FAM disaran bincang secara baik dengan PBSNT

FA MalaysiaKemeriahan Liga M, Piala Malaysia akan pudar tanpa penyertaan Terengganu

PERSATUAN Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu berbincang semula bagi menyelesaikan isu melibatkan pemain import yang melibatkan kedua-dua pihak, kata bekas pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak imej baik FAM dan sukan bola sepak negara daripada tercemar.

“Saranan saya adalah supaya kedua-dua pihak duduk semeja dan berbincang seperti adik-beradik dan cari penyelesaian terbaik mengenai perkara ini. Orang luar akan menuding jari kepada FAM sedangkan perkara ini adalah di peringkat jawatankuasa kecil dan saya rasa penyelesaian menang-menang masih boleh dicari,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam yang memberi kata dua kepada FAM dan mahukan badan itu bertindak menyelesaiakan masalah berkenaan dengan segera atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Ahmad dilaporkan mahu FAM membenarkan Terengganu menggunakan dua pemain import yang telah didaftarkan sebelum ini serta membayar ganti rugi kerana kerajaan negeri telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan dua pemain import berkenaan.

Selain itu, PBSNT juga mahu dua pasukan dari negeri itu untuk menarik diri dari Liga M dan Piala Malaysia sekiranya tiada jalan penyelesaian.

Isu itu timbul ekoran pekeliling FAM bertarikh 23 Dis 2011 berhubung pendaftaran pemain import yang dihantar oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad sebelum kontrak bersama pemain import ditandatangani untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2012.

Terengganu dikejutkan dengan keputusan FAM yang tidak membenarkan dua pemain import itu beraksi dalam Liga Super yang telah bermula dua hari lepas dengan alasan PBSNT gagal mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan.

Raja Ahmad Zainuddin, yang terlibat menyuarakan keperluan membawa semula pemain import ke kancah Liga Super musim ini, berkata beliau merasa terkilan dengan isu itu.

“Liga M dan Piala Malaysia akan pudar sekiranya kedua-dua pasukan Terengganu ini meninggalkan pertandingan,” katanya. — Bernama

Related Posts

One Response to FAM disaran bincang secara baik dengan PBSNT

  1. dh nk trik diri biarkn…xkn kna gertak ckit FAM dh goyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>