Ong Kim Swee wajar ganti Rajagobal - Shebby

Ong Kim Swee vs Rajagobal
K Rajagobal atau Ong Kim Swee?

BEKAS pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh berpendapat sudah tiba masanya tugas mengendalikan skuad Harimau Malaya diserahkan kepada Ong Kim Swee berikutan kegagalan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012.

Menurut Serbegeth atau turut dikenali dengan panggilan Shebbie, pandangan disuarakan itu bukan hanya berasaskan kepada kegagalan di Piala AFF baru-baru ini, sebaliknya ia mengambil kira prestasi skuad negara yang merosot selepas bergelar juara rantau Asia Tenggara dua tahun lalu.

Bagi Penasihat Global kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers itu, skuad kebangsaan sepatutnya meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi namun ia sebaliknya berlaku di bawah pimpinan Rajagobal.

“Selepas kita menjuarai Piala AFF, kita masih lagi dalam era eksperimen pemain, sepatutnya kita sudah melangkah ke satu tahap lagi, tapi sebaliknya kita seperti masih ‘meraba-raba’.

“Kita melakukan eksperimen dengan mengharapkan kita boleh berada di kemuncak prestasi dua tahun kemudian. Untuk maju ke depan, kita harus memiliki jurulatih yang boleh meningkatkan prestasi pasukan yang kita miliki sekarang dan bukannya membentuk pasukan baru.

“Jangan fikir pandangan saya ini satu kritikan, sebaliknya ia satu persoalan yang harus kita bincangkan bersama, adakah Rajagobal mampu meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih kebangsaan?” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Shebbie yang kini berada di London mengakui tidak boleh memberi ulasan terperinci mengenai permainan skuad kebangsaan dalam kejohanan AFF kali ini kerana hanya melihat sebahagian aksi menerusi YouTube.

Namun berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh dua tahun selepas Malaysia menjadi juara kali pertama Piala AFF, skuad kebangsaan berada dalam era kemerosotan selepas gagal melayakkan diri dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014, kejatuhan ranking negara berikutan beberapa aksi buruk dalam aksi persahabatan antarabangsa yang dianggap tidak penting oleh Rajagobal.

Rajagobal, 56, dianggap jurulatih tempatan paling berjaya apabila membimbing skuad negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 serta Piala AFF 2010 di Jakarta dengan menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2.

Biarpun menyaksikan anak buahnya tersingkir di peringkat separuh akhir menerusi agregat 3-1 di tangan Thailand pada kejohanan Piala AFF Khamis lalu, Rajagobal masih mahu meneruskan misi utamanya iaitu kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari depan.

Manakala Kim Swee yang terkenal dengan kepakarannya menggilap pemain muda seperti Mohd Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbart pula menggalas misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun depan selepas kejayaan di Jakarta tahun lalu.

“Dua masalah timbul jika Rajagobal terus menjadi jurulatih iaitu adakah pemain percaya dengan kemampuannya serta tekanan daripada penyokong sendiri,” jelas Shebbie.

Ketika ditanya kenapa jurulatih Harimau Muda A, Kim Swee yang menjadi pilihannya, bekas pemain pertahanan kebangsaan itu berkata: “Sudah tiba masanya untuk Kim Swee diberikan tanggung jawab lebih besar. Kita kena tahu, kejayaan bola sepak negara berasaskan kepada sistem pembangunan bola sepak di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

“Kim Swee cukup arif dengan sistem ini kerana beliau membimbing Harimau Muda A yang memiliki ramai pemain yang bagus. Jika beliau diberi peluang, beliau boleh menggabungkan dua pemain dari dua generasi iaitu generasi pemain Rajagobal dan generasi pemain Harimau Muda A yang ada sekarang. Dengan dua generasi ini kita boleh memiliki satu pasukan yang mantap. Tapi masalahnya siapa yang boleh menggantikan tempat Kim Swee bersama Harimau Muda? Bagaimanapun, Shebbie mengingatkan agar sumbangan dan kepakaran yang dimiliki Rajagobal tidak boleh diketepikan begitu saja.

“Rajagobal banyak berjasa kerana sudah membawa kita ke satu tahap baru, mungkin beliau boleh dilantik menjadi penasihat teknikal untuk melihat keseluruhan sistem termasuk skuad belia. Kerana beliau juga pernah membimbing skuad belia sebelum ini,” jelasnya.

