Alan Pardew didenda RM550,000 kerana tanduk pemain Hull City
NEWCASTLE United malam tadi terus menghukum pengurus mereka, Alan Pardew dengan denda sebanyak £100,000 atau RM550,000.00 selepas beliau hilang sabar lalu menanduk pemain Hull City, David Meyler di tepi garisan padang pada minit ke-72 perlawanan.
Pada perlawanan itu, Newcastle menang 4-1.
Pengadil Kevin Friend, terus mengarahkan Pardew beredar dari tempat duduk pemain.
Newcastle dalam reaksi segera mereka menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima lebih-lebih lagi daripada seorang pengurus.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas perlawanan itu tamat, Newcastle menegaskan yang perbuatan Pardew itu telah membayangi kejayaan cemerlang pasukan itu menundukkan Hull 4-1.
Bekas pengurus Newcastle, Graeme Souness menyifatkan tindak-tanduk Pardew sebagai sesuatu yang wajar menerima tindakan pemecatan. Pandangannya turut dikongsi oleh seorang lagi legenda kelab itu, Alan Shearer.
Pengerusi Persatuan Bolasepak England, Greg Dyke, dengan segera berkata yang pihak FA akan menyiasat insiden itu.
Kejadian itu berlaku selepas Pardew ditolak ketepi oleh Meyler dalam usahanya untuk mengutip bola yang terkeluar padang.
Pardew yang berang dengan tolakan Meyler bertindak dengan menanduk pemain itu di muka.
Video Alan Pardew tanduk Pemain Hull City [Hull City 1-4 Newcastle]
Video Hull City 1-4 Newcastle United
Video Hull City vs Newcastle United [1-4] EPL 1.3.2014
March 2, 2014 - 8:02 pm
Cepat ya
Terus denda
Kes terewong Larkin
Apa cite?
March 3, 2014 - 11:32 am
Larkin takde bukti video … itu pasalla… pengadil ada masukkan dlm repot perlawanan ker masa tu…