Import Kelantan masih terkial-kial


Sabah vs Kelantan 08.02.12

Azman restui tindakan Butler

MISI The Red Warriors untuk mengutip mata penuh ketika bertandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu menentang Sabah, malam kelmarin tidak kesampaian selepas mereka diikat seri tanpa jaringan.

Anak-anak buah Peter Butler dipaksa bekerja keras dengan diberi tentangan cukup hebat sebelum terpaksa berpuas hati dengan satu mata yang berjaya dibawa pulang ke Kota Bharu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim ketika dihubungi nyata menzahirkan kelegaan kerana pasukannya berjaya mencuri satu mata dan berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan liga setakat ini.

Menurutnya, Sabah beraksi lebih baik berbanding Kelantan dalam perlawanan tersebut dan jelas menguasai perlawanan dengan aksi yang agresif melalui beberapa gerakan dan serangan berbahaya.

“Percubaan Leopold Alfonso Otong pada minit-minit akhir perlawanan terkena tiang gol, kalau tidak sudah pasti kita terpaksa berputih mata menerima kekalahan pertama dalam saingan liga musim ini.

“Apa yang saya jangkakan sebelum ini menjadi kenyataan. Memang sukar beraksi di Kota Kinabalu dan Sabah beraksi bermati-matian untuk mengalahkan kita. Saya fikir mana-mana pasukan lain pun menghadapi situasi yang sama apabila bertemu mereka di sana,” katanya.

Tambahnya, kehebatan pemain import Sabah, Micheal Baird sering memberi masalah kepada pasukan, terutamanya benteng pertahanan yang terpaksa bekerja keras untuk mengekang asakan mereka.

“Dia banyak memberi masalah kepada benteng pertahanan kita. Beberapa gerakan serta kerajinannya untuk turun mendapatkan bola serta membuka ruang kepada rakan sepasukan begitu mengagumkan,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai tindakan Peter Butler mengeluarkan kedua-dua pemain import, Mohammed Ghaddar dan Obinna Nwaneri dalam perlawanan tersebut, Azman seperti ‘merestui’ tindakan tersebut.

“Tindakan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat setelah mereka dilihat gagal memberikan sumbangan berkesan kepada pasukan.

“Nwaneri terpaksa dikeluarkan pada minit ke-72 perlawanan setelah didapati tidak cukup cergas dalam perlawanan ini. Saya tidak salahkannya kerana dia sudah lama tidak beraksi dan baru beberapa kali menjalani latihan bersama kita.

“Ghaddar pula masih mempunyai penyakit lama, masih tercari-cari rentak dan tidak begitu efektif dalam perlawanan ini. Kita terpaksa mengeluarkan dia pada awal babak kedua dan digantikan dengan Ramzul Zahini (Adenan),” jelasnya.

Kelantan bakal melayan kunjungan musuh setempat, Terengganu di gelanggang sendiri malam esok. — Kosmo

Related Posts

2 Responses to Import Kelantan masih terkial-kial

  1. TRW bakal dihukum di Kota Bharu malam ini dek kerana kualiti permainan tidak konsisten sebagaimana pada tahun lepas…. kalau tak caya tengoklah nanti…..hee… hee….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>