Rajagobal rancang aksi persahabatan menentang gergasi Asia

AKSI persahabatan menentang pasukan gergasi Asia yang melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2014 menjadi harapan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal dalam usaha memantapkan persembahan skuad negara.

“Kami perlu mengambil kesempatan dengan berlangsungnya perlawanan pusingan akhir itu. Ada 10 negara mara ke peringkat itu, mungkin terdapat negara yang mahu ‘memanaskan badan’ sebelum menentang Jepun, Iran atau sebagainya. Ini kesempatan untuk kami,” katanya pada hari pertama sesi latihan skuad negara petang kelmarin.

Antara negara yang berada pada peringkat itu adalah Uzbekistan, Korea Selatan, Qatar, Lubnan, Iran, Oman, Jordan serta Australia yang pernah menewaskan skuad negara dengan keputusan 5-0 dalam aksi persahabatan tahun lalu.

“Ketika lawan Australia, saya tidak menurunkan kesebelasan utama. Bukan saya mahu memberikan alasan, perkara ini akan terjadi kepada mana-mana pasukan.

“Kami kena teruskan, lupakan yang sudah berlalu. Saya rasa adalah bermanfaat apabila menentang pasukan terbaik di dunia,” katanya yang turut mengintai aksi menentang kelab Jepun dan Korea pada pertengahan tahun ini.

Ditanya mengenai faedah yang diperolehnya apabila menentang pasukan tempatan termasuk Sarawak, Sabtu ini, Rajagobal berkata salah satu tujuannya adalah untuk melihat pemain selepas mengalami situasi yang sukar dibelenggu kecederaan pemain ketika aksi Sukan Sea 2009, Sukan Asia 2010 dan Piala AFF 2010.

“Kalau boleh saya mahukan empat pemain dalam setiap posisi. Sekarang dengan cara ini, saya sudah mengenali mana kekuatan setiap pemain, mentaliti, karakter dan kekurangan.

Setakat ini kami sudah mencuba 65 pemain. Malah tiada faedahnya jika sekadar menjalani latihan tanpa aksi perlawanan, ia tidak akan memberikan motivasi kepada pemain,” katanya.

Skuad negara menggalas misi penting penghujung tahun ini bagi mempertahankan kejuaraan Piala AFF yang dimenangi dua tahun lalu namun keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini mencetuskan kegelisahan di kalangan peminat tempatan.

“Anda kena faham, apabila tiba masanya mereka akan berada di puncak prestasi,” katanya.

Seramai 20 pemain melaporkan diri kecuali empat tonggak Selangor yang menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Manakala mengenai aksi persahabatan Negeri Sembilan menentang kelab Indonesia, Persebaya pada Ahad, Rajagobal berkata lima pemain utama pasukan iaitu Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah, S Kunanlan dan G Mahathevan akan diterbangkan ke Kuching kerana sehingga petang semalam masih belum menerima sebarang maklumat mengenainya. — Metro

Related Posts

10 Responses to Rajagobal rancang aksi persahabatan menentang gergasi Asia

  1. .....justice for all

    hmmm.. hasrat Datuk Rajagobal tu mmg bagus tp ada ke team2 tu nk friendly ngn Malaysia ni? ls satu, ada rasional Datuk cakap ‘mungkin terdapat negara yang mahu memanaskan badan sebelum menentang Jepun, Iran atau sebagainya’.. setahu sy, team yg nk memanaskan badan ni akan cari team yg hampir sama corak game ngn team lawannya.. atau gelanggang lawan sama cuaca.. kita pun tau, aritu Arab Saudi pun senyap je jemputan kita nk friendly.. agaknya lepas kena 0-5 ngn Australia aritu, bnyk team da xnk lawan Malaysia skang ni.. hanya Philipina je yg sudi, tu pun sbb dia nk main AFC Challenge Cup aritu.. (Philipina dpt no 3 blkg Korea Utara & Turkmenistan)Datuk kena cari team Myanmar ke, Nepal ke dulu test power.. da lepas team2 mcmni baru bole fikir nk friendly ngn Korea ke, Iran atau Uzbek.. ke guano???

  2. boleh ke? ade ke team nk main malaysia ni

  3. bodoh rajagopal.. pasal ni rangking malaysia tak naik naik.. suma nak lawan yang kuat jer.. tgk vietnam..kira power pun

  4. Team mana nak main dgn Malaysia kalau kita tak “respect” team lawan kita… (Ketika lawan Australia, saya tak turunkan kesebelasan utama…”) Adakah kita berniat untuk perlekehkan Australia atau kita tak cukup ‘sharp’ pilih our best player atau saja alasan (opps… Datuk dah kata bukan mahu beri alasan). Setuju dgn pandangan ‘justice for all’

  5. Australia pun bukan turrunkan kesebelasan utama pada perlawanan tersebut,mungkin itu alasan jurulatih Australia sebab menang 5-0 je.Dah cuba 65 pemain ? apa kriteria sebenarnya yang rajagopal nak, friendly pula dengan level, corak dan cuaca yang sama tak meningkatkan mutu bolasepak malaysia pada amnya. Sudah tiba masanya FAM memikirkan kearah kecemerlangan bolasepak negara.Cuba contohi jepun dan korea selatan jangan asyik nak mengekor je dan tahu perkembangan orang saja tanpa adanya pemikir2 tulin dalam badan induk FAM untuk kemajuan bolasepak negara.

  6. gamaknya kalau ada yang nak lawan pun lepas game
    piala aff suzuki ni.tu pun kalo skuad maharajagopal kekal juara.

  7. Sapa nak main dgn Skuad Rajagopal .. kalu cam ni,
    Setahu saya Rajagopal kata misinya nak bawa Malaysia layak secara merit ke Piala AFC 2015, bila kalah dgn Singapura 5-3 secara agregat di Pra Piala Dunia Pusingan Ke-2. Namun sy terkejut bayang skuad Harimau Malaya langsung tak de dalam Piala Cabaran AFC 2012. Sudahnya skuad Korea Utara dpt tiket automatik ke Piala AFC 2015.
    Apa yg ada dlm kepala dia tah! Yang sy tahu kontraknya hingga hujung tahun ni 2012 jer. Pusingan kelayakan Piala AFC hanya berlangsung pd 2013, masa tu adakah Rajagopal masih jd ketua jurulatih kah?… sungguh tak faham!!!

    • FAM yg x sudi nak main dalam AFC Challenge Cup tu walhal AFC jemput main. Nih kalau x silap aku,happened in the last 2 years. So bukan fault Dato RG.

  8. Raja Gopal kata awak mung kata apa pun aku tak kisah janji bulan-bulan mahsuk…jgn tak mashuk

  9. besar betul hati raja ni nk main ngn team besar2.. poodaahhhh…. pastu result hampehhh, pastu bg reason kita tgh cuba keserasian pemain & bagi pendedahan utk perlawanan kompetitif.. auta jer lebeh ni.. sbb coach dibayar gaji, tu da kira buat keja la tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>