NAIB juara 2009, Kelantan kembali mencerahkan peluang ke suku akhir dengan melonjak ke tangga kedua Kumpulan A setelah menghampakan tuan rumah, Selangor PKNS 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua di Stadium Petaling Jaya, malam tadi. [LIHAT VIDEO]
Selepas menerima kejutan di laman sendiri, tewas 0-1 kepada juara [...]
LAPORAN negatif media 'mainstream' sekali lagi menjadi isu di kalangan peminat setia pasukan Kelantan apabila 'insiden kecil' lontaran mercun pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2010 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Selasa lalu dijadikan tajuk utama segmen sukan sebuah akhbar arus perdana semalam.
Amat malang sekali kerana ketika stadium negeri [...]
PERTEMBUNGAN dua finalis musim lalu menyaksikan juara bertahan, Negeri Sembilan mengejutkan pasukan tuan rumah, Kelantan 1-0 pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2010 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam ini.
Sekalipun menguasai perlawanan selain sokong padu lebih 20 ribu penyokong setia, Kelantan gagal mengambil kesempatan untuk [...]
KETUA Jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengingatkan kepada anak buahnya berwaspada dengan ancaman juara bertahan, Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV Kota Bharu malam ini.
“Kita melakukan segala persiapan yang perlu tetapi pada masa yang sama, kita juga harus [...]
DUA pasukan finalis musim lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan menghangatkan persaingan Piala Malaysia 2010 apabila kedua-duanya bertemu dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu malam ini.
Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan sudah tentu mengharapkan pasukannya mampu mencuri tiga mata apabila turun [...]
DUA finalis Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dan Kelantan bakal berentap sesama sendiri apabila diundi dalam satu kumpulan saingan Piala Malaysia 2010.
Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1 untuk muncul juara piala paling berprestij itu.
Undian Piala Malaysia 2010 turut menyaksikan Juara Liga [...]
KELANTAN masih enggan mengangkat bendera putih dalam usaha mengejar Selangor di persada Liga Super apabila membelasah KL Plus 4-1 dalam aksi di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam ini.
Memburu tiga mata penuh di gelanggang sendiri, Kelantan membuka jaringan menerusi tandukan Azizi Matt Rose pada minit ke-15.
Sekali pun berjaya membuat serangan [...]
KELANTAN terus mengasak Selangor di tangga teratas Liga Super dengan mengutip tiga lagi mata selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium PBKL, Cheras malam ini.
Pada masa sama, Selangor terus mengekalkan kelebihan lima mata di persada liga selepas membenam Pulau Pinang 3-0 di Stadium Shah Alam.
Dengan baki saingan Liga Super hanya tinggal [...]
BUAT pertama kali dua siaran langsung membabitkan perlawanan Liga Super pada hari yang sama dapat disaksikan apabila RTM menerusi saluran TV1 dijadualkan menyiarkan secara langsung perlawanan membabitkan pertemuan Kuala Lumpur menentang Kelantan malam ini.
Perlawanan berkenaan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bermula jam [...]
JURULATIH Kuala Lumpur, Razip Ismail menyifatkan pertemuan menentang Kelantan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini antara beberapa perlawanan sukar yang terpaksa ditempuhi oleh pasukannya sepanjang musim ini.
“Persiapan pasukan kami bagi menghadapi perlawanan malam ini berjalan seperti biasa dan saya menyifatkan perlawanan ini [...]
PERTEMUAN Kuala Lumpur menentang Kelantan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini dilihat signifikan bagi kedua-dua pengendali pasukan untuk meraih mata berharga di saat saingan liga semakin menghampiri kemuncaknya.
Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata, perlawanan menentang skuad warga kota mungkin dilihat mudah oleh [...]
SELANGOR kekal selesa di persada Liga Super selepas mencatat keputusan seri dengan pesaing terdekatnya, Kelantan dalam aksi rancak yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam ini. [LIHAT VIDEO]
Selangor mendahului 1-0 pada minit ke-60 menerusi jaringan Mohd Amirulhadi Zainal.
Namun kedudukan itu tidak lama apabila Kelantan bangkit menyamakan [...]
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjanjikan ganjaran khas kepada pemain Liga Super negeri itu jika mereka berjaya merangkul kejuaraan liga musim ini.
Sedar akan ranjau yang menanti ketika saingan Liga Super hanya berbaki lima perlawanan, ganjaran itu diharap membakar semangat juang pemain khasnya dalam aksi menentang juara bertahan, [...]
IBARAT perlawanan akhir! Begitulah perumpamaan paling tepat mengenai pertemuan dua musuh tradisi bola sepak tempatan, Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini.
Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan dalam nada merendah diri berkata, kelebihan tetap memihak kepada Selangor selaku tuan rumah, di samping berkelebihan lima mata [...]
SELEPAS mempamer aksi kurang memberangsangkan ketika tewas kepada Perak dalam aksi Liga Super Selasa lepas, Selangor tidak boleh lagi mengulangi kesilapan sama apabila turun menentang pesaing utamanya, Kelantan malam esok (malam ini).
Perlawanan berkenaan menjadi tumpuan utama apabila saingan Liga Super kini semakin menghampiri kemuncaknya di [...]
KEKALAHAN mengejut Selangor kepada Perak di Ipoh dalam aksi Liga Super malam ini bukan saja mengurangkan jurang mata antara pencabar terdekatnya, Kelantan bahkan ia seakan-akan memberi petanda pertemuan dua pasukan tangga teratas itu di Shah Alam Sabtu ini pasti sengit.
Sudah pasti pihak yang bergembira dengan kekalahan Selangor malam ini ialah [...]
SAINGAN Liga Super kembali terbuka apabila Kelantan berjaya mengutip mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu sebentar tadi. [LIHAT VIDEO]
Jaringan tunggal Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-75 sudah cukup buat skuad The Red Warriors menggembirakan penyokong setia mereka, sementara [...]
JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan tetap memasang impian untuk mengutip tiga mata penuh biarpun menyedari tugas getir menanti anak buahnya pada perlawanan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.
“Semua pasukan Liga Super yang bertandang ke Kota Bharu menyedari bahawa ‘gelanggang keramat’ itu [...]
SELEPAS berehat hampir lima minggu untuk memberi laluan kepada Piala Dunia, saingan Liga Super kembali menemui peminat bola sepak tanah air, malam ini.
Perlawanan tumpuan pastinya Kelantan yang akan melayan kunjungan juara Piala FA dan Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV. Skuad Red Warrios itu mahu terus memberi [...]
WALAUPUN kempen Piala Dunia belum berakhir, tumpuan peminat bola sepak Kelantan tetap terarah kepada perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam esok.
Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Noordin Awang berkata, tiga perlawanan persahabatan yang diharungi sewaktu berada di ibu negara baru-baru ini [...]