Surat terbuka Rizal Hashim buat FAM

Surat terbuka Rizal Hashim di blognya

Kepada tetuan di Wisma FAM,

Sebagai pengikut setia bola sepak tempatan lebih 30 tahun, 20 tahun daripadanya selaku wartawan, pengkritik dan penganalisis, saya terpanggil untuk memberi pendapat dua sen saya berhubung beberapa siri kontroversi yang melingkari FAM dan bola sepak tempatan secara amnya.

Sejak kebelakangan ini, kontroversi di FAM seolah-olah tidak bertepi. Yang terbaru, isu Terengganu dan surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 berhubung tarikh tamat pendaftaran pemain import sehingga membawa kepada ugutan saman daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ini belum sentuh premium insurans yang lewat dibayar tahun lalu.

Ini membawa kepada persoalan - wajar atau tidak jika perjalanan Liga M dikendalikan sepenuhnya satu badan bebas dianggotai ahli profesional dalam mengatur jadual perlawanan dan mengurus liga?

Atau kalau ikut perlembagaan FAM sekarang, jawatankuasa pertandingan kekal diberi kuasa menganjur dan menentukan hala tuju Liga M tetapi pengerusinya bukan seorang pemegang jawatan yang aktif di peringkat negeri?

Opsyen pertama menuntut kehadiran petugas sepenuh masa yang mencanai idea dan melaksana dasar agar liga berjalan lancar. Opsyen kedua merelakan sukarelawan untuk menentukan hidup mati liga.

Datuk Hamidin Mohd Amin (yang sudi menjemput saya secara peribadi ke majlis ramah mesra dan hari keluarga di FAM Ahad lalu) setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sekali gus mencetus satu persepsi ada konflik kepentingan dalam merangka dasar dan membuat keputusan. Betul dan cekap macam manapun dia dalam mempengerusi mesyuarat yang menentukan peraturan Liga M, puak pembangkang luar kelompok mesyuarat mesti mahu pertikai keputusan dan sentiasa mencari kelemahan atau konflik kepentingan membabitkan Selangor.

Masih teringat zaman Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Memanglah timbul pelbagai isu tetapi tiada masalah typo error. Yang penting, mereka tidak pegang jawatan di peringkat negeri! Apapun, baca artikel ini. Mungkin FAM juga perlu perkasakan jabatan pertandingan agar sekretariat tidak terus-terusan menanggung persepsi negatif!

Ugutan Terengganu untuk menarik diri daripada Liga Super dan menyaman FAM pula sekadar menampakkan ada lagi puak yang kurang arif. Ketika jawatankuasa pertandingan diterajui Che Mat Jusoh, pun banyak isu timbul.

Politikus macam Ahmad Said nyata tidak faham senario bola sepak dunia, apalagi tidak diberi nasihat yang betul oleh Che Mat Jusoh dan pegawai lain. Apa mahu takut, ini bola sepak, bukan gelanggang politik. Kalau salah tolong tunjukkan! Kalau politik, sudah kena cantas. Baca ahli bersekutu boleh saman

Dalam peraturan FIFA (walaupun FIFA pun tunggang-langgang dari segi moral), proses aduan satu ahli gabungan terhadap persekutuan memakan masa panjang dan mengikut prosedur tertentu, termasuk timbang tara. Apapun, baca artikel ini

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?

Dengar khabar pula Annuar dan KAFA dipulau media di Kelantan. Kasihan kawan-kawan media di Kota Bharu. Khabarnya mereka diberi layanan acuh tidak acuh. Mereka sekadar “happy” buat liputan Peter Butler dan skuad TRW saja.

Tiada siapa dapat nafikan Kelantan antara punca bola sepak Malaysia kembali meriah tetapi kejayaan itu harus diurus dengan baik dan profesional agar satu lonjakan besar dapat dilakukan.

Berbalik kepada isu FAM-Terengganu, sebenarnya, FAM silap, PBSNT pun silap. Kalau FAM tersilap tulis, mana-mana ahli gabungan tak pasti atau yakin, apa salahnya kirim SMS, telefon, hantar private message menerusi media sosial, betulkah ini tarikhnya? Bila tarikh tutup pendaftaran? Adakah dilanjutkan? Piala AFC atau Liga Super?

