Kelayakan Piala Asia: Kim Swee gugur Mat Yo, kekalkan Safee Sali

Mat Yo Malaysia vs Chelsea

PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha digugurkan menjelang aksi terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium Tahnoun Mohamed, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Rabu ini.

Bagaimanapun, pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee enggan perkara itu disensasikan oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya, Kim Swee berkata, beliau membuat keputusan itu kerana hanya akan membawa 24 pelatih untuk berdepan Yemen berbanding senarai penuh 28 pelatih Harimau Malaya yang dipanggil menjalani latihan sebelum ini.

“Mat Yo (Norshahrul) sah digugurkan kerana saya hanya membawa seramai 24 pelatih ke Dubai.

“Selain Mat Yo, tiga lagi pemain yang digugurkan kali ini termasuklah Junior (Eldstal), Shakir (Shaari) dan juga penjaga gol, Khairul Azhan (Mohd. Khalid) yang mengalami kecederaan ketika berdepan Filipina,” katanya kepada Kosmo! sebelum berlepas ke Dubai petang semalam.

Malam kelmarin, Kim Swee turut mengenepikan Mat Yo ketika Harimau Malaya seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dalam pertemuan itu, Kim Swee meletakkan dua penyerang - Safee Sali dan Bobby Gonzales dalam kesebelasan utama sebelum memasukkan Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saari pada babak kedua.

Mengulas pertemuan menentang Yemen, Kim Swee sekali lagi menegaskan bahawa perancangannya tetap tidak terjejas biarpun tanpa kehadiran Mat Yo.

“Saya sudah memiliki penyerang yang mencukupi iaitu Safee, Bobby dan Fakri.

“Selain itu, beberapa pemain lain seperti Baddrol dan Amri (Yahyah) juga berupaya menjadi penyerang yang baik,” kata beliau.

Terdahulu, penyerang sensasi Johor Darul Takzim itu mengejutkan ramai pihak apabila tidak hadir menyertai sesi latihan pertama Harimau Malaya pada 19 Februari lalu atas alasan mahu mengerjakan umrah selain berdepan masalah peribadi.

Difahamkan, dia hanya mengemukakan surat rasmi berhubung perkara itu kepada pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal sehari kemudian.

Namun, Mat Yo akhirnya membuat ‘pusingan U’ apabila kembali menyertai latihan bersama Harimau Malaya seminggu kemudian.

Natijahnya, Mat Yo didenda RM5,000 ekoran gagal melaporkan diri pada kem latihan skuad kebangsaan dan langkah tersebut merupakan amaran keras terhadap mana-mana pemain yang mengabaikan tanggungjawab apabila dipanggil menyertai skuad negara.

Senarai Penuh Pemain Harimau Malaya 2014

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to Kelayakan Piala Asia: Kim Swee gugur Mat Yo, kekalkan Safee Sali

  1. Safee Yang Menendang-SYM…

  2. biaser2 je......

    2X5 je OKS dengan Gopal…..balik2 orang tu jugak….macam recyle mende yang dah expired…..

    • Ko xtgk ke game malaysia lwan filipina.. player ada berubah, dan paling penting teknik ..malaysia dh byk men short pass..

      • Betul tu beb..maybe dorg main short pas mcm diarah OKS sbb maybe dia tau ramai player selection dia dari JDT yg coach spain ajar technical short pass..So OKS mungkin dah guna kesempatan yg ada dr teknik yg player dah dapat serba sikit,sbb time game tu separuh pemain atas padang player JDT..Mahali,Amri,Nazrin,Fadli shas,Aidil jd OKS cuma touchup sikit kot..kiri kanan agak hidup si amri dgn nazrin nawi..ok la tu..

        • Cuma safee jer yang masih membonceng motor…matyo pulak kena tinggal sebab takde motor…hahahahahaha

        • Metal@mental
          Kenapa dengan otak mental Kau tu
          Kau tak suruh Datok OKS@OKU
          Ambiik semua pemain JDT lagi senang

    • Jangan cakap expired bro….lau player tu nmpk kerepot pun dia power lg smpai saat ni sape pun amik,contoh ryan giggs dgn totti…amri yahya aku tgk dok sayap kanan skrg takda sape leh celen teknik dia main kat mesia walaupun player tu lg muda…siap dia score dgn larian pantas lg…yg setanding dia aku rasa alex jer…org lain lom matang la bro..wing kiri nazrin dah ok tp lom matang lg tu…dia ok sikit dari surendran,atau gopi..

  3. PIALA AFC : LIGA MALAYSIA GAGAL BACA SELANJUTNYA http://cantikpermainan.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>