Lions XII, Selangor kongsi mata

Posted by on Mar 20, 2012 | 3 Comments

PASUKAN Lions XII dari Singapura terpaksa berpuas hati mengutip satu mata selepas diikat 1-1 oleh Selangor pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Keputusan itu membolehkan skuad V. Sundramoorthy yang sebelum ini menduduki tangga ketiga liga untuk merampas sementara tangga kedua daripada Terengganu dengan mengumpul 21 mata selepas 11 perlawanan.

Selangor turut naik satu anak tangga ke kedudukan kelima liga secara sementara selepas berkongsi 16 mata dengan Perak tetapi dibezakan oleh jumlah jaringan.

Pada perlawanan tersebut, Lions XII terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Sufian Anuar pada minit ke-62 selepas menerima hantaran silang daripada Safirul Sulaiman untuk menewaskan G. Jeevananthan di gawang Selangor.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad gergasi Merah kembali menyusun strategi permainan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma oleh penyerang import dari Croatia Bosko Balaban.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir permainan oleh pengadil Shokri Nor. — Bernama

Video Lions XII 1-1 Selangor | Gol Sufian Anuar dan Bosko Balaban


Video Lions XII vs Selangor [1-1] Liga Super 20.03.2012




Related posts

coded by nessus

3 comments

  1. khir poyo says:

    tahniah slagor walaupun 1mata… bukan senang nk main kat jln besar tu walaupun irfan kata xder masalah sgt main rumput tiruan tu..

  2. Budu Tere says:

    Admin sokernet, please update kdudukan terkini & senarai penjaring… EPL pown same.

  3. gomo says:

    walaupun selangor kalah seri 2-0 apa2 pun terangganu all the best sbb wakil malaysia sama dgn kelate 2sbb dua time yg terbaikkkkkkkk woi kat malaysia kita sokong la apa2 pasukan pun jgn nk kutub sana sini.petang ni kita tengok team kelate pulak harap2 kelate menang besar walaupun tonggak utama x main.

Leave a comment