Untuk golongan yang menjerit mahu perubahan, kita harus jadi contoh pembawa transformasi dan bukan penghasut yang mengamalkan pendekatan populist!

Selagi FAM dikendalikan secara cacamarba sebegini, kurangnya budi bicara dan kurangnya lelaki budiman sezaman Kwok Kin Keng, Lim Kee Siong, Koe Ewe Teik dan Teoh Chye Hin (generasi facebook tak kenal empat nama ini), selagi itulah drama bola sepak Malaysia berkisar sekitar skrip yang sama. Pelakonnya dari 70-an memang berbeza tetapi perwatakan sesetengah pelakon baru kekal bersifat memperjuang kepentingan peribadi. Selagi keputusan dibuat jawatankuasa tanpa mendapat nasihat yang profesional daripada kakitangan sepenuh masa, skrip yang sama akan berulang 20 tahun dari sekarang.

Tidak lama selepas Malaysia menjulang Piala AFF, saya tulis dalam akhbar Rembat Kosmo!, akhbar yang masih berhutang dengan saya berpuluh ribu ringgit dengan jutaan alasan (harap bosnya tolong settle, tak settle adalah caranya), mengurus kejayaan. Usahlah kejayaan di peringkat serantau menyembunyikan pelbagai kelemahan dalam FAM.

Saya, seperti biasa dan tanpa jemu tetapi sekadar tersenyum sinis, menjadi penonton setia!

Yang tak pernah bosan,

Rizal Hashim
(Juri antarabangsa FIFA Ballon d’Or)

Tulisan asal -> http://rizalhashim.blogspot.com/2012/01/surat-buat-fam-dan-kawasan-sekitarnya.html

Related Posts

48 Responses to Surat terbuka Rizal Hashim buat FAM

  1. Rizal Hashim ni tak abes2 nak cari point salah Tan Sri Annuar Musa. Dari hari tu lagi tak puas hati TSAM ada dua jawatan dekat negeri dengan dekat kebangsaan. Takpe lar ada 2 jawatan asalkan ada dua2 keje jalan. Tahu lar kena bantai dengan TSAM dalam Dengan Izin dalam Astro Arena, rancangan dia sendiri… hahaha.. Org lain boleh lar Rizal Hashim tapau, TSAM tak boleh lar… hahahah

  2. insan yang menghormati sultan kelantan

    salam….apa yang lebih penting dari memulakan perlawanan.??SOLAT @ perlawananan..rasanye tak slah kot sultan nak menunaikan solat terlebih dahulu…jgn hnya nak thu mengkritik je lebih…

    • Dia ni jenis manusia yang pendendam dan melebihi undang-undang manusia daripada undang-undang ALLAH. Nampak sangat dia ni jenis manusia hipokrit dan hanya tahu mencari kesalahan orang. Jangan melampau En. Rizal.

  3. ko ni mmg jahil,pe slahnye ngn sultan nk solat dlu??sptutnye smua player pun kna solat dlu,mne tau mse tgh main de jdi pe2 n then mninggal,sape nk jwab??ko nk jwab?pahala ko pun lum tntu lpas utk ko..jgn nk krek isu kcik cmni ler,lg2 isu SOLAT,ko tu pun ISLAM kn???

  4. Rizal hashim, dengki dengan pasukan negeri kelantan. penyokong kelantan setia menunggu sultan mereka. rizal hashim hasut agar orang melayu derhaka kat sultan. suruh jangan tunggu sultan sikitpun.

    kalau dia bijak sangat kenapa rizal hashim tak ada jawatan dalam fam. orang dalam fam pun orang jugak, sama makan nasi. pandai buat dakyah, nak manage tak pandai.

  5. Rizal.takpayah buat Surat terbuka pun takpa.pasal tulisan hapak McM ni hanya utk keruhkan keadaan.baik jags program sendiri yg ntah apa apa McM bagus .org nk cakap dia nk cakap.dia Tanya soalan Blum abis dijawab dia kalut nak Tanya soalan.

