Tamatkan kontrak pemain import tidak berkualiti

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa semua persatuan bola sepak negeri (FA) dan kelab memecat mana-mana pemain import yang tidak berkualiti.

Baginda berkata, tindakan itu bagi mengelak kerugian masa dan wang, malah ia wajar kerana kehadiran­ pemain import bertujuan untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara.

“Daripada kita rugi masa dan duit hasil pelaburan pemain import yang tidak berkualiti, lebih baik tolong pemain kita beraksi dalam saingan Liga Malaysia sekali gus meningkatkan kualiti permainan.

“Jangan sampai setahun baru kita nak menukar pemain import sehingga memberi kesan terhadap pasukan­,” katanya semalam.

Menurutnya, FAM mahu pemain import yang beraksi di negara ini berkualiti dan berdisiplin tinggi dalam memajukan sukan bola sepak.

“Kita jangan terus mengharap. Jika mereka tidak boleh berubah dan mengikut corak permainan, sebaiknya kontrak mereka ditamatkan.

“Dalam hal ini, saya harap pengurusan FA dan kelab meletakkan syarat tertentu seperti memberi tempoh dan jika gagal, kontrak ditamatkan,” katanya. — Sinar Harian

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>