Piala FA: Pahang didenda RM100,000, Johor didenda RM20,000
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang bersidang petang tadi membuat keputusan untuk mengenakan denda dengan nilai maksimum RM100,000 kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) di atas empat kesalahan - tahap keselamatan, menyebabkan perlawanan tertangguh, penyokong masuk ke trek sebelum perlawanan dan penyokong meluru ke penyokong Johor Darul Takzim (JDT) selepas pengumuman penundaan perlawanan.
Manakala Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) pula didenda RM20,000 atas dua kesalahan - pasukan meninggalkan stadium sebelum tempoh 90 minit dan penyokong memasuki trek.
Kedua-dua hukuman tidak boleh dirayu.
Sebab ‘overcrowding’ ini belum jelas tetapi ada yang berpendapat bahawa tiket yang tidak dikoyakkan telah digunakan semula, ada juga yang melaporkan bahawa penjualan tiket palsu telah menyebabkannya.
Kedua pemain pasukan Harimau Selatan dan Tok Gajah yang dipanggil ke skuad negera diberi pelepasan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA.
Pada jam 8:30 malam, para penyokong telah diarahkan oleh Polis Diraja Malaysia untuk masuk ke bahagian kosong stadium yang dihadkan untuk menjadi penghalang antara para penyokong tuan rumah dan penyokong pelawat.
Sepuluh minit kemudian, para pemain dan anggota kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan walaupun telah memanaskan badan di padang.
Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, yang juga merupakan presiden FAM, hadir di stadium dan telah memberitahu para pengadil bahawa beliau ingin perlawanan untuk diteruskan walaupun ada beberapa ribu para penyokong terpaksa duduk di trek.
Kira-kira dua puluh minit kemudian, anggota pasukan Pahang dan para pengadil keluar selepas pengumuman dari PDRM bahawa perlawanan selamat untuk diteruskan.
Walaubagaimanapun kekecohan berlaku apabila para penyokong di luar stadium membaling batu ke arah para penyokong pasukan pelawat di dalam stadium. Para peminat Darul Takzim terpaksa berundur ke bahagian trek demi keselamatan mereka.
Beberapa minit kemudian, ia diumumkan bahawa perlawanan telah ditunda.
May 30, 2013 - 12:33 pm
kes pahang vs jdt laju je j/k fam meeting.
kes jdt vs kelantan bila mau meeting daaa?
June 1, 2013 - 7:43 am
Keputusan FAM lom ada yg betul