Taufik enggan komen desakan siasat Azzuddin

Posted by on Mar 21, 2012 | 8 Comments

Datuk Azzuddin Ahmad Setiausaha Agong FAM
Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agong FAM

“MAAF saya masih belum melihat kenyataan yang dibuat oleh beliau, saya perlu menyelidik terlebih dulu mengenai perkara ini.”

Itu reaksi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak berhubung desakan untuk mengemukakan kertas siasatan ke atas Setiausaha Agung badan induk bola sepak negara, Datuk Azzuddin Ahmad selepas kenyataannya kepada media baru-baru ini berhubung kegagalan skuad Olimpik negara.

Azzuddin dilaporkan kecewa dengan kegagalan skuad Olimpik negara.

“Saya tidak tahu sejauh mana komen, kenyataan atau sebagainya yang diberikan olehnya dan tidak boleh memberikan komen lanjut,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Tambah Taufik, situasi berbeza dalam kes yang membabitkan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa kerana beliau menyaksikan sendiri kenyataan itu di televisyen.

“Saya menontonnya di televisyen (kes Annuar) namun bagi kenyataan yang dikeluarkan Azzuddin, hingga kini saya belum melihatnya,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia, Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad yang kecewa kerana terus dipinggirkan oleh badan induk bola sepak negara itu, Taufik turut mendakwa tidak mengetahuinya.

“Mungkin berita mengenainya kurang mendapat perhatian dalam media, namun saya juga akan menelitinya,” katanya.

Polemik mengenai kenyataan media tercetus selepas Annuar yang juga Timbalan Pengerusi Pengurusan Pasukan Kebangsaan diberikan surat tunjuk sebab dengan tiga pertuduhan selepas mengeluarkan pandangan mengenai prestasi skuad negara.

Salah satu tuduhan terbabit melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar. — Metro




Related posts

coded by nessus

8 comments

  1. johny depp says:

    Si taufik ni buat keje ke tak nih…semua saya tak tahu…saya tak tengok lagi…bukan susak nak dapatkan bukti video…asal kutuk sket kena panggil apa cer nih…

  2. jan says:

    sudah masanya undang2 FAM tu dibubarkan dan ahli2nya pula jgn pandai meanjurkan pertandingan dan bermesyuarat sahaja. Kekalkan dan cari pemikir2 tulin untuk kemajuan bolasepak Malaysia. Cantas sahaja dahan2 yang tak berguna dalam badan induk tu, biar nanti kembang merimbun dengan idea2 baru. Tgk carta organisasi FAM balik dan start to cantas!

  3. Tok Janggut says:

    Apa yang FAM dapat dengan menghukum orang2 yg mengkritiknya?

  4. Bukan Man Laksa says:

    Selagi sultan bola jadi presiden selagi tu lah bola malaysia brterusan bangang.. Ada paham?

  5. Pemerhati says:

    Aku rasa Taufik ni tak berani cakap sebab yg atas tak benarkan dia bercakap. So ada satu cara untuk kita nak gulingkan FAM. KIta boikot perlawanan melibatkan Malaysia..tengok yg negeri aja.

  6. Pemerhati says:

    azzuddin dha tua mental dia tetap zaman lama lagi…berila peluang muka baru yg ada idea baru

  7. Daen Rahimi says:

    Adalah tidak adil jika Timbalan Presiden kena tindakan sedangkan Setiausaha Agong FAM terlepas, sekarang ni FAM dah tak berapa pro, Pegawai sendiri tak boleh bercakap atau tak boleh komen……….biarkan apa nak jadi…

  8. .....justice for all says:

    hmmm.. ni statement biasa org suka putar belit.. baik org politik atau org atasan mcm ni.. ‘sy xdpt lg berita, blum dimaklumkan apa2 oleh j/kuasa atau sy belum terima laporan’… huhuhuu.. kenyataan Tunku Ellie Badariah dipinggir oleh badan induk bola tu pun boleh mengundang padah.. huhuhuu… kenyataan Datuk Hamidin pasal tajuk ‘ Khairul Fahmi patut jaga gawang - Hamidin’ pun boleh disiasat sbb mengkritik taktik Datuk Rajagobal.. ada org desak SU Agong ambik tindakan pada Datuk Hamidin x????

Leave a comment