TMJ kritik mutu pengadilan Liga Malaysia

Johor Darul Takzim FC vs Lions XII - Liga Super 2013
Johor Darul Takzim FC vs Lions XII | Liga Super 2013

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik mutu pengadilan bola sepak Liga Malaysia yang mengecewakan.

Tunku Ismail menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengambil tindakan terhadap pengadil selepas tujuh perlawanan Liga Super berlalu.

“Keputusan saya untuk menyuarakan permasalahan ini bukanlah berdasarkan perlawanan pada malam ini (kelmarin), tetapi ia berlaku sejak awal musim lagi. Cuma saya tidak boleh lagi bersabar kerana ia berlaku sekali lagi pada malam ini (kelmarin).

“Malah, saya tegaskan, ia bukan sahaja membabitkan pasukan Johor dan Johor Darul Takzim, bahkan turut melibatkan semua kelab dan pasukan negeri yang berada dalam industri bola sepak tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Thistle di sini, malam tadi.

Tunku Mahkota Johor itu turut memberitahu bahawa mutu pengadilan yang rendah ini menjejaskan perlawanan dalam liga. PBNJ juga bersedia untuk mengemukakan bukti rakaman visual dan surat rasmi kepada FAM bagi membincangkan isu berkenaan

“Saya akui, kedua-dua pasukan Harimau Selatan pernah menjadi mangsa disebabkan mutu pengadilan yang teruk ini, akan tetapi melalui pemerhatian saya, pasukan lain turut mengalaminya,” ujarnya.

Tunku Ismail menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah namun telah mempersoalkan kewibawaan pegawai-pegawai FAM dalam meningkatkan prestasi pengadilan di Malaysia.

“Adakah pengadil di negara ini tidak berkelayakan? Pasukan Johor Darul Takzim sendiri ada beberapa peluang mendapatkan penalti dalam perlawanan terdahulu, namun dinafikan,” katanya.

“Kalah atau menang itu belakang kira. Asalkan mutu permainan dan pengadilan yang ditampilkan di tahap terbaik, saya berpuas hati.

“Jika kenyataan saya ini salah, hukumlah, saya tidak kisah. Apa yang penting, saya mahu lihat individu bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya bagi menjawab kesemua persoalan saya,” tegasnya.

Beliau juga bersedia untuk menghadiri sebarang mesyuarat bersama FAM bagi membincangkan perkembangan bola sepak negara seterusnya memberi kerjasama bagi membantu menyelesaikan kelemahan yang ada.

- foxsports.my

Related Posts

20 Responses to TMJ kritik mutu pengadilan Liga Malaysia

  1. Nanti TMJ akan kena tatatertib artikel 88888888…hahahaha…ada bran ker FAM.
    http://www.bankami.blogspot.com

  2. Hukuman terpilih jerr diamalkan FAM. Jangan haraplah TMJ nak dihukum di bawah Artikel 88 Peraturan FAM. Judin mesti cakap kritikan TMJ tu sbg nasihat kpd FAM.

  3. Sblm ni Tengku Mahkota Pahang dah kritik pasukan kebangsaan. Tak kena pun tindakan. Tu yg TMJ berani jg kritik FAM. Apapun terima kasih la sbb tolong kritik FAM yg bongkak sombong tu

    • Asalkan keturunan raja ….. FAM kata tak apa … Kerana raja bertitah …. Orang ramai bercakap …. Bertitah selamanya adalah nasihat …. Dan bercakap selamanya adalah berniat jahat … Sebab tulah keturunan raja akan selamat selamanya …. Itulah undang undang.

  4. TMJ bukannya ajk dalam FAM.. apsal nak kena denda plak? lainle yg pegang jawatan dalam FAM pahtu kritik pasukan kebangsaan..memang patut kena denda,takpun lucut jawatan..sebabnya mereka bole suarakan isu berbangkit dalam mesyuarat fam bukannya sebar kat media.

