Safee Sali perkuat jentera Kelantan?

Safee Sali

Safee Sali mungkin akan menyertai Kelantan secara pinjaman untuk aksi suku akhir Piala AFC 2012.

Menurut desas desus yang bertiup kencang dalam kem The Red Warriors, dikatakan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah bertemu ejen Safee untuk membawa pemain ini ke Kota Bharu.

Khabar itu semakin panas apabila Safee sendiri ada mengeluarkan kenyataan dalam media menyatakan beliau sedia untuk beraksi dengan pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Ketua pasukan Pelita Jaya FC itu turut mengesahkan ada menerima tawaran beberapa pasukan dari Malaysia dan Thailand untuk beraksi bersama mereka pada kempen liga negara masing-masing.

Safee ketika ini sedang melalui cuti pra musim panjang dengan kelab yang diwakili di Indonesia tersebut mahu beraksi selaku pemain pinjaman bagi mengekalkan stamina untuk kejohanan Piala AFF yang akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

Sementara itu, rata-rata penyokong Kelantan yang memberikan komen di laman sosial Facebook membantah kehadiran pemain ini menyertai pasukan sempena Piala AFC.

Bagi mereka, Sang Kijang sudah mempunyai cukup pemain dan tidak perlu menggunakan khidmat Safee biarpun selaku pemain pinjaman. -RedsfcNews-

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

40 Responses to Safee Sali perkuat jentera Kelantan?

  1. x pyoh nk ambek safee sali rmai doh biso dlm klate…baek ambek neymar

  2. nater biso berolek.

    payoh payoh gak hambik la…mario balotelli terrr….

  3. kawa harap sek kito satu kumpulan dengan pahang baru sedak gomo

  4. beri safee sali peluang untuk tingkatkan skill dan maruah negara………

  5. kemasukan safe sali dalam pasukan kelantan akan menambah kekuatan jentera serangan pasukan kelantan…aku setuju ..ok kita gomo habis-habisan..

  6. perjuangan dia amat di perlukan oleh Team Malaysia…Martabat Negara di dahulukan

    lagi pung mahal tu…baik ve pitih ko puak puak ore kelate jo

    ke mari wat punoh team jo ..kuca lana abih

  7. selangor patut pinjam safee sali. kebanyakan player masa dia main selangor x byk berubah dan ini lg memudahkan kerjasama. lgpun selangor xde prolifik scorer skrg ni wpun midfield agak ok. lupakanlah nak pegi kelantan kalo fans2 sana pun x sudi…

  8. takyah g kelate…watpe…kang dok simpanan je…kang kalau diorg kalah salahkan safee pulak…g pasukanlain takpe…baru leh cabar diri…income tentu lagi ok…kompem ada gaji

  9. Aik kata tere, apahal nak pinjam2 striker pulak ni. Takkan rasa tak confident kot. Macam nak kalah aje. Ini alasan ni, esok bila kalah tak cukup striker la itu la ini la. hahaha

  10. pinjam ler Adebayor tu…. atau Van Persie ke sementara takde kelab lagi dptkan diorg…

  11. orang kelantan ini ada sikap taksub dan angkuh serta sombong dalam pemian bola. Ia ingat ia sudah terlalu kuat dengan QPR kena belasah 5-0 sama macam sabah 5-0.

    Safee Sali itu bukan calang-calang manusia dikenali jutaan penduduk di indonesia dalam arena bola. Safee perlu gandingan yang mantap baru menjadi, cuba lihat gandingannya beserta pelita jaya, pasti ada jaringan.

    Jadi sebelum ambil pemain fikirkan dahulu masak-masak, bak kata pepatah untung sabut timbul, kalau rugi tenggelam. Tapi belum cuba belum tahu.

  12. BETUL..BETUL..BETUL..!!!!

  13. xpayoh ambik la..baik guno azlan jah..main lebih kure duo2…nk main sore jah

  14. anok jati kelTE

    BAEK AMBEK LIONEL MESSI NGE RONALDO,HMM,HANCUR PADANG

  15. berhenti la komen…x ada penambahan player baru utk TRW…
    a) PM …hanya pemain pinjaman bukan dari liga luar…
    b) AFC…boleh daftar ke?

  16. klate pinjam aidil zafuqn laa.. back klate xbrapa kemas lg..

  17. hi keyboard warrior, biala pngurusan yg urus..diorng tahu mana yg bagus

  18. Berita ini hanya khabar angin je..bukan utk piala malaysia tp utk AFC sbb Safee byk pengalaman main game antarabangsa..byk pengomen2 yg provoke kat atas tp xtau tujuannya nk ambik Safee..duk bnding friendly dgn QPR la,sama level dgn Sabahla..AFC ni tournament asia,Kelantan pun dah mara quater final,kalah atau menang xkisah janji target dah lepas (kita target 2nd round je sbb rendah diri/bru 1st time masuk AFC)..apasalahnya korang semua bg peluang,kalau ambik Safee bleh perkuat jentera apa salahnya..sepatutnya semua peminat bola sokong,sbb bwk nama Malaysia gak bukan nama negara lain..

    p/s: Selamat menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran

  19. viva org s3langor s3lamanya…. s3nyum s3lalu…

  20. Ok juga safee sali dengan mat yo gandingan mantop!Sebab Mat yo perlu gandingan serangan yang baik sebab game lepas ni pasti laju, mat yo boleh buat umpanan yang bagus untuk safee sali sebab ghaddar laju sangat kedepan.safee ok kot. GKG

    • Ghaddar tu laju sangat ke (bagusla laju) atau Mat Yo yg semakin slow. Hrp Mat Yo dpt kembalikan semula sentuhan berbisanya. GKG

  21. tak leh blah lah….

  22. harap bersabar mungkin matyo ada masalah ker biasa la pemain ada pasang surut tapi dia selalu bukak ruang untuk player lain score . safee sali aku tak suka langsung cara dia main

  23. xpayah bergaduh la…semua kita ni dari malaysia…. kalu maju malaysia..majulah kita…. x abess blako

  24. org lain main lbh hebat wpun cuma dlm liga tempatan.gaji murah xper..yg penting kesungguhan untuk bermain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>