama sekali untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA.”

Pada tahun depan, pasukan Harimau Muda B22 akan sekali lagi berangkat ke Yangon dalam misi mempertahankan emas Sukan SEA yang dijuarai di Indonesia sebelum ini.

“Jika kita berjaya pertahankan pingat emas itu, itu adalah pencapaian yang terbaik. Pemain akan lebih bermotivasi dan ini semua untuk penyokong yang sentiasa di belakang kami.” kata Ong Kim Swee lagi.

Pasukan Harimau Muda kini sudah mula latihan selepas pulang dari Yangon. Mereka akan ke Singapura minggu ini untuk saingan Liga Singapura dan kemudian ke Jakarta untuk Java Cup 2012.

- espnstar.my




coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia

Sub topics: , , , , , , , , , , ,


Readers Comments (20)

  1. Kakikayu

    Biar mati anak jgn mati adab..biarlah matikan semangat anak muda asalkan org tua terus di hormati dan tiada dendam.Tapi ingat semangat akan pulih tapi dendam kesumat akan berbuku dihati.bangkit Lah harimau muda dgn semangat dendam….utk harumkan nama malaysia atau malukan Malaysia ..kami tak kan salah kan kamu kami amat fahamm

     Reply
  2. nescafeais

    TOLONGLAH PRESIDEN LETAK JAWATAN…APA KATA KITA BUAT DP FACEBOOK CAM DP COKLAT TAHANAN ISRAEL TU..SUH PRESIDEN LETAK JAWATAN

     Reply
  3. mat'bunga

    berani kim swee cakap macam tu…pasni pasti kena gantung sebab mengkritik fam….fam mana bleh di kritik

     Reply
  4. ANTI STATUT 88 (NOMBOR ONG FAM)

    Ayat “semua orang terluka” tu boleh melukakan serta mencederakan hati puak2 FAM yg pantang ditegur. Mgkin Kim Swee terlalu kecewa dan sedih kot. Em.. Kita tunggu apa reaksi presiden dan setiausaha “AGUNG”nya. TUNGGU…………

     Reply
    • che mie

      nak komplen apenye…ko tau ke sape presiden afc??? kn dia jgk presiden fam..fam ke farm..jd…dia dh bg kptusan…xkn la presiden nk protes dia sndiri..huhu..gler ke ape cuba korg pk la..haha

       Reply
      • S. Ahmad Shah bukan presiden AFC

        S.Ahmad Shah tu bukan lagi presiden AFC (Asian Football Confederation) sejak 2002. Skrg ni dia hny jd presiden AFF je (Asean Football Confederation)

         Reply
  5. Pak Din

    Sudah jelas FAM pengkhianat pasukan bolasepak dan menjual maruah Malaysia. Hanya mengutamakan “nama baik” dan membiarkan hak pasukan negara dirampas secara terang-terangan….Nasib kita sebagai rakyat Malaysia mendapat Presiden dan Setiausaha Agung yang perangai macam ni……dah nasib la Labu………………

     Reply
  6. nomi nomi

    rupanya mentaliti pengamal bolasepak dimalaysia hanya setakat sukan sea dan piala aff sahaja…tidak lebih dari itu…harggghh tuih

     Reply
  7. jay suhaimi

    kita tidak akan maju dgn KEPIMPINAN BEGINI. Myanmar , walaupun x dibantah MALAYSIA pasti disqualified di kejohanan nanti. pasykan lain pasti akan bantah…

     Reply
  8. hari-hari mau

    FAM hanya tegas pada liga malaysia sahaja, beberapa tindakan di ambil hanya ‘mengkritik’ terutama kelantan mula2 satia, lepas tu anuar lepas tu ramai lagi. Tapi ini bukan ‘mengkritik’ tapi ‘kena tipu’ ko faham ‘tak kena tipu’ bukan kena tipu sahaja bahkan diperbodohkan lagi. Dahlah di perbodohkan di hadapan penyokong Manymar kemudian diperbodohkan dengan penipuan pemain.

    Ini semua adalah sikap FAM, tersungkur sebelum berjuang. entah-entah sudah dapat ‘duit kopi’ bukan hendak tuduh, tapi biasalah kalau kes-kes berprofail tinggi cam ini.

    Sebabnya kerana sudah terlalu lama memegang jawatan sampai beruban, jadi tidak suka kecoh-kecoh takut hubungan dua negera terjejas. FAM perlu berfikir, ini baru surat kebenarannya hasil bedah siasat pihak yang berwajib.

    Jadi Malaysia 2x kalah
    1. kalah dalam padang
    2. Kalah luar padang dalam meneggakkan kebenaran.

