Piya kembali temui sentuhan

Kapten Kelantan ledak hatrik benam Perlis 5-1 di Kangar

JURULATIH Kelantan, Datuk M Karathu menyifatkan Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih popular dengan nama Piya sudah kembali menemui rentak permainannya yang sebenar.

“Sebelum perlawanan, saya pesan kepada dia, tunjukkan kebolehannya yang sebenar sesuai sebagai seorang jeneral padang. Bermain seperti biasa tanpa sebarang tekanan dan menikmati perlawanan ini sepuas-puasnya dan terbukti dia melakukan tugasan ini dengan baik.

“Saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Mohd Badhri (Radzi) dalam perlawanan ini. Dia telah menunjukkan satu peningkatan yang baik selepas direhatkan dalam beberapa perlawanan lalu. Saya berharap dia akan kembali bersemangat meneruskan rentak cemerlang ini dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Mengenai persiapan Kelantan menentang Perlis di Kota Bharu malam ini, Karathu mahu pemain Red Warriors berwaspada dengan kekuatan pemain muda yang dimiliki oleh Singa Utara.

“Memang kita perlu mencari gol awal untuk menaikkan semangat pasukan dan juga memberi tekanan kepada pasukan lawan.

“Namun, harus diingat kita jangan bagi ruang kepada mereka untuk bergerak bebas. Saya fikir gol pertama nanti mampu mengubah rentak permainan kita dalam pertemuan ini,” katanya.

Tambahnya, ini merupakan peluang terbaik Kelantan untuk mengutip tiga mata di gelanggang sendiri setelah menang besar di Kangar tempoh hari dan mahu pemain meneruskan rentak cemerlang.

Video: The Best of Piya

Best Goal: Jaringan Kemenangan Julang Kelantan Rangkul Piala Malaysia 2010

Jaringan Kemenangan Julang Kelantan Rangkul Piala Sumbangsih 2011




coded by nessus

One Response to Piya kembali temui sentuhan

  1. harap 4 gol pulak lepas ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>