49 Responses to Ong Kim Swee wajar ganti Rajagobal - Shebby

  1. kata kata shebby ni, rasanya ada betulnya…

  2. kata-kata shebby ni bukan setakat betul tetapi perlu dilaksanakan. dato raja gopal perlu bersikap terbuka dan letak jawatan dengan sukarela. Bukan apa, kami sayangkan pasukan Harimau Malaya kami.kami tak sanggup lagi menerima kekalahan seperti AFF 2012. Rajagopal perlu membimbing skuad lain selain HM. Ada ker guna Amar Rohidan dan Safiq Rahim yang ternyata tidak menonjol dalam AFF kali ini. Kalau Rajagopal mengambil sebahagian skuad Kelantan mungkin keputusan boleh berubah. Apapun pujian harus diberi kepada Farizal Marlias yg banyak menyelamatkan gawang negara. Rajagopal sila letak jawatan.Jadi coach johor aje la.

    • bakal juru latih pasukan negara

      setuju dengan pendapat cikgu rizal, tapi sebaiknya kita test dulu harimau malaya sekarang dengan pasukan teratas liga, dengan pasukan kelantan, selangor dan pasukan juara perdana ATM, dari situ insya allah kita akan nampak di mane kekuatan dan kelemahan pasukan harimau malaya,

    • shebby bagi pendapat tukar jurulatih supaya ada ide baru,strategi baru dalam harimau mlaya, bukannya buat pasukan baru ari kelantan.

      harimau malaya sekarang adalah kebanyakan merekan yg menang emas sea09 dan aff2010,kita kena ada jurulatih yg meningkatkan pasukan ke tahap lebih tunggi

  3. Sepatutnya Rajagopal terus letak jawatan selepas gagal merealisasi impiam rakyat 1 Malaysia.Bukan meletak kesalahan 100% tetapi berdasarkan prestasi semasa seperti ramai yang memperkatakan.Perlu belajar dari kesilapan bukan mengulangi kesilapan.

  4. apa yg dilalui oleh coach rajagopal adalah sesuatu yg biasa dilalui oleh semua jurulatih.. contohnya semasa Sathianathan Jd coach.. after menang berberapa kejohanan.. dia akan timbul rasa takut utk lakukan perubahan.. n rasa selesa dengan pemain yg ada.. hakikatnya prestasi pemain ada pasang surut.. bila letak pemain yg tgh down.. resultnya adalah kegagalan.. cara nk atasinya adalah tukar jurulatih yg ada idea yg fresh. Dan selepas Coach Rajagopal ambil alih dia bwk pemain2 yg baru, harapan baru dan idea yg baru.. tapi sekarang apa yg berlaku kepada Coach Sathianathan berulang kepada Coach Raja.. n jika tidak ditukar secepat mungkin..prestasi Harimau Malaya akan terus merudum..sebab Sukar utk Coach Raja menukar mentaliti n refresh balik pasukan.

    • bekas juru latih pasukan negara

      apa yang saya nampak, raja gopal tak banyak strategi, paling ketara adalah sewaktu separuh akhir ke-2 di bangkok minggu lepas, tak patut dan tak masuk akal, pasukan kita seri dengan thailand di kuala lumpur dengan kelebihan memihak kepada thailand jaringan di tempat lawan, raja gopal telah atur strategi mat yo sorang2 jer kat atas !!! mane2 pemain ade pasang surutnya juga, raja gopal mesti bijak menilai dan memilih pemain2 dia, paling akhir adalah raja gopal mesti meletak jawatan lah, saya setuju ong kim swee menjadi juru latih harimau malaysia, tiada lagi alasan, tiada lagi eksperimen, tiada lagi nak letak kesalahan kepada pemain2.

  5. Sampai bila pun bolasepak msia takleh nak maju kalau kepentingan peribadi melampaui kepentingan negara termasuklah puak FAM sendiri….kalau dah tak mampu bawa kejayaan minta undurlah dgn terhormat. sejarah kejayaan lalu tak menjamin kejayaan akan datang. Itu yg terjadi kpd AFF 2012.

