Terengganu tewas 0-2 kepada Kitchee FC
Terengganu vs Kitchee FC [0-2] AFC Cup | Piala AFC 2012
SKUAD Terengganu dirundung duka apabila tewas 0-2 di hadapan penyokong sendiri kepada pasukan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC pada perlawanan kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang tadi.
Ini menyaksikan perang psikologi Hong Kong terhadap cuaca panas gagal dimanfaatkan Terengganu untuk mengutip tiga mata penuh seterusnya hampa muncul sebagai pendahulu saingan kumpulan F.
Beraksi di hadapan 10,000 penyokong nyata tidak menggoyahkan rentak Kitchee FC apabila terlebih dahulu mengejutkan skuad Penyu selang seminit sebelum babak pertama tamat (min-44) yang berpunca daripada hantaran lintang Lam Ka Wai kepada penyerang berbangsa Sepanyol, Jorge Tarres Paramo.
Akibat daripada kelekaan barisan pertahanan, Paramo bijak mencari peluang mudah meledak gol pembukaan menewaskan penjaga gol Mohd Shamirza Yusoff.
Tersentak dengan jaringan tersebut, anak didik Mat Zan Mat Aris bangkit mengatur serangan yang menyaksikan Terengganu banyak mengawal permainan selang babak kedua berlangsung.
Skuad Peteh Ganu Peteh hampir memperoleh peluang terbaik menyamakan kedudukan menerusi lorongan bola oleh penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-55 namun ia gagal digunakan sepenuhnya oleh pemain tengah, Abdul Shukur Jusoh apabila sepak derasnya tersasar.
Terdesak mencari gol penyamaan, Mat Zan memasukkan Joseph Kallang Tie pada minit ke-58 yang diharapkan mampu merubah corak permainan namun gagal menghasilkan sentuhan menarik.
Keghairahan barisan Terengganu mengintai gol pertama akhirnya membawa padah apabila kapten pasukan lawan, Chu Siu Kei dengan mudah membolosi benteng pertahanan Terengganu untuk menambah gol kedua pada minit ke-74 yang berpunca dari lorongan bola Lo Chi Kwan yang tidak dikawal dalam kotak penalti.
Terengganu terus tertekan dan cuba bangkit namun pasukan lawan kendalian Josep Gombau dilihat bermain secara defensif sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil dari Taiwan, Yu Meng Hsun. — Bernama
March 20, 2012 - 11:21 pm
Takpe.. Kalah menang adat prmainan.. Mcm bisnes gak.. Ada untung ada rugi.. Come on terengganu bangkit!!! Harumkan nama negara
March 20, 2012 - 11:27 pm
Padan muka
March 20, 2012 - 11:33 pm
Jangan camtu man.. Cuba bagi semangat sket.. Tganu kan wakil negara kita..
March 21, 2012 - 12:12 am
Jgn layan dajal sekor nie..Aku rs dia nie mat indon,xpn mat bangla atau mat nepal..
March 21, 2012 - 10:10 am
aku pun satu pandangan , man laksa ni bukan rakyat malaysia . Tak ada rasa kesayangan langsung kepada negeri dan bangsa Malaysia
March 21, 2012 - 12:26 am
kenapa la ada org mcm ni dlm malaysia.. malang betul la ada org busuk hati mcm man laksa ni.. ko apa masalah sebenarnya ni man? manusia jenis apa ko ni? apa yg tertulis adalah dari jiwa yg karat, hati yg busuk dan minda yg cetek..
March 21, 2012 - 1:11 am
ape jenis menatang ko ni… ape ko ni jenis spesies syaitan laknatullah ke?suka buat org marah?
March 21, 2012 - 12:58 am
Man Laksa telah disahkan mengalami sejenis penyakit berkaitan mental. Pemikirannya sedikit mereng dan orang sebegini memang merasa “lega” jika dapat menimbulkan kemarahan orang lain. Si pesakit ini akan semakin galak sekiranya ada orang yg melayannya atau bertindakbalas terhadapnya. Kebencian orang lain adalah kebanggaan si pesakit ini. Melihat komen pesakit yg mengguna nama Man Laksa ini, ternyata keGILAANnya semakin parah. Lebih memburukkan keadaan si pesakit tidak cuba mendapatkan rawatan susulan kerana merasa dia masih dlm keadaan normal wp sebenarnya semakin parah.
March 21, 2012 - 6:32 am
wakakakaahhhh betul2
March 21, 2012 - 8:07 am
hahahahahahaha… smpi kuar air mata duk gelak aku baca komen “pakar jiwa”. pndi betul dia susun ayat. anak saper pndi sngt ni.
March 21, 2012 - 8:50 am
Bagus ramai penonton walau main petang. Saya pun pergi.Banyak peningkatan Terengganu. Walau kuasai permainan, tapi Terengganu gagal manfaatkan peluang awal. Akibatnya dihukum oleh 2 serangan balas di setiap separuh masa. Cuma kena lebih kreatif & pelbagaikan rentak, gunakan hantaran2 lintang dari tepi. Banyak kali Doe terpaksa ke tepi kerana kurang bola yg baik drpd pemain tengah. Apa2 pun takdok beza sangat mutu permainan. Cuma hari ning bukan hari Teganung kite. Kealpaan pertahanan menjaddi punca 2 gol Kitchee
March 21, 2012 - 9:00 am
Huuhuu
March 21, 2012 - 9:54 am
sabar kawan2 saya seorang dr pakar sakit otak saya sedang nk pulih man laksa supaya sembuh sepenuhnya dia ada sikit sakit otak sbb tu dai jd mcm tu buat orang gaduh sana sini sbb keturunan dia pun x betul dalam otak dia ada sikit benda dalam otak dia yang x kena ada wayar yang sop kalau x boleh juga kita ramai2 hantar dia g tanjubg rambutan ok.
March 21, 2012 - 10:24 am
Fitnah
March 21, 2012 - 10:43 am
wakakakakakakaka….
budak man laksa ni pesakit mental upe nye….
wakakakakakakak……..