FAM lanjut daftar pemain import hingga 13 Februari
MESYUARAT Tergempar Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM petang ini membuat keputusan untuk melanjutkan pendaftaran semua pemain import sehingga 13 Februari 2012.
FAM telah mengadakan mesyuarat tergempar JKPT pada petang ini berhubung dengan isu pemain import Terengganu di Wisma FAM.
Minggu ini hangat diperkatakan tentang PBSNT dengan FAM yang bertikam lidah tentang pendaftaran pemain import Terengganu yang telah ditolak oleh FAM.
Tekanan bertambah untuk FAM setelah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengugut untuk menyaman FAM dan menarik keluar Terengganu dan T-Team dari Liga Super Malaysia dan pertandingan Liga Malaysia yang lain.
Penyokong Terengganu juga dikatakan telah menggesa Presiden JKPT, Datuk Hamidin Muhd Amin untuk meletakkan jawatan.
Isu yang berlarutan ini telah memaksa FAM untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi menamat dan menyelesaikan pertikaian berlaku ini agar tidak berpanjangan dan menjejaskan kemeriahan aksi Liga Malaysia yang bermula 9 Januari lalu.
Hasil dari mensyuarat pada hari ini, FAM telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran pemain import bagi Liga Super Malaysia sehingga 13 Februari 2012.
Pemain import Terengganu iaitu Francis Doe Forkey dan pemain Brazil Erison Da Silva Santos mungkin akan beraksi pada perlawanan dengan Felda United esok.
January 13, 2012 - 7:04 pm
tengok! kalau semua team ada import barulah seimbang…apa2 pun tolak ansur yg penting, semua dapat faedah……….
January 13, 2012 - 9:37 pm
Lanjut pn sbb ada prob ngn pemain import selangor..f**k tol hamidin..
January 14, 2012 - 1:12 am
Baru betul midin… adil dan saksama..
baru org puas hati…
kan cerdik kalau makang telo..
January 14, 2012 - 1:23 am
Terima kasih FAM…kerana keputusan menang menang..Kpd pengurusan TERENGGANU kita,pastikan semua dokumen disemak kembali,jgn ada setback saat last minute..apa2 pun..Jgn gaduh lagi..ayah nak gi keja.
January 14, 2012 - 1:07 pm
FAM ni bila nak kena saman baru tahu langit tinggi rendah. Selama ni agah sgt. Ingat KEBAL tp sbnrnya lembik. Tabik la utk MB Ganu. Patutnya persatuan negeri lain pun kena berani jg
January 15, 2012 - 1:17 am
FAM fuck laa….guna laa budi bicara dah tahu silap nie ttp dgn pendirian jer…just mintak maaf apa brg…MB terengganu mmg terbaaeeekkk….