  6. Peminat bola, pakar bola, bekas pemain,pengulas sukan,blogger semua dok desak suruH Rajagopal letak jawatan.. sebab apa.. sebab nak tgk Bola Malaysia terus maju ke depan.. bukan reverse ke belakang mcm sekarang. Kita toksah dok mimpi Piala Asia la..kalau kita main mcm piala AFF hr tu. Kalah dgn Thailand mcm2 bg alasan, pengadil la,padang la,pemain cedera la. Selama 2 tahun x boleh nak buat team yg mantap, x boleh nak ada backup player yg sama level dgn 1st 11?, betul la aku setuju padang teruk,pengadil x buat keputusan tepat. TP kenapa main kat bukit jalil kita bubuh Thai dgn gol yg selesa? jwpn nya sbb kita main x bagus. Mana ada lg zaman la ni org main long ball. kita pg thai nk cr goal. tp buat formasi bertahan.. Rajagopal ni.. x yah la ego jgn la penting gaji ko tu. Cari la pasukan lain. Bagi la OKS pula peluang..lg pun dia layak. dia dah buktikan dgn team Harimau muda.

    • tendang…kejar…rempuh…pemain sayap yg laju pasti akan cedera…ini taktikal 1970/80. Zaman sekarang dah tak ada yg main macam tu, kecuali pasukan kampong…

  7. JANGAN TUKAR COACH NANTI HURU HARA…TERUSKAN COACH…2015 PIALA ASIA…THEN AKAN KE PIALA DUNIA…

  8. Penyebab kepada kemeruduman pasukan bolasepak nasional negara kita sejak 30 tahun lepas adalah FAM sendiri. Mana ada negara yang pasukan bolasepaknya tak mencapai prestasi yang sepatutnya tetapi presidennya tak ndak lepaskan jawatan dah berpuluh tahun. Begitu rendahnya mutu pasukan kebangsaan kita, hingga kejayaan sedikit dan itupun sekali-sekala di peringkat asia tenggara, dah macam syok sangat. Pemain dah rasa mcm celebriti, coach rasa dia dah jadi YANG TERBAIK dalam sejarah.

    Mana ada pasukan kuat nak buat friendlies dgn Malaysia, itu pasal kita hanya boleh buat friendly matches dgn Sri Lanka, Bangladesh, India dan yang cokia2 saja. Hasilnya, bila jumpa pasukan kuat sikit mcm Singapore, Thailand dah gelabah. Teruknya mutu pasukan kita. Sepatutnya kita kena target Juara Pila Asia, menang pingat di Sukan Asia, masuk quarterfinal Sukan Olimpik, layak ke pusingan akhir Piala Dunia, menjuarai kejohanan2 jemputan. Janganlah masuk pertandingan2 ini hanya untuk mencuba; pendedahan pemain; pemanas badan, bla, bla. Kalau nak cuba2, buat masa LATIHAN Pusat, bukan ketika kejohanan sebenar. Dah lama kita kehilangan hari2 gemilang kita - kali akhir tahun 1980 dahulu. Sejak itu, 30 tahun lebih dah, begitu lama masa, begitu banyak tenaga, bajet, polemik, komen, kritikan - kita telah berundur ke belakang, bukan semakin maju ke hadapan. Begitu ramai bakat bolsepak di Malaysia ini, tak kanlah ini sahaja yang boleh kita hasilkan. Semua ini punca dari FAM. FAM bretanggung jawab sepenuhnya terhadap ‘the state of our national football team’. Pathetic.

    • FAM x faham, sebenarnya pelbagai saranan drpd pelbagai pihak supaya coach Rajagobal dipecat/letak jawatan sebenarnya ditujukan kpd pegawai-pegawai di FAM yang x ndak-ndak melepaskan jawatan tetapi ndak terus berpaut walaupun pasukan national kita teruk berpanjangan

    • wa stuju bro,wlupun hm menang aff 2010 to xde team yg kuat nak friendly ngan hm.mungkin sbb corak taktikal yg xmenarik..

    • habis tu, masa MU/LIV/Arsenal friendly lawan malaysia tu apa menda? bukan team kuat ke tu? sembang je lebih

      • warga emas suka bola sepak

        pasukan epl tu lain, pasukan negara spt arab saudi, china ke korea selatan ke yg boleh naikkan atau turunkan rangking pasukan negara bila kita main persahabatan, kalau main persahabatan dgn pasukan epl, mmg ramai yang suka tgk,pakcik minat pasukan man utd dan liverpool, tp persahabatan dgn pasukan epl ni, boleh kita katakan sebagai pemanasan jer lah, menang atau kalah 10-0 sekalipun, rangking fifa tak kira dgn permainan persahabatan epl ni, yang pastinya fam yang banyak masyuk sbb orang kita masuk sampai penuh stadium nasional tu, harga tiket rm40 x 50 ribu penonton, dah cecah rm2 juta, berapa kalimain dgn pasukan epl dalam setahun? kaya kan fam

  9. Tepat sekali ulasan Shebby. Ong Kim Swee mesti ganti rajagopal. Dah terbukti rajagopal gagal dalam misi ke piala asia, world cup dan piala suzuki. Sila tukar.

