Kemenangan ke atas Ireland ubati duka Argentina

Kemenangan 1-0 Argentina ke atas Ireland sedikit sebanyak membantu skuad itu pulih daripada kekecewaan di Piala Dunia, kata jurulatih, Sergio Batista.

Pasukan Amerika Selatan itu menang 1-0 di Stadium Lansdowne Road menerusi jaringan kontroversi separuh masa pertama Angel Di Maria.

Ireland, tanpa pengurus, Giovanni Trapattoni, yang menonton perlawanan itu daripada katil hospital di Dublin selepas menjalani pembedahan pada sebelah paginya, cuba bangkit namun gagal mengubah keputusan.

“Ini adalah sangat positif, bukan hanya keputusan, tetapi corak permainan,” akui Batista, yang pertama kali mengendalikan Argentina sejak penyingkiran penuh kontroversi Diego Maradona.

“Kami memiliki semangat berpasukan baik dan bekerjasama sebagai satu kumpulan. Bagus dapat menghilangkan kekecewaan Piala Dunia dan bermain bola sepak yang saya gemari, terutama pada separuh masa kedua.

“Kami tercicir pada separuh masa kedua, mungkin kerana kekurangan dari segi fizikal namun kami mengekalkan penguasaan bola pada saat-saat penting.

“Jika saya mahu menilai persembahan kami, saya akan memberikan 8/10 pada separuh masa pertama.”

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>