Penjaga Gol Terbaik Asia 2011: Apek pilihan peminat
PENJAGA gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia menerusi undian di laman web goal.com.
Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.
Khairul Fahmi atau Apek berjaya meraih undian sebanyak 54.37% untuk mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi ditempat kedua dengan memperoleh sebanyak 39.91% undi.
Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).
Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir 9 Januari.
January 13, 2012 - 5:27 pm
sapa yg undi ni…orang malaysia saja ka…klu seluruh asia..kira bangga la juga ada orang kenai APEK ni