Pahang, Selangor, Perak kutip mata penuh

Liga Super 2013

Pendatang baru Liga Super musim ini, Pahang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Selasa.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-10 sebelum bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menambah gol kedua pada minit ke-25.

Skuad Tok Gajah yang tidak berputus asa bangkit mengurangkan defisit jaringan menerusi Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-48 sebelum beliau mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-72.

R.Surendran muncul wira pasukan Pahang dengan gol kemenangan pada minit ke- 82 untuk membolehkan mereka mengutip tiga mata pertama sekaligus menerajui takhta Liga Super.

Turut mencatatkan kemenangan ialah Selangor yang menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan S. Kunalan pada minit ke-68.

- BERNAMA

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to Pahang, Selangor, Perak kutip mata penuh

  1. Aik mane cite Perak ngn T-Team nye?hehe

  2. Nampaknya Johor darul takzim masih x serasi lagi.hehehhe tahniah pahang.

  3. Kuasa baru bolasepak adalah PANTAI TIMUR. Sekali Lagi… THIS IS PANTAI TIMUR…

  4. baru satu perlawanan. belum nampak taring lagi harimau selatan tu

  5. taring dh patah dh kena pijak kt gajah huhuhu…padam muka tngok selangor bermula dengan 3mata penuh…johor ada duit kluar bnyak tpi bwa blik malu hahaha

  6. kami akan bangkit..siap la team lain,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>