QPR bangkit tewaskan Liverpool 3-2


QPR 3-2 Liverpool

QPR sumbat 3 gol dalam tempoh 13 minit terakhir

Queen’s Park Rangers mengulangi sejarah 20 tahun apabila berjaya menewaskan Liverpool 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Loftus Road, awal pagi tadi.

Liverpool terlebih dahulu menyumbat dua gol menerusi jaringan Sebastian Coates pada minit ke-54 dan Dirk Kuyt (72).
Namun semangat kental pamain tuan rumah harus dipuji yang terus mengasak pintu gol Liverpool.

Hasilnya QPR berjaya menyumbat tiga gol dalam masa 13 minit menerusi Shaun Derry (77), Djibril Cisse (86) dan Jamie Mackie (90+1).

Dengan keputusan itu Liverpool tercicir di tangga ketujuh liga manakala QPR terkeluar daripada kelompok tiga kelab tercorot.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>