Ultras Malaya serah memorandum desak Presiden FAM letak jawatan
Penyokong kian kecewa kegagalan FAM
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.
Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.
“Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja.
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.
“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.
Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab penyokong negeri-negeri seluruh Malaysia.
“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga pasti terjejas.”
Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka, Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”
Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja. Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.”
July 9, 2012 - 5:09 pm
mmg x boleh harap lgsg FAM skrg ni. lgsg x nak dgr luahan peminat.
July 9, 2012 - 6:05 pm
Aku sngt kecewa dgn FAM ..mgkin zaw zaw tu kawan baik dia..jadi taknak buat bantahan..ruginya skuad kita tak dapat timba pengalaman dalam final nanti…kalu ye pon taknak buat bantahan ..minta FAM bida untuk jadi tuan rumah ..sbb rugi sangat tgok skuad kita yg agak bagus jugak ni tak dapat main sama..
July 9, 2012 - 7:19 pm
kena tangkap la ultras malaya ni. tuduhan menghina sultan bolo hahahahaa…… lepas tu ramai la dok meroyan buat demonstrasi bawak banner ‘jangan hina sultan kami’……
July 12, 2012 - 7:40 pm
Orang buat bantahan ni atas semangat kesukanan..bukan atas semangat raja2..tapi kalau aku..aku mintak si judin turun pangkat…kasi kick sama dia…
July 9, 2012 - 8:19 pm
yaaaa!!!saat yang 1Malaysia tunggu2..
akhirnya satu langkah baru dalam menggulingkan pres FAM sudah bermula..
you have my greatest respek bro2 ULTRAS!!
semoga perjuangan korang dibalas dengan kejayaan HM..
p/s:ranking M’sia dilihat selari dengan daya pemikiran orang2 FAM..hehehe
July 9, 2012 - 9:51 pm
kepimpinan yang ada sekarang ini tidak boleh langsung diharap…
July 9, 2012 - 10:56 pm
semua yg memegang jawatan majlis tertinggi fam adalah kaki ampu,kaki angguk dan mengiakan saja walaupun perkara tersebut dirasakan tak betul,nak buat mcmmn semuanya mau selamat tapi dibelakang ini tak betul itu tak betul bila berdepan diam seribu bahasa….
July 9, 2012 - 11:25 pm
memang patut dua orang ni letak jawatan.. tak profesional lansung, takde tokoh untuk menerajui FAM
July 9, 2012 - 11:36 pm
1 kejayaan FAM….
meningkatkan rangking Malaysia kepada 157…
(angka kecik FAM x main laa)…
Lagi besar… Lagi bagus
July 9, 2012 - 11:46 pm
i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.i hate FAM.
July 10, 2012 - 11:16 am
inilah masalahnya, apabila kepimpinan organisasi dipegang oleh orang yang sangat panjang namanya tapi sangat pendek akalnya..
nak kutuk kata derhaka,nak puji makin menjadi2..
July 10, 2012 - 11:54 am
kita hidup ni biar jadi orangyang kalau x pandai boleh diajar,,kalau senang boleh ditumpang..barulah x menyiksa orang sekeliling..
Pingback: » Kim Swee akui ramai terluka tindakan FAM | Sokernet
July 11, 2012 - 6:09 pm
Aduuuuuuh, gilo belako puok dale FAM ni. Aku nok kecek orhe pitih smetar deh - I wonder whose interest FAM fights for - the footballing public or the foolish public? Aku tertanya-tanya kepentingan siapa yang diwakili FAM - orang ramai yang meminati bolasepak atau orang ramai yang bodoh tentang bolasepak? Boooooo kepada FAM yang tidak mewakili hati nurani rakyat Malaysia
July 11, 2012 - 7:56 pm
Mudah jer nak ajar FAM ni. Kita terjemahkan protes kita dengan mengundi PR untuk PRU nanti. Jika org politik tak mau masuk campur, rasakanlah akibatnya.
July 12, 2012 - 12:29 pm
mengharapkan bangun pagi sambil terdengar berita di radio mahupun di tv… PRESIDEN FAM & SETIAUSAHA AGONG TELAH MELETAK JAWATAN DAN KINI BERTUGAS SEBAGAI TUKANG CAT LINE PADANG BOLA…… PFSLJ!!!
July 12, 2012 - 10:11 pm
bersatu kita bersatuuuuu.. jatuhkan FAM bangsat itu!
July 12, 2012 - 11:08 pm
fam
kenapa kau degil?
kenapa kau tak berjiwa rakyat?
kenapa masih membisu seribu bahasa?
Di mana jiwa dan perasaan mu, FAM ?