Persahabatan Malaysia vs Hong Kong 3 Jun

JURULATIH negara, K Rajagobal enggan menaruh harapan tinggi kepada penyerang utama negara, Safee Sali mahupun penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya untuk menyerlah pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini.

Katanya, mereka tidak perlu didesak melakukan sesuatu yang berlebihan selagi keserasian dan kriteria pasukan yang mahu dilihatnya di kalangan 24 orang yang dipanggil dalam tempoh latihan lima hari, belum dicapai.

“Saya tidak mahu menekan mereka dalam tempoh sesingkat ini. Kita hanya perlu ada kriteria dan keserasian tertentu bagi sebuah perlawanan persahabatan antarabangsa walaupun ia masih tidak mencukupi,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Safee yang mencipta nama dengan Pelita Jaya setelah menyerlah sebagai penjaring terbanyak dan membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010, hanya akan menyertai sesi latihan mulai hari ini kerana baru diberi pelepasan kelab Indonesia itu, semalam.

Dua lagi pemain, Baddrol Bakhtiar dan Amar Rohidan turut hanya akan mula melapor diri hari ini kerana masih dalam perjalanan selepas membantu Kedah menewaskan Terengganu 1-0 pada perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu, kelmarin.

Namun, tujuh pemain terpaksa dilepaskan bagi persediaan bawah 22 tahun menghadapi Kelayakan Olimpik 2012 di bawah bimbingan Ong Kim Swee iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahalli Jasuli, K. Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan.

Rajagobal turut menolak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan tempatan sebagai medan pemilihan 22 pemain negara sebelum mereka berlepas ke Hong Kong, Rabu ini.

“Menentang Hong Kong juga dapat membantu saya mengenal pasti barisan pemain terbaik bagi misi yang lebih penting, pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan secara timbal balik pada 29 Jun dan 3 Julai ini,” katanya.

Anak buah Rajagobal sudah melalui dua persahabatan sejak bergelar juara Piala Suzuki AFF dengan menewaskan Hong Kong 2-0 dan diikat 1-1 oleh kelab Perancis yang beraksi dalam Liga Singapura, Etoile, masing-masing pada 9 Februari dan 26 Mac lalu.

SKUAD MALAYSIA LAWAN HONG KONG

  • Penjaga Gol
    Sharbinee Allawee Ramli
    Nasril Nourdin
    Syed Adney Syed Hussein
  • Pertahanan
    Aidil Zafuan Radzak
    Asraruddin Putra Omar
    Azmi Muslim
    Nasriq Baharom
    Hisyamudin Shaari
    Helmi Remeli
    Shahrom Kalam
    Farisham Ismail
  • Tengah
    Safiq Rahim
    Amar Rohidan
    Azidan Sarudin
    S Kunanlan
    Ashari Samsudin
    S Chanturu
    Amirulhadi Zainal
    Baddrol Bakhtiar
    Ismail Faruqi Ashari
  • Penyerang
    Norshahrul Idlan Talaha
    Safee Sali
    Shahrizal Saad
    Abdul Hadi Yahaya
Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>