  10. Setuju dgn apa yg dicakapkan shebby.. Kena berubah kalau nak ranking dan mutu bola sepak malaysia meningkat

  11. bila la presiden FAM tu nk mati…

  12. Rajagopal cakap kita kalah AFF kerana dia seorang jee yang bekerja …. Kalau semua kerja … Sultan bola kerja, tengku mahkota kerja, hamidin kerja, subahan kerja … Semua dlm fam tuu kerja…. Mesti boleh menang AFF dan layak Asia cup 2015 … Masalah nya semua tak nak kerja nak suruh dia seorang jee yg kerja sebab tulah kurang idea. Tak adil katanya dia kerja seorang dan team kita kalah dia pulak kena letak jawatan.

    Katanya dia tak salah kerana dia bekerja, yg salah adalah sultan bola dan kuncunya kerana malas bekerja nak bercakap dan meeting jee.

    Katanya kalau sultan bola dan kuncunya letak jawatan … Baru team bola kita boleh majuu…. Kalau macam tuu pening lah kepala siapa yg salah niii …. Gopal atau sultan bola & kuncunya?

  13. OKs pun aku rasa xsesuai jd coach hm.kita perlukan coach yg lbh mantap dan bias a dgn kejohanan2 yg lbh tggi tarafnya..

  14. Hari ini Presiden FAM kata coach Rajagobal kekal hingga 2015. Maknanya lagi 3 tahun ni, janganlah nak diharapkan apa-apa daripada pasukan HM. FAM tak sedar diri, pasukan kebangsaan adalah milik rakyat negara ini, bukan milik peribadi Presidennya. Kalau nak buat ikut syok sendiri, tubuhkan atau belilah kelab sendiri mcam Tony Fernandez buat. Kalau lingkuppun tak ada siapa kisah. Pirrrah FAM

    • bodohla ko ni..pemilihan dan keputusan melibatkan mesyuarat persatuan..bukannya PILIHANRAYA dari rakyat malaysia

      • SUKA HATI MAK BAPAK TIRI KO JE CAKAP ORANG LAIN BODOH… SELAMA NI, PERNAH ADA KE MESYUARAT PERSATUAN? BERAPA KALI? MUNGKIN ADA BEBERAPA KALI KOT ATAU SETIAP BULAN…YANG SAYA NAMPAK, SETIAP KEPUTUSAN DI`CONTROL` SEPENUHNYA OLEH PRESIDEN FAM YANG TERSANGAT PANDAI & BIJAK TU.. SAMBIL DI`CELAH` SEDIKIT OLEH KONCO-KONCO YANG DI`SUKAI`NYA..

      • warga emas suka bola sepak

        Pakcik harap anak tak payah masuk sinilah, kita semua nak boikot harimau malaya dah, anak pegi masuk laman suruhanjaya pilihanrayamalaysia jerlah, suka cakap tak elok kat sesama kawan

        • maafkan saya pakcik, sayakan budak baru belajar..tapikan, kalau kita tengokkan, setiap masalah mesti ada punca.. puncanya presiden seumur hidup FAM.. dialah yang bertanggungjawab menaikkan @ menurunkan nama Malaysia dikhalayak ramai.. maafkan saya sekali lagi ye.. :)

  15. demi masa depan bola sepak tahun depan,raja opal resign la dgn cara terhormat.Hari ni dalam utusan pun dok sindir supaya beliau bersikap terbuka,ambil pemain spt badri Radzi sb punca utama Malaysia kena balun dengan thailand ialah kerana pemain tengah tidak berfungsi,penyudah yang tumpul.Harap rajagopal tidak menangis.Gaji pun dah banyak.Bagila kat Azrai Khor@Abang Ong Kim Swee.peace yo!