  6. besar ko bola dlu kali rh nih… relative humidity sengoti mung nih

  7. R.H.. Aku rasa engko perlu suluh balik kepentingan bola sepak tanah air kita dulu sebelum buat fakta kau ni.
    Mana lebih penting? Bola sepak malaysia meriah lagi berkembang dari politik dalam FAM?
    kau harus tahu semua income bagi pemain2 tu datang dari mana, kalau liga kita x der sambutan mcm mana penyokong nak datang.EPL pun barai kalau x der penyokong.. lagi satu engko ni petik nama `tokoh` yg qo sorang kenal mmg la anak2 muda skrg x tau.. agaknya tu jer lar yg qo tahu.. kita kalau ada pngetahuan bagus lagi kongsi utk membangunkan liga kita bukan guna andaian dan khabar angin saja.
    pasal FAM ngan PBSNT lak, kalau tak tahu detail jgn la nak hentam boss.. FAM mmg defend abis pasal silap ni dr dia sendiri,FAM mesti nak jga reputasi dia sbgai badan unduk yg tetapkan segala prosedur dlm bola sepak malaysia, bg MB m.said lak mmg dia kena backup sbb byk prasarana dan kos pengurusan ditanggung oleh kerajaan negeri.kalau x mmg rakyat@penyokong negeri terengganu marah x jaga bolasepak terengganu.
    TSAM lak dah mmg dia layak utk jawatan tu..semua tu melalui proses dan prosedurnya, jadi yg layak mmg layak..yang x layak hrp berundur demi bola sepak malaysia terus kedepan bukan duk x bergerak2 mcm yg lepas2 tu.
    Rizal Hashim qo patut tanya diri qo tu “dimanakah qo sekarang` jadilah bloger yg prihatin bukan miskin` ideal..

  8. gila gelemor nate rizal hashim

    • betul tu bro,jangan sampai orang benci dan meluat tengok muka kita,kalau sampai ke tahap ni 1 sen pun dah tak ada harga diri kita,ingat En.Rizal oiii…..

  9. Pingback: Sokernet » Respon Rizal Hashim dituduh derhaka kepada Sultan Kelantan

  10. kalau kata isu sultan nk solat dulu, kenapa sblm ni sultan kelantan xde dtg lewat time final Piala Malaysia/Sumbahsing/FA?..haha. Bak kata org arab, masa tu ibarat pedang, tak kira nabi ke, raja ke, permaisuri ke, kuli ke, masa tetap masa, tak boleh diundur lagi!! Inilah bangsa melayu, berbalah sesama sendiri, sebab tu wujudnya istilah..JANJI MELAYU!!

  11. kawe sokong Harimau Malaya..ore klate ni jange la emosi sgt..malu kok rer..memey betulla sultan kita lewat hadir tgk bola.. nk buat lagu mano.. klu kawe jd sultan..kawe mntak maaf ke rakyat..

  12. Drebar Sulte Klate

    mintok maaf blako..jale jem male tu..

  13. Bila penyokong mempertahankan pasukan masing2 dgn membuta tuli…memalukan!

  14. kalau contoh student ada kelas jam 8 malam, takkan dia nak solat isyak dulu lepas tu terhegeh2 jam 8.45 baru sampai? solat isyak lebih afdal dibuat di penghujung malam. Kita kena beza juga mana peraturan yang perlu atau yang wajib(ikut keadaan)

  15. spatutnya buang je negeri klate ni dari Malaysia..banyak menyusahkan orang lain..banyak buat jenayah..banyak berpuak2 di mana2 sahaja..meluat tgk ore klate ni..phuii!!

    • Wahai penyokong Perak. Sedapnya mulut berkata-kata. Sedarlah di negara kita , penduduk jawa dan kelantan yang banyak berkembang sejak akhir akhir ini. Sedarlah diri cuba kenali budaya orang malaysia kesemuanya termasuklah budaya cina dan india. Ini sudah tentu akan menjadikan kau lebih menghormati antara satu sama lain.

