‘Perang’ di padang bola Mesir

Penduduk di Kaherah yang naik berang ekoran kematian 74 orang dalam insiden pergaduhan di stadium bola sepak Port Said mengadakan beberapa tunjuk perasaan semalam.

Siri bantahan tersebut diadakan selepas peminat dan ahli politik menuduh kepimpinan tentera yang memerintah Mesir gagal menghalang insiden terburuk itu berlaku sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Sejumlah pemuda menyekat beberapa batang jalan raya berhampiran bangunan stesen televisyen Mesir dan Dataran Tahrir yang menjadi mercu tanda ibu kota negara berkenaan, Kaherah.

Orang ramai turut berkumpul di stesen kereta api utama Kaherah dengan harapan dapat melihat saudara-mara mereka kembali daripada menyaksikan perlawanan bola sepak tragis di sini.

Apabila mayat-mayat mangsa tragedi bola sepak terburuk dalam sejarah Mesir itu diangkut keluar dari beberapa buah kereta api, beribu-ribu orang menjerit slogan: “Jatuhkan pemerintahan tentera.”

Seorang ibu yang panik turut menjerit: “Di manakah lelaki saya?”

“Pergi mati dengan perlawanan bola sepak, kembalikan anak saya,” kata wanita berkenaan, Fatma Kamal selepas dia berulang kali menelefon anaknya tetapi panggilannya tidak dijawab.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera dalam keganasan kelmarin apabila sejumlah peminat bola sepak menceroboh padang permainan selepas kelab tuan rumah Al-Masry menewaskan pelawat iaitu kelab Al-Ahly dari Kaherah yang turut dikenali dengan nama jolokan Red Devils.

Related Posts

14 Responses to ‘Perang’ di padang bola Mesir

  1. sama-2 kita berdoa agar peristiwa mcm ni tak berlaku di Malaysia

  2. stupid betul la kosmo tu, dikait pula ngan kelantan mcm tak ada penyokong lain yg buat onar

  3. nate apo la.. ulasan & kaitan media mcm tu boleh mencetus provokasi.. bare lepas jange dikene.. walaupun utk rujukan sajer..

  4. jgn cuba timbulkn provokasi krn ia akan mndtgkn perkara tdk baik.bak kata pepatah jika tiada angin masakan pokok bergoyang.jange dok ambik KELATE saje buat cth,apo Ngri lain baik sgt ko?kalu rasa KELATE jahat dn ganas,bgtau FAM jnge bg KELATE main bola dgn NGRI demo,sbb NGRI demo tu molek g main congkak jah baru tak ganah.

  5. Siapa lah penulis yang rendah sangat menteliti 2….kalu nk jugal akhbar pun tolong jgn tulis cam 2 kalu gila nk menulis sgt cungkil keganasan yang di buat oleh penyokong lain jugak cth pyokong negeri sembilan yang membakar bendera kelantan….

  6. tau la kami ganas…x yoh la kait nge mesir nu…sek kawe x jhat gitu mo wei…kalu nk akhbar laku pon jnge kecek hk tulo…

  7. Sama jahat cam indon n klate,
    suka gado, suka provokasi, suka keganasan, klantan umat terlaknat, mental budu memang cam tu, kuat makan budu otak pun rosak

  8. mu ore mnow??acu oyk ko aku??bo stkat dk ngutip getoh ore ari cuti gk…x yoh dk kecek byk la…ore klate hk mke budu bleh 20 a spm…ngeri demo ado???mke nasi ari2 tpi bleh 20 e nate apo

  9. sian ke man laksa ni.dia ni ada penyakit mental yg serius. so, aku rasa kita jgn marahkn dia, tp bersimpati dgn nya. mudah2an cepat baik otak dia tu..

  10. nate man laksa tu org selangor… jenis bako indon..

  11. Penyokong N9 bakar bendera Kelantan,tak timbulpun isu….kalaulah set Kelantan yang bakar….PASTI 5 TAHUNPUN DIUNGKIT….LAGI!!!!

    • Treat ni dah lapuk lah..Jagnkan 5 thun lagi, tak smpai 2tahun kau yang mula taip dlm treat ni balik…Sengal ler.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>