Mimpi ngeri Chelsea di Napoli

Napoli 3-1 Chelsea
Napoli 3-1 Chelsea | dailymail.co.uk

CHELSEA perlu menyusun semula benteng pertahanan pasukan itu selepas tewas 1-3 kepada Napoli pada aksi kalah mati pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui, beliau perlu melakukan sesuatu selepas John Terry terpaksa menjalani pembedahan lutut dan direhatkan selama enam minggu.

Tanpa kelibat Terry, benteng pertahanan skuad The Blues yang dikemudi David Luiz dan Gary Cahill dilihat goyah, sekali gus tewas kepada Napoli.

Chelsea perlu mencatat keputusan yang lebih baik untuk mengesahkan slot ke suku akhir pada perlawanan kedua di Stamford Bridge pada 14 Mac depan.

Bagaimanapun, misi tersebut dianggap mustahil tanpa kelibat Terry yang juga bekas kapten skuad kebangsaan England itu.

Pada aksi menentang Napoli, pemain tengah, Raul Meireles dipersalahkan untuk gol pertama tuan rumah, Bransilav Ivanovic keluar dari posisi asal untuk gol kedua dan Luiz melakukan kesilapan bagi gol ketiga.

“Kami perlu fokus dan menyusun semula benteng pertahanan pasukan kami,” kata Villas-Boas yang mengakui semakin tertekan untuk menghadapi saingan Liga Perdana England penghujung minggu ini.

“Saya mengakui bahawa kami perlu mencari jalan penyelesaian untuk membaiki kesilapan di bentang pertahanan. Jadi, kami akan memperoleh keuntungan daripada beberapa peluang yang diperoleh dan gol yang dijaringkan.

“Sudah pasti kami perlu meletakkan konsentrasi dan kemahiran di tempat yang betul.

“Tanpa Terry, kami kehilangan seorang pemain yang penting dalam pasukan.

“Kami mempunyai pemain yang cergas dan kami perlu bekerjasama dengan mereka untuk memperoleh keputusan yang positif.”

Dalam masa yang sama, Villas- Boas berharap Terry hanya direhatkan selama sebulan tetapi ia adalah sesuatu yang mustahil. — Kosmo

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>