      • Ah budaya konon..budaya org klantan lagi teruk berpuak2 di mana2 shj termasuk universiti, kt kampung, kt tempat kerja..mengalahkan org indon, cina dan india..haha

        • hei berok mu tahu dak ! banyak berlaku kes rompakan,pecah rumah,samun dan macam-macam jenayah lagilah daripada dulu hingga sekarang di M’sia ni di dominasikan mat-mat indon!! Orang kelate tak de pun pergi merompak di Indonesia !!! Dia bunuh orang M’sia ade le !!!! TOLONG JAWAB !!!!!!!!!

      • betul jugak..klu byk berkebang buat jenayah buat pe!!

        • Ye lah tu, hanya penyokong peghok dan orfg dari negeri cd je yg bertamadun, x kolot, x berpuak, x wat jenayah, baik dn bagus. Org negeri lain semua teruk.

          • dah boleh nmpk sape yg berpuak2..orang yg start isu ni dan sewaktu dengannya pun sama je dgn mentaliti org kelantan, ganu or mana2 negeri yg suka berpuak2..mengaku ajela..kamu pun sama mentalitinya penyokong perak dan cd.

    • Ni lah manusia jadian. Sekejap jadi harimau melaya dn sekejap jadi penyokong perak. Ni manusia yg kena sumpah kot

  16. penyokong barcelona

    Kepada Penyokong perak, jangan la over sangat komen tu sampai nak buang klate dari Malaysia…..baik gi ambush dulu pendatang2 asing tanpa izin yang melambak2.

    Kepada penyokong klate, terima la walaupun pahit sekiranya ianya perkara yang benar. Berhujah biar la guna otak dan jangan juga kepala lutut dan emosi kebencian.

  17. Kesian dengan org2 bingai ni. Org cite pasal perlawanan dimulakan lambat sibingai Penyokong Peghok ni cerita pasal buang kelate plak dari Malaysia. Ko ni jenis menyalak je lebih. Jangan le lebih2 bro

  18. lepas ni game kt KB start 9.18mlm, sesape duk jauh mmg bertuah sempat dtg tgk. Utk game kt KB ke tau

  19. negeri perak ade ker orang melayu

  20. betul sangat-sangat tu bro ! misalanya kalau-kalaulah mana-mana player tengah main di padang tiba-tiba jatuh rebah dan terus meninggal dunia ! siapa nak bertanggong jawab ! kan terus masuk neraka tu kerana meninggalkan solat,semua orang melayu islam kena reti hukum hakam islam kalau tidak islam baka ajalah ….. tunggu hari pembalasan di akhirat yang amat azab sekali!!!!!

  21. lagi satu bro,pasukan negeri mana yang banyak menyumbang dana ke kantong FAM kalau tidak kelantan,negeri lain tak boleh di harap buat malu aja… ada setengah penonton tak sampai 3,000 penonton pun berapa sen FAM dapat,tolong sedarlah sikit !!!!!!!!!

  22. setuju mgr.hasil kutipan jualan tiket plg tnggi mngikut fam ialah kelate.satu lg kelate ade dlm ranking fifa.team lain ade ke?

  23. dah dah..jangan duk gaduh, adik beradik seumat kaum adam a.s semua tak payah bergaduh…buat malu jer, rileks2 tengok sudey la..

  24. aku respek kelantan ni sebab stadium almost full negeri lain ade?. lagi satu kalau lawan sri lanka nanti ditakdirkan result tak berapa bagus…jgn la bagi alasan sebab pemain kelantan dan terengganu tak main sebab terlibat dengan AFC….macam la pemain ramai pemain kelantan & terengganu jadik 1st eleven?harap nilai la pemain base on current performance.peminat skrg ada jnowledge walau tak main bola.

  25. RIZAL BIN HASHIM……..MU NI MEMANG DENGKI DENGAN KELANTAN….NANTI AKU….****KAN!!!!!

  26. Patut ler dengki dgn Kelantan….sebab Rizal ni anok JOHOR!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>