Final Piala Liga 2014: Manchester City vs Sunderland

Final Piala Liga England 2014
Final Piala Liga England: Manchester City vs Sunderland

Keputusan Final Piala Liga / Capital One Cup 2014

Full Time: Manchester City 3-1 Sunderland

[0-1] Fabio Borini 10′
[1-1] Yaya Tour 55′
[2-1] Samir Nasri 56′
[3-1] Jesus Navas 90′

Juara Piala Capital One 2014: Manchester City

Sepuluh bulan lalu, Manchester City terpaksa berputih mata apabila tewas mengejut kepada Wigan Athletic pada perlawanan akhir Piala FA dan kali ini kelab kaya-raya itu sudah pasti tidak mahu detik pahit tersebut berulang sekali lagi apabila mereka bakal menghitung pertemuan dengan Sunderland bagi merebut Piala Liga, malam ini.

Pada Mei tahun lalu, City tampil sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara menentang kelab yang berada di tangga ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris pada ketika itu, tetapi pengalaman telah banyak mengajar untuk tidak meletakkan diri mereka berada dalam zon selesa.

Gol pada lewat permainan oleh Ben Watson memberi kemenangan kepada Wigan, yang sekali gus memberi kejutan terbesar dalam tempoh 25 tahun perlawanan akhir Piala FA dan ekoran kekalahan tersebut telah menyebabkan jurulatih City, Roberto Mancini dipecat dua hari berikutnya.

Menambah kekecewaan mereka, City kemudian terpaksa akur apabila menyaksikan Manchester United merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris dan kali ini pengganti Mancini, Manuel Pellegrini walaupun menikmati musim yang cemerlang pada penampilan sulungnya bersama kelab itu, namun sejak beberapa minggu kebelakangan ini skuad bimbingannya mempamerkan prestasi kurang menyakinkan.

City hanya keciciran tiga mata di belakang pasukan pendahulu liga dengan kelebihan satu perlawanan ditangan, tetapi kekalahan terbaru kepada Chelsea di laman sendiri mendedahkan kelemahan mereka.

Malah, dalam aksi Liga Juara-Juara pula menyaksikan City semakin hampir menuju jalan keluar apabila tewas 0-2 kepada Barcelona pada perlawanan timbal balik pertama, minggu lepas.

City masih lagi dalam kancah persaingan Piala FA dan berpeluang melunaskan dendam mereka ke atas Wigan pada peringkat lapan pasukan akhir, tetapi sekiranya tewas kepada Sunderland ia bakal memberi implikasi buruk kepada kempen mereka musim ini.

Sementara itu, Pellegrini enggan membandingkan aksi akhir Piala FA, musim lepas dan mengakui, para pemainnya kini berada pada motivasi yang tinggi untuk memberikan persembahan terbaik pada perlawanan itu nanti.

“Saya tidak berminat untuk mengulas mengenai apa yang berlaku tahun lalu, tetapi kesemua pemain saya telah mendapat satu pengajaran yang cukup berguna. Ia satu kenangan yang indah dapat memburu gelaran di Wembley dan memang sesuatu yang teruk jika kami gagal.

“Bagi para pemain, perlawanan akhir ini bukanlah medan untuk mereka membalas dendam kerana lawan yang akan ditentang merupakan pasukan berbeza, begitu juga dengan tahun serta situasi yang berlainan sama sekali.

“Tetapi, saya tetap yakin, para pemain akan memberikan komitmen 100 peratus terhadap perlawanan akhir ini,” kata warga Chile itu dalam sidang akhbar menjelang perlawanan akhir, semalam.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>