    • Habis tu sathia n wan jamak yang kena gantung 6 bulan dlu tu AJK dalam FAM ke bro?dua manusia ni pn pertikai pasai pengadilan jgk….

      • Ehhh aku bangang rupanya
        Dah lama ke aku bangang ni?

      • Sathia & Wan jamak tu jurulatih bola masa tu.. ko tengok le alex ferguson dah berapa kali kena denda ,kena gantung game pasal kritik pengadil.

        pada pendapat aku ,apa yg TMJ utarakan adalah ‘Aduan’..lengkap dgn bukti video.

    • Kuliah utk SEP :-

      TMJ = Presiden PBNJ
      PBNJ = Ahli Gabungan FAM
      Ahli Gabungan FAM = tertakluk kpd peraturan FAM.

      Sep mkn semut banyak sgt sbb tu otak dia benak.

    • Apa beza shahidan dan tmj …. Dua dua presiden bola negeri …. Bahlol Sep niii …. Tak ikut perkembangan bola nak bercakap ….. Kalau otak kosong jgn cakap … Nanti nampak sangat buta ilmu …. Memalukan … Bahlol bin tolol

  5. dia bagi NASIHAT jer BIDEO pun tak ada macam mano nak jatuh hukum . FAM TELUR KECUT tak sabar aku nak dengar jawapan JIDIN

  6. Jidin lembu x kan berani brtindak….kita tunggu n lihat.

  7. Kenapa Barca Kalah

    Artikel 88 bukan merangkumi exco FAM saja..Presiden FA setiap negeri juga tertakluk kepada artikel 88.kalau tak nak kena jadilah penasihat FA sahaja macam MB tganu..boleh cakap macam2 tapi tak akan kena punya…bijak sungguh MB Tganu..

    • Kenapa AC Milan Menang

      Kesungguhan TMJ memang ada asasnya, mahukan mutu bolasepak bertambah baik, mutu pengadilan yang baik, menaikkan semula bolasepak johor walau secara instant demi menarik penonton datang semula ke stadium..itu bagus..TAPI semua itu tak akan bagus jika sekatan spt artikel 88 oleh FAM masih berterusan begini..Back to the square one…mesti reformasikan dulu FAM..lepas tu baru boleh cakap..bukan setakat TMJ sahaja, malah sesiapa sahaja boleh bagi pandangan dan pendapat demi kemajuan bolasepak Malaysia tanpa ada sekatan..apa nak takut..hanya orang yang ada AGENDA tertentu sahaja yang takut..

  8. kena gantung jgk ni, tp 6 bln je sbb bkn ajk dlm FAM..Sama mcm Sathia dgn Wan Jamak..

  9. pergi manpus lah dgn FAM,…

  10. Istana menanti pasti

    Dalam hot fm
    TMJ cakap Pengadil Kat Malaysia tak professional
    Habis dia professional ? Beli pemain tak Ikut cara
    Buat rundingan dgn pemain tak Ikut syarat
    FAM professional ?
    Dulu Brahim saad cakap target 2010 Malaysia nak ke World Cup dah lepas pun
    Jgn harap la sampai bila bila dapat
    Tumpukan Pada piala emas raja raja dah

  11. Pingback: FAM teliti kenyataan TMJ kritik pengadil | Sokernet

  12. Ak sokong sape-sape yang komplem pasai mutu pengadilan dlm Liga Malaysia nie.. FAM nie buta mata… pengadil mcm ikut suka dia je nak bagi kad oren ke, hijau ker.. tgk pemain yang sepatutnya kena kad tak kena, yang tak tau apa2 tetiba je kena kad, ada ke patut.. isk..iskk tak patut..
    baikila mutu pengadilan dulu baru Malaysia akan maju kalahkan jepun & korea… TMJ kalo kena denda pn terima jela.. mutu bolasepak kita mmg mcm nie…

  13. ini baru betul2 LANUN KAKAKAKAKAKA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>