    25 juta rakyat malaysia kecewa dengan FAM

     Reply
  9. png mai

    FAM mcm jantan dayus, ibarat anak kena rogol.. tgk sja, xambik tindakan.. kerja hang pa la p cari bukti.. xkan bukti nak mai dpn mata kut… sorry, tension nie :)

     Reply
  10. sukaatiaku

    hahaha….macam korang semua pandai sangat cari bukti..

     Reply
  11. zizou

    presiden fam x sedar2 lg pe??? letak ar jawatan,bg peluang orng lain lak utk memajukan b/sepak mlysia. bak kata tun mahathir..dah lama dah.

     Reply
  12. zack

    tk thu lh nk ckap apew lgie…

     Reply
  13. kabonyor

    “Meminta Presiden FAM meletak Jawatan bkn jln penyelesaian”

    Melakukan sesuatu yg belum pasti hasilnya adalah lebih baik drpd mengekalkan sesuatu yg sudah terbukti GAGAL.

     Reply
  14. Juta

    Kalau jepun, Korea, australia ke aku rasa takda problem.. Negara maju ni lebih sporting.. Tapi kalau myanmar ke, korea utara ke, benda kecik dalam bolasepak pon ada effect kat hubungan diplomatik n ekonomi.. Rumour yg ntah betul ntah tidak, bisnes Petronas mungkin terjjejas kalo Malaysia menang bantahan.. Nampak macam tak lojik, tapi negara komunis ni bukan boleh percaya.. So, untuk mengelak mudarat lebih besar, terpaksa lah mengalah..
    Apapun Malaysia main memang kurang bagus.. Kan biasa lawan dengan pemain senior dalam S-League.. Tulaa FAM, AFC tawar jadi tuan rumah tak mau, sibuk dgn M-League konon.. Padahal Melaka boleh je jadi host salah satu group.. Tak semestinya kena main kat Bkt Jalil.. Nasib baik la Qatar yg main kat Melaka tu pon tak layak, kalau tak bertambah geram aku..

     Reply
    • Aku la yg pandai

      Ko ni kena kencing la Juta…

      Mana ada petronas venture kat Myanmar.. negara miskin tu baru jer kenal erti pilihanraya.. baru nak merangkak la bai..

      Petronas takkan nak sibok2 masuk…

       Reply
  15. fair play

    seluruh peminat bolasepak tanah air makin membenci tindak tanduk fam.tindakan yang tidak membangun aktiviti bola sepak,memalukan skuad OKS yg bertungkus lumus bermain.
    tp fam senang2 je reject cadangan ketua jurulatih skuad b22.fam menidakkan hak player dan hak peminat untuk melihat fair play dlm game.
    biarlah kalo menjejas kan bisnes petronas kalau dah myanmar menipu.buat pe nk tegakkan benang yg basah??
    penipuan dan rasuah mcm ni lh patut kita tentang.berani kerana benar.setakat hilang bisnes kt myanmar pon,takkan petronas gulung tikar kott?
    kpd fam, tolong lepas kn jawatan.kerana anda sudah memalukan player skuad OKS ,seolah olah mencalit n**is kt muka plyer sewaktu berdepan penyokong myanmar..tindak tanduk fam sejak akhir2 ni tidak membantu dlm pembangunan bolasepak negara.
    kpd astro arena sila jemput presiden fam atau judin untk ditemubual berkaitan isu2 semasa dlm rancangan DENGAN IZIN.kami peminat mmg akan menunggu jawapan2 drpada pegawai2 yg berkaliber ini(konon).rizal hashim boleh membuka soalan2 kpd peminat bolasepak tanahair untk diajukn dlm rancangan tersebut.

     Reply
  16. Aku la yg pandai

    Jangan la jadi telalu biol sampai tak bole nak fikir secara rational ikot otak. Kita deal dgn Myanmar. Salah satu negara paling mundur di donia. Bukti yg ada hanya umor yg tertera di passport. Itu pon tak bole pakai sbb majority rakyat dia tak ada IC. Sesiapa yg ada IC tu dah kira rakyat yg privilege la tu..

    So walaupon muka player dia taraf2 bapak budak tapi passport dia kata umur dia 18 tahun apa yg FAM bole buat?? Siapa yg korang nak dispute dan protest?? Kalau dah IC pon tak ada dan surat beranak pon tak ada, siapa2 pon bole mengaku dia beranak semalam walau pon dia dah beranak 10 tahun yg lepas.. So kat Myanmar tak sama dik kat sini.. itu kena paham..

    So kalau FAM protest pon last2 Myanmar jawab “ada aku kesah” tak ke rasa macam orang bodo jer Malaysia ni….

    So korang ni kena celik sikit la sebelum komen kenapa FAM tak nak protest lebih2..

     Reply
  17. king bebal

    AKU BENCI KO FARM

     Reply