Pereka grafik saman FAM
SEORANG pereka grafik yang cedera kekal di mata kerana terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak tahun lalu, memfailkan saman terhadap pihak berkaitan.
Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, menamakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat dalam tuntutan ganti rugi RM776,000 di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam, melalui Tetuan N M Main & Associates.
Ganti rugi
Beliau menuntut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi khas RM100,000, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutannya, Ahmad Jazimin mendakwa mengalami kecederaan pada mata kanannya ketika menonton perlawanan bola sepak Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan pasukan Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai tahun lalu.
Ahmad Jazimin mendakwa, beliau dan penonton lain memasuki stadium tanpa melalui sebarang saringan atau pemeriksaan badan oleh penjaga pintu masuk atau polis.
July 25, 2012 - 9:47 am
byk gile saman…ganti rugi khilangan upaya pendapat tu cmne?tak kan die tak nampk sebelah kiri tak leh keje kot?ermm…
July 25, 2012 - 8:30 pm
kau kata bnyk? kau nk jual sblh mata kau rm1 juta? aku rasa saman tu kurang-kurang 100 juta! biar bangkrap trus FAM
July 25, 2012 - 11:03 am
bleh up lg saman tu..
MHB- camtu pon ko dah kata byk? dia dh ilang sbelah mata la..even ad sbelah mata dia still leh keja pun, dh x sama ngn masa dia kerja dgn sepasang mata..
July 26, 2012 - 1:16 pm
tk pyah uji akal..tngok yg dia tlis dh tau dh dia bdoh…(MHB)
July 26, 2012 - 8:11 pm
Lepas ni sesiapa yang pergi stadium tengok bola, balik kalau cedera… bolehla saman FAM
July 26, 2012 - 9:37 pm
mgkuk jamban mai dah..
January 19, 2013 - 10:06 am
terbaik .. lepas ni ..korg jengah2 sket kalau nk kaya eh .. kot kene baling ngan botol ayor .. leh saman FAM