  16. sepatutnya bagu Shebby & Rajagopal jadi dua striker berkembar Malaysia. STK

  17. presdin ada ke dia pduli apa pdpt kita…xguna ckp lebih2…jge arap la ckp cara baik dia nk lyn…stetmnt kt tv3 dh mbayangkn…boikot je..cara tu je bole dibuat nk bagi ksedaran..cara baik dh xbole, jenis yg mmg xterima pdpt pyokong…pi mampus la Fam,HM…

  18. Rajagopal sultan bola sama saja……sama sama anjing……dibunuh saja….(copy lagu ultras malaya nno noo lagu ultras arema psl ultras malaya pun copy arwma fakkkk)

  19. warga emas suka bola sepak

    Kita semua dah dengar titah tuanku presiden fam tu, pakcik harap kita semua akur dan taat jer lah, tak ade gunanya kita duk bagi cadangan ke pandangan lagi kat sini, ini namanya komunikasi sehala, nampak gaya suara kita sebagai peminat harimau malaya ni tak boleh pakai langsung, takde orang dengar dan pandang, sonang koje, lepas ni kita semua pakat buat bodoh jer lah, ada piala apa ke piala kambing ke yang melibatkan harimau malaya, kita semua tak yah gi tengok di stadium, duit kita semua lagi banyak dari duit fam, insya allah akan jadi kenyataan nanti, harimau malaya main di stadium nasional, takde seorang punpeminat yang pegi menonton dan menyokong di sana, ini lah satu2 jalan yang terbaik, mudah, murah dan tak merugikan duit kita semua, fam jer akan rugi, sebab takde orang pegi ke stadium kan, kepada yab perdana menteri tolong transformasilah bola sepak negara kita ini, kepada menteri beliadan sukan pula jadikan harimau malaya sebagai kpi anda dan prestasi dan mutu bola sepak negara pula sebagai prestasi anda juga, bola merosot anda kena jawablah, sekian

  20. SAYA SETUJU…KITA RAMAI-RAMAI BOIKOT PASUKAN MALAYSIA…TAK PAYAH GI STADIUM BILA ADA PERLAWANAN MALAYSIA..
    BIAR JADI 1 SEJARAH, SETIAP KALI MAIN STADIUM KOSONG JE….NANTI KITA SESAMA TENGOK APA JADI STERUSNYA.. DUIT PUN TAK RUGI..

  21. bukan ke tahun 2000-2009 dulu memang orang dah boikot pegi stadium..tiap kali perlawanan,stadium kosongg jer.. lepas menang 2009 barulaaa stadium tue happpening sikit…

  22. bekas penyokong harimau malaya

    tunggulah fam, selagi takde perubahan dalam fam dan harimau malaya, stadium akan kosong, kosong tanpa peminat dan penyokong, ke mana peminat dan penyokong tu, kami duk di rumah jer, bola sepak hak semua rakyat malaysia, bila fam dah tak masuk duit kutipan tiket di stadium, baru dia tahu kuasa kami sebagai peminat dan penyokong ni, kepada fam dan raja gopal sila dengar lagu baru saleem yang bertajuk “bila orang dah benci”, hayati lagu tersebut, mmg kami dah benci pun! !,

  23. apakata kita bagi je kelantan wakili malaysia? pada tahun 1980 an kelantan telah wakili malaysia ke Piala Raja Thai…dan terus kalah.

  24. hahaha …. lepas ini kalah dlm misi piala asia nanti blh lah RG merancang utk misi piala dunia pula …. tak apa kan FAM blh jd penyelamat (utk RG dan juga ego sendiri

  25. Baik sokong team hoki malaysia..ade gak harapan nk jd asian champion

  26. Minta Presiden & Timbalan Presiden FAM letak jawatan!!
    Mari kita undi bakal presiden yg bukan kaki bangku.

  27. mintak je Dollah Salleh bimbing skuad harimau malaya .. testt tgk .. hahahahahaha

  28. Oh no no no!!!! Si polan yg agak choi mgatakn alah x prlu la RG tu berundur biar jer…wtf?! Komen yg paling CHOI rsanya la brbunyi begini…team MU/LV tu bukan pasukan kuat ker? Kedua dua team tu extra kuat dr team HM..klau dturutkn hati…boleh jer dorh sumbatkn 10 goal..tp dsebbkn diorg x nak malukn FAM, diorg skdr menang kecil jer…..x slh klau nak kekalkn RG tu, tp brsedia jer lah utk menengok ranking kita jatuh macam nangka busuk..itu jer ciao!!!

  29. gua nk kim swee sila try taktik tika taka utk team malaysia..xkira la jurulatih kim swee still di harimau muda a atau dinaikkan pngkat g harimau malaya…why xtry tika taka malaysia…kita sda sedia mklum..pemain malaysia ini bkn suma tinggi2 blaka..xplu la kerap lambung bola…try la taktik tika taka cm barcelona tu main…msti mnarik..yg pnting pmain kna kreatif…pa pun hidup malaysia!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>