Atur Perlawanan: FAM berang laporan akhbar Singapura


Sabah vs Lions XII di Stadium Likas Kota Kinabalu

Akhbar Straits Times Singapura kaitkan pegawai FAM terlibat skandal atur perlawanan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam ‘panas’ dengan laporan akhbar Straits Times Singapura yang mengaitkan pembabitan segelintir pegawai badan induk bola sepak tanah air itu dengan gejala mengatur perlawanan.

Laporan berita dari negara jiran itu memetik kenyataan terbaru Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton sebagai berkata, skandal itu bukan hanya membabitkan pemain dan jurulatih, malah pegawai FAM sendiri.

Bagaimanapun FAM dalam kenyataan media yang dihantar semalam menuntut penjelasan lanjut daripada Eaton mengenai kenyataannya itu.

“FAM kesal dengan laporan yang disiarkan akhbar Straits Times Singapura yang membayangkan pegawai persatuan ini terbabit dalam gejala mengatur perlawanan.

“Laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton. Sehubungan itu, FAM sudah menghantar surat kepada Chris Eaton meminta beliau menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan itu dan mengemukakan bukti jika mengesyaki pembabitan pegawai FAM dengan gejala ini.”

Laporan akhbar itu secara tidak langsung mengundang persepsi buruk terhadap FAM yang kini bertungkus lumus mencari jalan memerangi gejala rasuah bola sepak yang menular berikutan beberapa kes baru-baru ini membabitkan pasukan Liga Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Azzuddin yang diminta mengulas perkara itu berkata: “Eaton tidak sepatutnya membuat dakwaan sedemikian kerana apabila beliau menyebut pegawai FAM, ia merangkumi semua peringkat. Sekarang kami menunggu jawapan balas Eaton.”

Menerusi laporan online Straits Times yang bertajuk ‘At least 2 LionsXII matches under graft probe’ (Sekurang-kurangnya dua perlawanan Lions XII disiasat) menyatakan pemain dan pegawai pasukan itu tidak disyaki terbabit namun difahamkan kemenangan LionsXII ke atas Sabah (21 Januari) dan Negeri Sembilan minggu lalu dipantau FAM dan FIFA.

Namun Azzuddin menafikan pasukan tunggal dari Singapura beraksi dalam Liga-M musim ini adalah antara tiga pasukan yang kini disiasat FAM dan pihak berkuasa.

“Lions XII bukan antara tiga pasukan yang disiasat dan pegawai FIFA yang menghadiri mesyuarat khas FAM sebelum ini juga tidak pernah menyebut kes membabitkan pasukan itu,” katanya.

Gejala rasuah kembali menghimpit arena bola sepak tanah air apabila 11 pemain dan seorang bekas jurulatih pasukan Piala Presiden digantung oleh FAM, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM, Tan Sri Aseh Che Mat pula baru-baru ini mendedahkan tiga pasukan ‘senior’ Liga-M disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan gejala mengatur perlawanan. — HM

At least 2 LionsXII matches under graft probe
By Sanjay Nair & Lee Min Kok

At least two LionsXII matches in the Malaysian Super League (MSL) are under investigation for match-fixing, amid growing allegations of football bribery taking place across the Causeway.

What is worse, Football Association of Malaysia (FAM) officials are also believed to be involved.

While the Singapore outfit’s players and officials are not under suspicion, The Straits Times understands that the Jan 21 away win over Sabah and last Saturday’s home victory over Negeri Sembilan have been red-flagged by the Malaysian football authorities and world governing body Fifa.

These two matches are believed to be part of six MSL ties this season which investigators have highlighted as ‘confirmed fixes’. — Straits Times

Related Posts

10 Responses to Atur Perlawanan: FAM berang laporan akhbar Singapura

  1. FUCK Singapore….datang2 Liga orang, bwak skali sumer Bookie2 judi dier…. FUCKK….

  2. saya sokong kelab singpure dan akbar singapure mudah-mudah x ada lg asuah di negara ni…semoga fifa teruskan usaha

  3. dh la main ngara org…fitnah pula tu…klau ko rasa ko best sgt x yah hntar pskan ko ke ngara org…dh maen x pandai..x pyhla nk fitnah org…

    • Ko ni bodoh ke bangang ke tak reti baca ke makbapak ko x hantar ko gi skola? Komen ko ni buat malu msia je.. bodoh nye monyet.

  4. yang fitnah tu bukan Singapore tapi pegawai FIFA yg namenye Chris Eaton. surat khabar diorang report je. kalau takde pegawai FAM yg terlibat baguslah.

  5. A’a, nape nak salahkan media Singapore pula. Salahkan pegawai FIFA la. Yg aku heran nape media kita xnak lapor pula berita gini. Kalu berita politik fitnah, cepat je lapor. Takut kena gam ke??

  6. lain kali x yah la mengada-gada jemput team luar main dalam liga m. Liga-M tetap meriah tanpa ada team import. Singapore dah de s-league. Main je la dalam liga korang. Korang(singapore)bawa banyak masalah ler datang sini.

  7. dengan tertangkap pengadil dari malaysia dan seorg ahli perniagaan …maka betui la apa yg dilaporkan oleh chris eaton (fifa)… jawab FAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>